Serangan Israel ke Gaza masih berlanjutan dan berterusan dari semasa ke semasa. Pemimpin Hizbullah mengingatkan serangan ini seumpama ketika Israel menyerang Lubnan 2006 yang lalu. Pengamat politik juga pakar strategi dari Lubnan menilai bahawa serangan Israel ini akan lemah jika HAMAS sekuat Hizbullah. Bagaimanapun, kepada Allah segala ketentuan dan tempat pergantungan selama-lamanya.
>> Situasi di atas hanyalah kenyataan politik, bukan ingin mencampuri urusan politik mana-mana Negara dan bukan untuk melebarkan fitnah antara mana-mana Negara.
[MAP] Seorang dari 2 Israel yang terbunuh akibat serangan mortar pejuang Palestin adalah tentera Israel.
[MAP] Awal pagi tadi sekitar jam 12.30 pagi-4.00 pagi(30/12/08), beberapa bangunan Kerajaan Palestin Gaza telah diserang oleh Israel. Menurut sumber, bangunan-bangunan(Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri) kerajaan mengalami kerosakan akibat 20 serangan peluru berpandu Israel(serangan udara) malah serangan untuk kali kedua ke Universiti Islamiah Gaza. Turut terancam beberapa rumah penduduk Palestin yang berhampiran dengan tempat yang diserang, termasuk rumah Ismail Haniah(Perdana Menteri di Gaza, merupakan pemimpin tertinggi HAMAS).
[MAP] Pesawat pengintip tanpa pemandu dilihat berlegar-legar diruang udara Gaza. Jam 8.30 pagi (waktu Mesir)
[MAP] Jumlah penduduk Palestin yang syahid setakat ini meningkat ke angka 360, 1700 cedera termasuk kritikal. Bagaimanapun dalam serangan udara Israel pagi tadi mengakibatkan 2 kanak-kanak perempuan(kakak dan adik) syahid, jam 9.05 pagi (waktu Mesir). Menurut sumber, jentera serangan udara Israel adalah helikopter apache dan pesawat F-16. Saat ini, F-16 berlegar-legar di ruang udara Gaza malah jet pengintip tanpa pemandu juga mengintai-ngintai di ruang udara Gaza bagi mencari sebarang pergerakan pejuang Palestin dan sasaran seterusnya. Pejuang Palestin cuba untuk menjatuhkan pesawat pengintip tetapi setakat ini belum ada kesan. jam 11.05 pagi (waktu Mesir)
[MAP] Penunjuk perasaan merempuh bangunan konsul Mesir di Aden, Yaman sambil membawa bendera Palestin. Sumber menyatakan, kejadian tersebut berlaku kerana menentang serangan Israel di Gaza dan mendesak agar sempadan Rafah dibuka. Jam 10.35 pagi (waktu Mesir)
[MAP] Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah dalam pertemuannya hari ini membahaskan kedudukan di Gaza.
[MAP] Kesatuan Afrika mengutuk serangan Israel di Gaza malah menggesa Majlis Keamanan menghentikan serangan Israel.
[MAP] UNICEF menyatakan bimbang dengan tindakan melampau iaitu serangan yang berlaku sekarang ke atas kanak-kanak Palestin di Gaza.
[MAP] Froum Pemuda Islam Sedunia menyeru seluruh umat Islam agar tampil membantu penduduk Palestin di Gaza.
[MAP] Demonstrasi membantah penyelembelihan(serangan udara yang berterusan) Israel terhadap penduduk Palestin Gaza di hadapan Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur. Singapura juga menyatakan bimbang dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza.
[MAP] Kapal al-Karamah kembali ke Gaza untuk kali kedua dengan membawa bantuan rawatan dan ubat-ubatan untuk penduduk Gaza telah dikepung 4 buah kapal perang Israel. Menurut sumber, al-Karamah dilanggar dibahagian hadapan. Dalam masa yang sama masalah teknikal berlaku. Bagaimanapun kapal Israel melarang al-Karamah mendekati perairan Gaza dan dipaksa berpatah semula ke Cyprus. Menurut sumber pelabuhan/pelantar nelayan Gaza untuk berlabuh telah dibom semalam oleh kapal perang Israel. Anak kapal al-Karamah termasuk Sami al-Haj(Bahagian Hak Asasi Manusia dan Bebas, bagi rangkaian berita Al-Jazeerah) menyatakan agak mencemaskan kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, tambahan pula kerosakan berlaku kerana dilanggar kapal Israel. Ketika berlaku kerosakan, mereka semua menanti kapten kapal yang turun ke air bagi memeriksa bahagian kapal yang rosak.
Jurucakap Menteri Luar Israel berkata larangan ke atas al-Karamah kerana sebagai langkah keselamatan dari pihak Israel berdasarkan undang-undang antarabangsa ke atas perairan laut Gaza malah al-Karamah membuat propaganda terhadap Israel, tambahan pula al-Karamah bersimpati untuk HAMAS namun Marwan Al-Barghousi(Jawatankuasa yang terpenting bagi Palestin) membidas kenyataan itu. Katanya, Israel sengaja membuat unsur-unsur pembohongan. Tambah beliau, al-Karamah hanyalah kapal kecil untuk membawa bahan bakar pun tidak mampu.
Walaubagaimanapun, beliau amat berharap kesepakatan arab membuat ketetapan yang kuat bagi mendokong Gaza, seperti membuka sempadan Rafah. Juga membuat ketetapan bagi menghukum Israel dan memutuskan hubungan dengan Israel.
Terbaru: al-Karamah dalam perjalanan ke pelabuhan Suur, Lubnan setelah mendapat persetujuan kapal pasukan keselamatan antarabangsa juga Presiden Lubnan mengeluarkan kenyataan bagi menyelamatkan al-Karamah. Kapal Menurut sumber setakat ini, ada lagi kapal yang akan datang ke Gaza(Iran dan Libya). Jam 1.20 petang (waktu Mesir)
[MAP] Penunjuk perasaan merempuh bangunan konsul Mesir di Aden, Yaman sambil membawa bendera Palestin. Sumber menyatakan, kejadian tersebut berlaku kerana menentang serangan Israel di Gaza dan mendesak agar sempadan Rafah dibuka. 10.35 pagi (waktu Mesir)
[MAP] Demonstrasi membantah penyelembelihan(serangan udara yang berterusan) Israel terhadap penduduk Palestin Gaza di hadapan Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur.
Singapura juga menyatakan bimbang dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza.
[MAP] Pertubuhan Islam Amerika mendesak dan berharap Bush, Presiden Amerika menghentikan serangan Israel di Gaza.
[MAP] Barak Obama, Presiden Amerika yang bakal menggantikan Bush belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung serangan Israel di Gaza setakat ini. Menurut salah seorang penasihat Presiden Amerika, David Ekselrod, katanya Obama mengikuti perkembangan ini tetapi tidak memberikan apa-apa ulasan malah beliau juga(David) tidak dibenarkan mengulas ketika dalam proses perpindahan tampuk kerajaan. Jelas beliau, tidak ada sesiapa boleh bercakap atas nama rasmi Amerika Syarikat sepertimana Bush sehinggalah 20 Januari 2009 akan datang. Sumber 30/12/08, suratkhabar al-akhbar.
[MAP] Sumber Palestin menyatakan bahawa Gilad Shalit, seorang tentera Israel yang berada dalam tahanan HAMAS parah akibat terkena dalam salah satu serangan Israel di Gaza, bagaimanapun HAMAS menafikan kenyataan tersebut. Menurut sumber rasmi HAMAS, memang pemimpin Israel ditanggungjawabkan mencarinya tetapi Gilad tidak mengalami luka parah dalam mana-mana serangan. Sumber 30/12/08, suratkhabar al-akhbar.
[MAP] Perdana Menteri Qatar melakukan lawatan rasmi ke Ankara, Turki hari ini bagi membincangkan keadaan dan kedudukan di Semenanjung Gaza. Perdana Menteri Qatar meminta wakil Amerika supaya menghentikan serangan Israel di Gaza. Semalam, Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit ke Turki bagi membincangkan keadaan yang sama dengan Perdana Menteri Turki.
[MAP] Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB menyeru Menteri-Menteri Luar Arab supaya bertindak dengan seberapa segera bagi menghentikan apa yang berlaku di Gaza. Beliau turut mengkritik pemimpin-pemimpin dunia kerana tidak ada kesungguhan bagi menghentikan serangan dan keadaan yang menimpa Gaza masa ini.
[MAP] Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel berkata, serangan-serangan udara Israel sekarang ini adalah peringkat pertama. Tambahnya, ada lagi peringkat-peringkat yang akan digerakkan dan akan mengambil tempoh masa yang lama. Peringkat serangan darat semakin hampir.
Setelah pertemuan semalam antara Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel), Tsipi Livni(Menteri Luar Israel), Ehud Barak(Menteri Pertahanan Israel) dan pegawai-pegawai keamanan Israel telah memutuskan untuk meneruskan serangan ke Gaza walaupun mendapat tentangan, kritikan dan kecaman dari semua pihak. Diterima Jam 11.20 pagi (waktu Mesir)
[MAP] Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 360, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal.
Jam 11.50 (waktu Mesir)
[MAP] Serangan terbaru Israel di Gaza hari ini yang telah memasuki hari keempat. Menurut sumber, serangan tersebut ke atas sebuah rumah yang setakat ini belum diketahui punca ancaman itu, asalnya disangka rumah seorang pemimpin HAMAS tetapi tidak. Kelihatan kepulan asap ke udara. Jam 1.20 petang (waktu Mesir)
[MAP] Presiden Mesir, Housni Mubarak mengatakan pihaknya tidak akan membuka sempadan Rafah selagi tidak ada pemerintah(kerajaan) dan pengawal dari pihak Eropah sebagaimana perjanjian sempadan yang telah dimeterai pada 2005. Bagaimanapun, beliau menyatakan Mesir tidak akan menambahkan lagi perpecahan sesama Palestin sebaliknya akan sentiasa bersama Palestin. Ketika Presiden menyampaikan ucapan, beliau meminta Israel supaya menghentikan serangan dan tentangannya di Gaza. Mesir akan terus memainkan peranannya dari bentuk diplomasi antara Palestin-Israel.
[MAP] Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 363, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal.
Jam 2.35 petang (waktu Mesir)
[MAP] Penduduk Palestin di Tebing Barat mengadakan tunjuk perasaan di Bandar Ramallah sebagai bantahan dan protes atas serangan Israel. Mereka juga mendesak agar Israel hentikan serangan di Gaza. Menurut sumber, beberapa pemuda Palestin ditangkap tentera Israel. Jam 2.40 petang (waktu Mesir)
[MAP] Jet F-16 kembali mengebom di bandar Gaza.
[MAP] Kapal al-Karamah telah sampai ke Pelabuhan Suur, Lubnan setelah menempuh berbagai-bagai ancaman dari kapal perang Israel . Jam 2.40 petang (waktu Mesir)
Menurut Sami al-Haj, anak kapal seramai 15 orang terdiri daripada aktivis politik dan keamanan berlainan negara. Ketika al-Karamah(kapal), kelihatan cermin bahagian hadapan pecah dan beberapa sudut al-Karamah turuk kemek dan pecah akibat perlanggaran dari kapal perang Israel.
[MAP] Sameer Khadim, Pakar Strategi menjelaskan serangan Israel ke Gaza adalah beberapa sebab:
1) Semenanjung Gaza tidak seperti Tebing Barat. Gaza bagi Israel adalah seumpama wilayah musuh.
2) Serangan dan rempuhan ke Gaza kerana Israel kehilangan selatan Lubnan ketika perang 2006.
3) Untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS, Perdana Menterinya Ismail Haniah di Gaza bagi menggantikan dengan Kerajaan Palestin Ramallah yang Presidennya adalah Mahmoud Abbas.
4) Politik dalaman Israel kerana pilihanraya Israel akan diadakan beberapa bulan lagi.
5) Harapan yang besar untuk menang dalam peperangan kali ini di Gaza setelah jeneral tentera Israel sekarang mengkaji lebih mendalam kesan peperangan yang lalu dengan HIZBULLAH pada 2006.
6) Jaminan bagi meraih kemenangan dalam pilihanraya Israel antara parti-parti di Israel.
7) Melobi Tsipi Livni, Menteri Luar sekarang untuk calon Perdana Menteri menggantikan Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel sekarang.
[MAP] Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 364, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal.
Jam 4.15petang (waktu Mesir)
[MAP] Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam di jajahan 1948, Israel mengatakan serangan Israel ini adalah beberapa sebab :
1) Sememangnya Israel memusuhi dan menentang Palestin.
2) Menjatuhkan Kerajaan HAMAS di Gaza yang diketuai Ismail Haniah.
3) Sebagai pelemah dan menjatuhkan hak penentangan/perlawanan(muqawamah) terhadap Israel.
Catatan yang dilampirkan di atas adalah catatan ringkas. Pihak MAP hanya mencatatkan apa yang termampu. Sumber di atas adalah berdasarkan siaran langsung dari berita al-Jazeerah Teruskan bersama kempen ini.
Dikirim dalam Uncategorized
Pengkritik