Alhamdulillah, akhirnya selesai juga =)

Pertamanya, lafaz kesyukuran, Alhamdulillah aku panjatkan kepada Illahi, akhirnya berjaya juga aku menghabiskan exam Internal Medicine yang dianggap subjek killer di sini.

Kedua, ucapan tahniah kepada aku sendiri kerana berjaya menghabiskan exam Internal Med. Tahniah juga kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said kerana berjaya mendapatkan kembali royalti minyak Negeri Terengganu. Tahniah !!! Tahniah juga kepada Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah kita kerana bersikap lapang dada menyerahkan kembali hak penduduk Terengganu. Tahniah & terima kasih di atas keprihatinan Pak Lah (keluar tajuk sekejap).

Ketiga, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada tok-tok guru aku yang mengajar aku beberapa topik internal med terutama Arif (5th year), Hafiz Rosli, Lope & Afif-roomate kesayangan aku😀

Perihal Arif :

Suatu malam, lepas solat Maghrib berjemaah, Arif bergegas keluar dari bilik 107 (sebab esok tuh dia ada exam Internal Med 5th year) sambil berkata kepada aku & beberapa kwn2 aku :

” Tlg doakan kawe deh esok ni…Exam ni…”

” Beres-beres…lepas demo exam tlg ngajo kawe deh…” Jawab aku.

” Ok2…tp doa dulu tuh…” Sambil keluar menutup pintu,meninggalkan aku, Acap, Apis & Azli (3A).

Sejak 6 hari lepas, boleh kata setiap hari aku ke bilik Arif, sambil meminta dia mengajar aku. Rasa best giler sebab ada orang mengajar-mudah nak faham, ingat & tahu topik yang perlu ditekankan.

” Rip, tolong terang pasal Pyelonephritis…” pinta aku.

” Ok…pasal phyelonephritis, demo kena tahu ….” sambil menerangkan topik itu dengan panjang lebar. Aku hanya duduk mendengar lepas itu aku balik ke bilik. Di bilik, aku memerlukan  10-20 minit untuk mengulang & menghafal apa yang telah diajar oleh Arif berbanding jika aku baca sendiri, mungkin akan mengambil masa dalam 1jam. Terima kasih Arif.

Perihal HAfiz Rosli (legend ni) :

Seorang lagi senior yang menjadi jiran aku & di anggap antara legend dlm batch 5th year di sini. Kiranya aku bertuah kerana mendapat dapat tunjuk ajar dari seorang legend di sini. Dengan Hafiz ni, aku tak guna method yang sama dengan Arif. Biasanya aku akan study dulu, kemudian bila aku tak faham barulah aku berjumpa dengan Hafiz & meminta dia menerangkannya. Perangannya mantap & biasanya mengungkai masalah-masalah yang tersimpul  sekaligus memberi tips-tips mudah untuk aku menghafal nama-nama ubat & dosage.

Kecuali untuk topik Rheumatid Fever & Rheumatid Artritis sahaja, aku minta dia menerangkan dari A-Z. Sebenarnya aku tak sempat untuk baca dua topik ni. Mungkin kerana terlalu menekankan topik Cardiovascular, Pulmonary, Endocrine & Gastro Intestinal Tract. Tapi terlupa topik Rheumatology. ALhamdulillah, penerangannya dapat memberi extra kefahaman. Terima kasih Hafiz.

Perihal Lope & Afif :

Lope, blokmate aku. Dia baru berpindah masuk ke blok aku September tahun lepas. Seingat aku, masa aku baca  Diabetus Melitus, terdapat sedikit kekeliruan pasal Treatment of DM. Dalam pening-pening tuh…aku jalan-jalan pastu masuk ke bilik Lope. Masa aku ternampak Lope, aku pun bertanya :

” Lope, tolong terang skit treatment untuk DM…kena ingat ke calculation utk dose insulin ni ? Ilia ajar lain dalam kelas, Strongin ajar lain dalam lecture. Adeih…pening-pening…” Tanya aku.

” Ko ingat mcm ni je…bla…bla…bla…” Dia secara ringkas menerangkan pada aku. Terima kasih Lope.

——————————————————————————————————————————————————————–

Suatu malam, ketika aku tengah berbincang dengan Arif pasal Internal Medicine, Syuk masuk dan bertanya :

” Bakpe mung dop tanya afif ? Red Diploma  tuh…” Tanya Syukri.

” Oh…tanya-tanya tapi ilmu dia tinggi sangat. Jadi payah skit nak dapat…” Satu jawapan yang mempunyai maksud yang mendalam.

” Demo nih dop kene care ni. Ore lain kali masak laa sedap-sedap. Pastu ajok dia makan, pastu baru laa tanya…kompem dia terang A-Z.” Arif memberi pendapat. Boleh dicuba ni…bisik hati kecilku😀

Malam sebelum exam, aku meminta Afif mengajar aku physical examination (PE). Sebelum tuh, aku dah buat appointment dengan Firdaus (2nd year). Dia bersetuju menjadi mangsa PE. Lega aku. Tapi malam tuh, dia tertidur plak…punya laa gelisah aku mencari penganti dia. Mujurlah Nasrullah ada, sanggup menolong aku. Terima kasih Nas & maaf laa aku lukis liver border guna marker kat badan ko…

Macam biasa, Afif ajar aku sambil memberi tips & cara yang tepat untuk perform PE. Lepas tuh, aku minta dia ajar aku ECG. Dia kata dia dah lupa (mungkin sebab dia nak tengok movie kot). Tapi dia ada bg aku file pictures x-ray,ECG & explaination from Adrevna. Explaination pasal ECG yg Adrevna bagi tuh amatlah membantu aku untuk menjawab soalan ECG tadi. Sebelum ni, aku keliru skit pasal Non Q wave MI & Q wave MI. Selepas melihat video itu, semuanya terungkai & itulah soalan yg ECG yg ditanya oleh Ilia. Terima kasih Afif =)

Terima kasih kepada semua yang membantu aku secara langsung & tidak langsung….lega rasanya selesai exam Internal Med ni…Alhamdulillah.

p/s :sesiapa yang nak Movie ECG & X-Ray tuh boleh ambil melalui LAN @ minta daripada aku. Ianya sangat membantu. Serius aku beritahu ni !!!

~ oleh zulhusni07 di Jun 24, 2008.

Satu Respons to “Alhamdulillah, akhirnya selesai juga =)”

  1. Salammm…
    terangkan saya tentang acute phyelonephritis…
    tolomglaaa
    nak definisi,pewarnaan ape yg dgunakan untuk diagnos,prinsip,prosedurkputusan pwarnaan..
    bantuan amat saya perlukan…
    tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: