Qunut Nazilah Buat Palestin

•Januari 4, 2009 • Tinggalkan Komen

Qunut Nazilah adalah do’a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. Qunut Nazilah, iaitu mendo’akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mu’minin dan mendo’akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin. Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku’ pada raka’at terakhir pada solat fardhu lima waktu, dan hal ini dilakukan oleh Imam atau Ulil Amri.

image

Imam at-Tirmidzi berkata: “Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: “Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam (yakni Imam kaum Muslimin atau Ulil Amri) mendo’akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin.”

Berdasarkan hadis Ibnu Abbas , bahwasanya Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Dzakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya.

Imam an-Nawawi memberikan bab di dalam Syarah Muslim dari Kitabul Masaajid, bab 54: Istihbaabul Qunut fii Jami’ish Shalawat idzaa Nazalat bil Muslimin Nazilah (bab Disunnahkan Qunut pada Semua Solat (yang Lima Waktu) apabila ada musibah yang menimpa kaum Muslimin)

Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat yang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu’ 3/477, Majmu’ Al-Fat awa 23/108. Di Bawah adalah contoh bacaan yang biasa dibaca.

image

Maksudnya:

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

image

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Advertisements

MAAL HIJRAH – KITA PENYAMBUNG HIJRAH RASULULLAH s.a.w

•Disember 31, 2008 • 2 Komen

” Bro, Maal Hijrah tak disambut!” Tegur seorang kawanku melalui YM (merujuk kepada sambutan Maal Hijrah yg dibuat oleh BTK).

Aku tergamam sejenak. “Betul juga kata-kata dia ni!” Aku bermonolog seorang diri. Benar! Islam bukan satu agama yang diturunkan semata-mata untuk Sambutan @ Perayaan. Disebabkan mentaliti sesetengah muslim yang menganggap Islam sebagai suatu yang mesti disambut-sambut & memperbesarkan sambutan itu, akhirnya wujudnya PErayaan MAal Hijrah, Maulidur Rasul, Majlis Tahlil, yasin malam jumaat, Malam tujuh liku, Sambutan Malam Nisfu Sya’ban, Hari Asyura (dibuatnya bubur byk2 tanpa berpuasa) ditambah sambutan yang memang dianjurkan oleh Islam iaitu Aidulfitri & Aiduladha. Akhirnya, Islam disambut tanpa dihayati maksud tersirat peristiwa-peristiwa yang bersejarah itu.

 

Kenapa perlu ada sambutan Maal Hijrah?

Tidak ubah seperti kita melintasi Kremlin, lalu cikgu Russia kita seronok bercerita kisah Kremlin, melalui patung si Gorki, bercerita mengenai sumbangan Gorki. Demikianlah juga apabila kita  melalui hari Hijrah, kita bercerita mengenai Hijrah Rasulullah s.a.w. Oleh itu, Isu (maal Hijrah) boleh dipergunakan oleh kita untuk kepentingan Dakwah & Tarbiah. Kita ingin mengimbas kembali perjalanan hidup Rasulullah s.a.w untuk dijadikan tauladan kepada kita semua. Yup, memang menyeronokkan, tapi adakah kisah/cerita hidup Rasulullah s.a.w hanya untuk ditonton oleh kita? Untuk mengisi masa lapang? Sebagaimana kita menonton Prison Break, Hustle, Naruto, Bleach, One Piece, Hunter X Hunter, Dragon Ball dll? Jika sedemikian, apakah maksud firman Allah s.w.t? :

” Sesungguhnya pada Rasulullah itu, contoh tauladan yang baik”

 

Tidak wahai kawan-kawan, sesungguhnya sejarah hidup & perjuangan Rasulullah s.a.w bukan sebagai halwa telinga untuk didengari, bukan sebagai santapan mata untuk ditontoni, bahkan ia adalah satu pengajaran & iktibar malahan sebagai satu panduan bagi kita seorang Muslim dalam meniti detik-detik kehidupan ini. Apatah lagi bagi seseorang yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w.

 

Menjawap persoalan kawan aku itu:

Kita mempergunakan isu  Maal Hijrah untuk menyampaikan kisah ringkas Rasulullah s.a.w kepada semua pelajar Nizhny. Kita meminta kepada semua yang bertanggungjawab untuk membuat follow up dalam usrah/circle mengenai Hijrah Rasululullah s.a.w. Sambutan Maal Hijrah hanyalah bahan tambah dalam perbincangan Hijrah di dalam Usrah/CiRCLE. PEnting untuk kita menerapkan peranan Hijrah dalam diri kita & rakan-rakan seusrah/circle kita. Hijrah apa yang perlu dilakukan di bumi Nizhny ini? Jika belum ber’usrah’, mari kita ber’usrah’. Jika selama ini kita banyak menghabiskan masa dengan Dota, N9, D MOon,Anime, Movie, FS dll, mari kita berhijrah meninggalkan jahiliah itu. Persoalan sekarang bukan masalah menyambut Hijrah Rasulullah s.a.w tetapi menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w.

 

Menyentuh mengenai Hijrah. Terlintas di fikiranku, perbincangan  Hadis 1 di dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi :

 

عن أمـيـر المؤمنـين أبي حـفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول

الله صلى الله عـليه وسلم يـقـول : ( إنـما الأعـمـال بالنيات وإنـمـا لكـل

امـرئ ما نـوى . فمن كـانت هجرته إلى الله ورسولـه فهجرتـه إلى الله ورسـوله

(ومن كانت هجرته لـدنيا يصـيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

 

Dari Amirul Mu’minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. Sesungguhya bg setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk ALlah & Rasul. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya pada apa yang diniatkan.”

 

Seringkali apabila kita membincangkan Hadis 1 ini, kita terlupa dari siapakah Hadis ini diriwayat? Hadis ini daripada Saidina Umar Al-Khattab r.a, seorang pemimpin agung Islam yang terkenal dengan bengis, bekeng, pongoh, gedeber, samseng dan perkataan yg sewaktu dengannya semasa di zaman jahiliah beliau. Zaman jahiliah beliau, dipenuhi dengan benci, dendam & permusuhan terhadap Islam. Namun, apabila beliau memeluk agama Islam, sikap & akhlak beliau bertukar, malahan sikap, bakat, kekuatan, pengaruh dan kehandalan beliau digunakan sepenuhnya untuk membela Islam. Perubahan 100% berlaku kepada Umar Al-Khattab r.a  sebaik sahaja memeluk agama Islam. Membuktikan kepada kita, sememangnya Umar AL-Khattab r.a adalah orang yang paling layak untuk menyampaikan hadis ini kepada umum. Hijrah yang berlaku oleh Umar r.a adalah perkara yang luar biasa yang perlu kita contohi. Bukan sebagai bahan cerita & pujaan dikala mengantuk (teringat masa aku kecil2, ayah aku selalu menidurkan aku dengan membacakan kisah-kisah para Rasul & sahabat).

 

Maksiat yang pernah dilakukan oleh Umar r.a sebelum memeluk Islam teramatlah banyak. Namun, perubahan besar & mendadak berlaku apabila beliau memeluk Islam. Ya, Hijrah berlaku! Alaa, setakat nak tinggalkan Dota, Anime, Games, Movie tuh, agak2 laa, kalu banding dengan Saidina Umar r.a. macam sisa-sisa makanan yang melekat dicelah gigi saja. Kecilnya jahiliah yang ada pada kita berbanding jahiliah yang Umar r.a lakukan (sblm Islam). Namun, kerana jahiliah yang kecil ini, kita membuang masa kita. Usia remaja/dewasa dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah. Sememangnya tidak syak, pemuda yang statik akan dirosakkan dengan ke’statik’annya sendiri. Ayuh kawan-kawan, kita menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w.

 

Pengajaran :

1) Kita boleh mempergunakan isu tapi jangan kita hanyut dengan isu.

2) Pastikan pergunaan isu mempunyai matlamat tersendiri.

3) Kisah perjuangan Rasulullah s.a.w adalah sebagai panduan untuk kita dalam meniti jalan Dakwah & Tarbiah.

4) Ayuh, sama-sama kita menyambung Hijrah Rasulullah. Hijrah ke jalan Dakwah & Tarbiah. Mewakafkan diri hanya kepada Allah s.a.w.

 

GAZA terus bergolak

•Disember 30, 2008 • Tinggalkan Komen
Sumber : http://minipavilion.blogspot.com/
Hari keempat : Israel serang Gaza

 

1_880977_1_34

Serangan Israel ke Gaza masih berlanjutan dan berterusan dari semasa ke semasa. Pemimpin Hizbullah mengingatkan serangan ini seumpama ketika Israel menyerang Lubnan 2006 yang lalu. Pengamat politik juga pakar strategi dari Lubnan menilai bahawa serangan Israel ini akan lemah jika HAMAS sekuat Hizbullah. Bagaimanapun, kepada Allah segala ketentuan dan tempat pergantungan selama-lamanya.

>> Situasi di atas hanyalah kenyataan politik, bukan ingin mencampuri urusan politik mana-mana Negara dan bukan untuk melebarkan fitnah antara mana-mana Negara.
[MAP] Seorang dari 2 Israel yang terbunuh akibat serangan mortar pejuang Palestin adalah tentera Israel.

[MAP] Awal pagi tadi sekitar jam 12.30 pagi-4.00 pagi(30/12/08), beberapa bangunan Kerajaan Palestin Gaza telah diserang oleh Israel. Menurut sumber, bangunan-bangunan(Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri) kerajaan mengalami kerosakan akibat 20 serangan peluru berpandu Israel(serangan udara) malah serangan untuk kali kedua ke Universiti Islamiah Gaza. Turut terancam beberapa rumah penduduk Palestin yang berhampiran dengan tempat yang diserang, termasuk rumah Ismail Haniah(Perdana Menteri di Gaza, merupakan pemimpin tertinggi HAMAS).

[MAP] Pesawat pengintip tanpa pemandu dilihat berlegar-legar diruang udara Gaza. Jam 8.30 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Jumlah penduduk Palestin yang syahid setakat ini meningkat ke angka 360, 1700 cedera termasuk kritikal. Bagaimanapun dalam serangan udara Israel pagi tadi mengakibatkan 2 kanak-kanak perempuan(kakak dan adik) syahid, jam 9.05 pagi (waktu Mesir). Menurut sumber, jentera serangan udara Israel adalah helikopter apache dan pesawat F-16. Saat ini, F-16 berlegar-legar di ruang udara Gaza malah jet pengintip tanpa pemandu juga mengintai-ngintai di ruang udara Gaza bagi mencari sebarang pergerakan pejuang Palestin dan sasaran seterusnya. Pejuang Palestin cuba untuk menjatuhkan pesawat pengintip tetapi setakat ini belum ada kesan. jam 11.05 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Penunjuk perasaan merempuh bangunan konsul Mesir di Aden, Yaman sambil membawa bendera Palestin. Sumber menyatakan, kejadian tersebut berlaku kerana menentang serangan Israel di Gaza dan mendesak agar sempadan Rafah dibuka. Jam 10.35 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah dalam pertemuannya hari ini membahaskan kedudukan di Gaza.

[MAP] Kesatuan Afrika mengutuk serangan Israel di Gaza malah menggesa Majlis Keamanan menghentikan serangan Israel.

[MAP] UNICEF menyatakan bimbang dengan tindakan melampau iaitu serangan yang berlaku sekarang ke atas kanak-kanak Palestin di Gaza.

[MAP] Froum Pemuda Islam Sedunia menyeru seluruh umat Islam agar tampil membantu penduduk Palestin di Gaza.

[MAP] Demonstrasi membantah penyelembelihan(serangan udara yang berterusan) Israel terhadap penduduk Palestin Gaza di hadapan Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur. Singapura juga menyatakan bimbang dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza.

 

1_880827_1_34

[MAP] Kapal al-Karamah kembali ke Gaza untuk kali kedua dengan membawa bantuan rawatan dan ubat-ubatan untuk penduduk Gaza telah dikepung 4 buah kapal perang Israel. Menurut sumber, al-Karamah dilanggar dibahagian hadapan. Dalam masa yang sama masalah teknikal berlaku. Bagaimanapun kapal Israel melarang al-Karamah mendekati perairan Gaza dan dipaksa berpatah semula ke Cyprus. Menurut sumber pelabuhan/pelantar nelayan Gaza untuk berlabuh telah dibom semalam oleh kapal perang Israel. Anak kapal al-Karamah termasuk Sami al-Haj(Bahagian Hak Asasi Manusia dan Bebas, bagi rangkaian berita Al-Jazeerah) menyatakan agak mencemaskan kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, tambahan pula kerosakan berlaku kerana dilanggar kapal Israel. Ketika berlaku kerosakan, mereka semua menanti kapten kapal yang turun ke air bagi memeriksa bahagian kapal yang rosak.

 
Jurucakap Menteri Luar Israel berkata larangan ke atas al-Karamah kerana sebagai langkah keselamatan dari pihak Israel berdasarkan undang-undang antarabangsa ke atas perairan laut Gaza malah al-Karamah membuat propaganda terhadap Israel, tambahan pula al-Karamah bersimpati untuk HAMAS namun Marwan Al-Barghousi(Jawatankuasa yang terpenting bagi Palestin) membidas kenyataan itu. Katanya, Israel sengaja membuat unsur-unsur pembohongan. Tambah beliau, al-Karamah hanyalah kapal kecil untuk membawa bahan bakar pun tidak mampu.

Walaubagaimanapun, beliau amat berharap kesepakatan arab membuat ketetapan yang kuat bagi mendokong Gaza, seperti membuka sempadan Rafah. Juga membuat ketetapan bagi menghukum Israel dan memutuskan hubungan dengan Israel.
Terbaru: al-Karamah dalam perjalanan ke pelabuhan Suur, Lubnan setelah mendapat persetujuan kapal pasukan keselamatan antarabangsa juga Presiden Lubnan mengeluarkan kenyataan bagi menyelamatkan al-Karamah. Kapal Menurut sumber setakat ini, ada lagi kapal yang akan datang ke Gaza(Iran dan Libya). Jam 1.20 petang (waktu Mesir)

n1438677591_30167901_6658
[MAP] Penunjuk perasaan merempuh bangunan konsul Mesir di Aden, Yaman sambil membawa bendera Palestin. Sumber menyatakan, kejadian tersebut berlaku kerana menentang serangan Israel di Gaza dan mendesak agar sempadan Rafah dibuka. 10.35 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Demonstrasi membantah penyelembelihan(serangan udara yang berterusan) Israel terhadap penduduk Palestin Gaza di hadapan Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur.
Singapura juga menyatakan bimbang dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza.

[MAP] Pertubuhan Islam Amerika mendesak dan berharap Bush, Presiden Amerika menghentikan serangan Israel di Gaza.

[MAP] Barak Obama, Presiden Amerika yang bakal menggantikan Bush belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung serangan Israel di Gaza setakat ini. Menurut salah seorang penasihat Presiden Amerika, David Ekselrod, katanya Obama mengikuti perkembangan ini tetapi tidak memberikan apa-apa ulasan malah beliau juga(David) tidak dibenarkan mengulas ketika dalam proses perpindahan tampuk kerajaan. Jelas beliau, tidak ada sesiapa boleh bercakap atas nama rasmi Amerika Syarikat sepertimana Bush sehinggalah 20 Januari 2009 akan datang. Sumber 30/12/08, suratkhabar al-akhbar.

[MAP] Sumber Palestin menyatakan bahawa Gilad Shalit, seorang tentera Israel yang berada dalam tahanan HAMAS parah akibat terkena dalam salah satu serangan Israel di Gaza, bagaimanapun HAMAS menafikan kenyataan tersebut. Menurut sumber rasmi HAMAS, memang pemimpin Israel ditanggungjawabkan mencarinya tetapi Gilad tidak mengalami luka parah dalam mana-mana serangan. Sumber 30/12/08, suratkhabar al-akhbar.

[MAP] Perdana Menteri Qatar melakukan lawatan rasmi ke Ankara, Turki hari ini bagi membincangkan keadaan dan kedudukan di Semenanjung Gaza. Perdana Menteri Qatar meminta wakil Amerika supaya menghentikan serangan Israel di Gaza. Semalam, Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit ke Turki bagi membincangkan keadaan yang sama dengan Perdana Menteri Turki.

[MAP] Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB menyeru Menteri-Menteri Luar Arab supaya bertindak dengan seberapa segera bagi menghentikan apa yang berlaku di Gaza. Beliau turut mengkritik pemimpin-pemimpin dunia kerana tidak ada kesungguhan bagi menghentikan serangan dan keadaan yang menimpa Gaza masa ini.

[MAP] Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel berkata, serangan-serangan udara Israel sekarang ini adalah peringkat pertama. Tambahnya, ada lagi peringkat-peringkat yang akan digerakkan dan akan mengambil tempoh masa yang lama. Peringkat serangan darat semakin hampir.

Setelah pertemuan semalam antara Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel), Tsipi Livni(Menteri Luar Israel), Ehud Barak(Menteri Pertahanan Israel) dan pegawai-pegawai keamanan Israel telah memutuskan untuk meneruskan serangan ke Gaza walaupun mendapat tentangan, kritikan dan kecaman dari semua pihak. Diterima Jam 11.20 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 360, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal.
Jam 11.50 (waktu Mesir)

[MAP] Serangan terbaru Israel di Gaza hari ini yang telah memasuki hari keempat. Menurut sumber, serangan tersebut ke atas sebuah rumah yang setakat ini belum diketahui punca ancaman itu, asalnya disangka rumah seorang pemimpin HAMAS tetapi tidak. Kelihatan kepulan asap ke udara. Jam 1.20 petang (waktu Mesir)

[MAP] Presiden Mesir, Housni Mubarak mengatakan pihaknya tidak akan membuka sempadan Rafah selagi tidak ada pemerintah(kerajaan) dan pengawal dari pihak Eropah sebagaimana perjanjian sempadan yang telah dimeterai pada 2005. Bagaimanapun, beliau menyatakan Mesir tidak akan menambahkan lagi perpecahan sesama Palestin sebaliknya akan sentiasa bersama Palestin. Ketika Presiden menyampaikan ucapan, beliau meminta Israel supaya menghentikan serangan dan tentangannya di Gaza. Mesir akan terus memainkan peranannya dari bentuk diplomasi antara Palestin-Israel.

[MAP] Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 363, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal.
Jam 2.35 petang (waktu Mesir)

[MAP] Penduduk Palestin di Tebing Barat mengadakan tunjuk perasaan di Bandar Ramallah sebagai bantahan dan protes atas serangan Israel. Mereka juga mendesak agar Israel hentikan serangan di Gaza. Menurut sumber, beberapa pemuda Palestin ditangkap tentera Israel. Jam 2.40 petang (waktu Mesir)

[MAP] Jet F-16 kembali mengebom di bandar Gaza.
[MAP] Kapal al-Karamah telah sampai ke Pelabuhan Suur, Lubnan setelah menempuh berbagai-bagai ancaman dari kapal perang Israel . Jam 2.40 petang (waktu Mesir)
Menurut Sami al-Haj, anak kapal seramai 15 orang terdiri daripada aktivis politik dan keamanan berlainan negara. Ketika al-Karamah(kapal), kelihatan cermin bahagian hadapan pecah dan beberapa sudut al-Karamah turuk kemek dan pecah akibat perlanggaran dari kapal perang Israel.

[MAP] Sameer Khadim, Pakar Strategi menjelaskan serangan Israel ke Gaza adalah beberapa sebab:
1) Semenanjung Gaza tidak seperti Tebing Barat. Gaza bagi Israel adalah seumpama wilayah musuh.
2) Serangan dan rempuhan ke Gaza kerana Israel kehilangan selatan Lubnan ketika perang 2006.
3) Untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS, Perdana Menterinya Ismail Haniah di Gaza bagi menggantikan dengan Kerajaan Palestin Ramallah yang Presidennya adalah Mahmoud Abbas.
4) Politik dalaman Israel kerana pilihanraya Israel akan diadakan beberapa bulan lagi.
5) Harapan yang besar untuk menang dalam peperangan kali ini di Gaza setelah jeneral tentera Israel sekarang mengkaji lebih mendalam kesan peperangan yang lalu dengan HIZBULLAH pada 2006.
6) Jaminan bagi meraih kemenangan dalam pilihanraya Israel antara parti-parti di Israel.
7) Melobi Tsipi Livni, Menteri Luar sekarang untuk calon Perdana Menteri menggantikan Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel sekarang.

[MAP] Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 364, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal.
Jam 4.15petang (waktu Mesir)

n1438677591_30167900_6453
[MAP] Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam di jajahan 1948, Israel mengatakan serangan Israel ini adalah beberapa sebab :

1) Sememangnya Israel memusuhi dan menentang Palestin.
2) Menjatuhkan Kerajaan HAMAS di Gaza yang diketuai Ismail Haniah.
3) Sebagai pelemah dan menjatuhkan hak penentangan/perlawanan(muqawamah) terhadap Israel.

Catatan yang dilampirkan di atas adalah catatan ringkas. Pihak MAP hanya mencatatkan apa yang termampu. Sumber di atas adalah berdasarkan siaran langsung dari berita al-Jazeerah Teruskan bersama kempen ini.

Seruan Sang Murobbi

•November 30, 2008 • Tinggalkan Komen

Mustafa_Masyhur_2

 

“Wahai pemuda, seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu menjejaki langkah kami serta kamu berada di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah Islam. Kamu wakafkanlah segala tenaga dan usaha kamu untuk aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu dunia dan akhirat. Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih untuk terumbang- ambing dan bersifat serba salah antara seruan Islam dan selainnya, maka ingatlah sesungguhnya tentera ALLAH akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit ataupun ramai….!”

-Syeikh Mustafa Masyhur-

طريق الدعوة طريق واحدةسار رسول الله (ص) وصحابته من قبلوسار الدعوة ونسير عليهابتوفيق من الله من بعد:إيمان وعمل ومحبة وإخاءدعاهم إلى الإيمان والعملثم جمع قلوبهم على الحب والإخاءفإجتمعت قوة العقيدة إلى قوة الوحدةوصارت جماعتهم هي الجماعة النموذجيةالتى لا بد أن تظهر كلمتهاوتنتصر دعوتهاوإن ناوأها أهل الأرض جميعا.شيخ مصطفى مشهور في الكتاب طريق الدعوة”

Jalan Da’wah itu adalah jalan yang satu. RasuluLlah S.A.W. dan para sahabatnya telah berjalan di atasnya sebelum ini, dan kami (juga) dengan taufiq Allah berjalan di atasnya dengan berbekal: Iman, amal, kasih-sayang dan persaudaraan. Mereka (RasuluLlah S.A.W. dan para sahabatnya) berda’wah kepada iman dan amal, dan hati-hati mereka berhimpun di atas kecintaan dan persaudaraan. Maka perbadulah kekuatan aqidah kepada kekuatan kesatuan. Terjadilah jamaah mereka jamaah contoh,yang tidak boleh tidak pasti akan jelas kalimah-kalimahnya dan akan menang da’wahnya walaupun seluruh penduduk bumi menentangnya

-Syeikh Mustafa Masyhur “Jalan Da’wah”-

Peranan Pelajar (Al-Maududi)

•November 30, 2008 • Tinggalkan Komen

Pendahuluan

Dengan nama Allah yang pemurah lagi mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, dan sejahtera ke atas seluruh hambaNya yang terpilih. Sebelum saya masuk kepada tajuk yang hendak saya sampaikan kepada saudara-saudara, sukalah saya melahirkan perasaan gembira yang tersemat di hati saya. Apa yang saya lihat di seluruh universiti dan pusat-pusat pengajian di dunia Islam, bahkan di setengah-setengah dunia bukan Islam, wujudnya kumpulan pemuda Islam yang beriman penuh dengan ‘akidah Islam, menyedari tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan sanggup mengorbankan sepenuh tenaga mereka untuk menegakkan semangat Islam di pusat-pusat pengajian tinggi tersebut.
Gejala ini patut sangatlah mendapat sanjungan, penghargaan dan sambutan dari orang yang mempunyai perasaan tulus ikhlas kepada dunia Islam, kerana Allah dengan kemurahanNya telah mengurniakan kepada umatnya yang lemah ini pemuda-pemuda yang tahu akan tanggungjawab.


Mereka ini menunaikan tanggungjawab itu secara aktif dengan penuh kesedaran di pusat-pusat pengajian tinggi dalam semua bidang pendidikan, sekalipun sistem pendidikan di seluruh dunia Islam sekarang ini dikuasai oleh cara berfikir dan tradisi barat.
Adapun tajuk yang ingin saya sampaikan di sini ialah: Apakah peranan yang harus dimainkan oleh pemuda, khususnya pelajar-pelajar dalam membina masa depan dunia Islam?

Keadaan dan masalah yang sama
Sebelum itu saudara-saudara patutlah percaya bahawa perbualan saya ini saya tujukan kepada semua pelajar di seluruh dunia Islam; iaitu satu kawasan dunia yang telah menyerah kalah kepada fikiran dan tamadun barat setelah merengkok secara langsung beberapa lama di bawah penindasan mereka. Setiap cabang kehidupan mereka yang antaranya ialah pelajaran dan pendidikan membayangkan teori-teori dan sistem yang diterima dari barat.
Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama. Kerana itu para pelajar di dunia Islam menghadapi problem yang sama.

 

Umat Islam dan bukannya negeri Islam
Perkara kedua yang harus saudara-saudara berikan perhatian, bahawa bukanlah maksud saya dengan NEGERI-NEGERI ISLAM itu sempadan-sempadan negerinya yang memanjang, bukit bukaunya yang mengawan, sungai-sungainya yang tenang atau air terjunnya yang menjunam. Apa yang saya maksudkan ialah penduduknya yang hidup dalam kawasan-kawasan yang berkenaan. 

Adalah diketahui bahawa manusia itu sentiasa terdedah kepada kemusnahan. Setiap orang ada ajalnya yang sudah ditetapkan. Oleh itu hendaklah kita memindahkan dengan amanah, suci dan jujur segala apa yang kita warisi daripada orang terdahulu dari kita kepada generasi akan datang sekiranya kita ingin melihat segala tamadun dan kebudayaan kita kekal di negeri-negeri itu. Bukan ini saja, bahkan kita mesti memupuk supaya generasi akan datang sanggup memikul amanah yang berat ini dengan penuh kemampuan dan kesedaran, agar mereka juga berkesanggupan memindahkan, amanah itu kepada generasi-generasi yang berikutnya.

Hakikat kemusnahan umat
Sesungguhnya umat-umat yang telah lenyap tanpa meninggalkan kesan itu bukanlah ertinya lenyap dari dunia ini, tetapi sebenarnya ialah keruntuhan kebangsaannya dari alam nyata. Maksud kita apabila kita mengatakan bahawa tamadun bangsa BABIL dan FIR’AUN itu telah lenyap, ertinya tamadun bangsa-bangsa itu telah hilang ciri-cirinya ditelan zaman. Adapun generasi bangsa Babil itu masih membiakkan keturunannya, tetapi identiti kebangsaannya telah lenyap. Begitu juga tamadun bangsa Mesir tua masih kekal di muka bumi, tetapi tamadun yang dikenali dengan nama Tamadun Fir’aun tidak lagi dilihat kesannya.

Segalanya itu ialah kerana generasi mereka yang silih berganti telah hilang kemampuan untuk memindahkan pusaka warisan yang diwarisinya dari generasi yang lalu kepada jenerasi yang lahir selepasnya. Oleh yang demikian nyatalah bahawa generasi sesuatu bangsa itu apabila hiiang identiti kebangsaannya dan hancur ke dalam identiti yang lain takala itulah ertinya bangsa itu telah lenyap dan musnah.

Sejarah telah membuktikan bahawa dua belas golongan dari bangsa Israel telah hilang dan dunia ini dan tidak ditemui oleh sejarah hingga hari ini. Dalam hal ini tidak pula diriwayatkan bahawa mereka telah dibunuh kesemuanya atau telah dilenyapkan asal-usulnya dari muka bumi ini untuk selama-lamanya. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dalam hal ini ialah kesedaran keisraelan telah lenyap dari golongan itu dan kesedaran itu tidak berpindah kepada generasi-generasi yang lahir selepas mereka. Apabila lenyap sifat keisraelan dan tamadun keisraelan tadi lalu meresaplah ia ke dalam bangsa-bangsa lain di dunia ini hingga anak cucu mereka sendiri tidak mengetahui yang mereka itu berketurunan Israel.Dari sini nyatalah bahawa hidup dan kekalnya sesuatu bangsa itu adalah bergantung kepada sikap ingin menyediakan generasi akan datangnya supaya meraka berkemampuan memelihara identiti kebangsaannya. Mungkin inilah tajuk penting yang hendak saya terangkan dengan jelas kepada saudara semua.

Kewajipan memindahkan perbendaharaan tamadun pada generasi akan datang
Sesungguhnya bumi yang saudara-saudara hidup di atasnya ini telah pun diteroka oleh orang-orang yang terdahulu dari saudara supaya tamadun Islam dapat bertapak di atasnya, supaya dikuatkuasakan pelaksanaan peraturan-peraturan hidup yang mereka anuti dan supaya diperintah oleh undang-undang yang dianggap benar dan peraturan-peraturan sistem kerja yang mereka fikirkan baik.

Perlu kita ingat bahawa kekalnya generasi Islam adalah bergantung penuh di atas usaha generasi yang akan datang untuk memindahkan tamadun Islam dalam bentuk hidayah ketuhanannya yang kita warisi dari nenek moyang kita yang mulia dan yang telah membezakan kita dari bangsa-bangsa lain di dunia. Sudah pasti bahawa setiap orang Islam tidak akan kekal, tetapi umat Islam boleh kekal sepanjang masa, dengan syarat ada kemampuan yang diperlukan dalam setiap peringkat masa untuk memindahkan perbendaharaan tamadun kepada generasi yang akan datang. Pemindahan ini hendaklah sentiasa berjalan dalam setiap pertukaran generasi.

Sekiranya kita tidak sanggup mengekalkan sifat-sifat istimewa tamadun yang membezakan umat kita itu, dan generasi muda kita pula tercekup dengan tamadun asing, katakan tamadun Amerika umpamanya, lalu terpengaruh dengannya dan terbentuk dengan acuannya tidak lagi dengan acuan tamadun Islam, maka lambat laun bumi ini akan bertukar menjadi bumi Amerika. Ya, generasi Islam akan tinggal di bumi itu, tetapi ianya dibentuk dengan acuan Amerika yang menandakan tamadun Islam tidak lagi kekal di atas bumi yang dikhususkan untuk umat Islam. Itulah yang menandakan kekalnya tamadun lain yang menghapuskan identiti kebangsaan kita atau dengan lebih tepat identiti keislaman kita.
Maka hendaklah saudara-saudara mengamati kedudukan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dan memahami bagaimana penting peranan masalah ini dalam sejarah. Masalah ini tidaklah merupakan masalah pelajaran semata-mata, bahkan ianya juga menjadi masalah yang mempunyai hubungan langsung dengan adanya identiti Islam dan juga dianggap menjadi masalah hidup mati identiti itu secara terus menerus.
Hidup kita tidak akan kekal sebagai satu umat Islam melainkan apabila kekalnya anak-anak muda kita yang sedang melalui peringkat pembentukan dan persediaan di pusat-pusat pengajian dan pendidikan. Kekal dalam erti berpegang teguh dengan tamadun Islam, mengibarkan benderanya serta menyeru kepadanya.

Dua cara untuk memindahkan perbendaharaan tamadun.
Tujuan ini tidak akan terlaksana melainkan dengan dua jalan.

Jalan pertama: Pelajar-pelajar sendiri hendaklah bergerak melaksanakannya.
Jalan kedua: Pemerintah hendaklah merangka polisi pelajaran dan pendidikan yang boleh mencapai kepada tujuan ini.
Sekarang saya terangkan secara ringkas berhubung dengan kedua-kedua cara tersebut.

Jalan yang khusus bagi pelajar:
Pelajar-pelajar yang sedang berada di universiti-universiti dan fakulti-fakulti tentulah sudah besar, matang, mempunyai kesedaran dan boleh membezakan di antara buruk dan baik. Begitu juga pelajaran yang diterimanya membolehkan mereka mengetahui identiti mereka jika mereka mahu dan juga membolehkan mereka maju ke hadapan jika mereka bergerak. Segala kerumitan dalam hal ini bukanlah menjadi beban kerajaan semata-mata, bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar juga. Pelajar-pelajar adalah muda-muda belaka. Mereka hendaklah menyedari secara sungguh-sungguh bahawa mereka adalah orang Islam yang dijemput untuk hidup di atas muka bumi ini dengan cara hidup yang bercorak Islam. Hal ini memastikan diri mereka semarak dengan api cinta untuk mengetahui apakah sistem yang menjamin hidup mati mereka dan apakah sifat-sifat nyata yang membezakan umat Islam, iaitu sifat-sifat yang mesti ada untuk hidup mati identiti Islam.

Prinsip-prinsip utama islam
Hakikat Islam dan prinsipnya ialah akidah tauhid, kerasulan dan beriman dengan hari kiamat. Maka wajiblah bagi setiap orang Islam mengetahui asas yang tiga ini. Patut juga ia mengetahui bahawa prinsip-prinsip ini apabila diresapi oleh perasaan syak atau apabila ia lemah maka ianya tidak boleh hidup lagi di dunia ini di bawah lindungan tamadun Islam. Apa saja bentuk syak dan kelemahan yang menembusi akidah-akidah ini dan asas-asas hakikat Islam, ianya akan dilupuskan tamadun Islam hingga ke akar umbinya. Sesudah itu bumi ini bukan lagi bumi Islam jika sekiranya tamadun Islam tidak ada di situ. Begitu juga tamadun Islam tidak akan kekal didunia ini jika tidak diteraskan atau disokong oleh tiga prinsip tersebut.

Pentingnya pemusatan kuasa ke arah mengawasi prinsip-prinsip itu
Sesungguhnya apa yang patut diberi perhatian yang lebih berat dari yang lain ialah bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai kesedaran keislaman hendaklah bangun menentang segala gerakan anti Tuhan dan fahaman kebendaan yang bergerak untuk mengabui atau meragu-ragukan akidah Islam serta melemahkan orang yang beriman kepadanya. Dengan itu mereka tidak akan menentang segala gerakan yang bertujuan menghapuskan akidah-akidah ini dan menghalangnya dari bertapak di kalangan mereka. Pelajar-pelajar harus menentang gerakan tersebut dengan apa cara sekalipun demi menjaga hidup mati identiti Islam di muka bumi ini. Perlu diketahui bahawa orang yang menimbulkan keraguan ke dalam fikiran orang ramai tentang akidah di bumi Islam ini, maka dia bukan saja melakukan dosa kufur atau murtad, bahkan ia telah melakukan pengkhianatan yang maha dashyat terhadap hak bumi Islam dan juga ia berniat mencabutnya hingga ke akar umbinya.

Ini adalah satu hakikat yang mesti disematkan di hati saudara-saudara semua. Jika ada di antara saudara-saudara yang mencuaikan perkara ini maka hendaklah beri peringatan akibat-akibat masa akan datang. Dengan demikian tidaklah dibiarkan fikiran-fikiran yang merosakkan dan prinsip-prinsip anti Tuhan itu tumbuh subur di pusat-pusat pengajian tinggi, di universiti-universiti atau di sekolah-sekolah dalam negara-negara Islam. Dengan demikian juga dapatlah dielakkan dari tersebarnya falsafah-falsafah yang merosakkan prinsip asasi Islam dan yang mengkaburkannya yang sudah tentu membuahkan hasil-hasilnya yang tidak diingini.

Pentingnya berpegang dengap akhlak Islam dan tamadunnya
Perkara kedua yang wajib diberi perhatian oleh saudara-saudara kita pelajar-pelajar muda ialah mereka patut menyedari bahawa perjuangan hidup mati kita bukan saja bergantung kepada akidah Islam, bahkan bergantung juga kepada akhlak dan nilai-nilai Islam, kerana adanya hubungan yang rapat antara akidah dan akhlak, bahkan wujudnya salah satu darinya memestikan adanya yang satu lagi. Sesungguhnya akidah Islamlah yang memestikan kita berpegang dengan akhlak dan nilai-nilai yang tertentu.

Apa yang dapat dilihat sejak zaman berzaman bahawa pusat-pusat pengajian tinggi kita telah melalaikan asuhan akhlak di kalangan pelajar-pelajar. Bahkan yang lebih teruk lagi ialah pusat-pusat pengajian tinggi itu telah bersungguh-sungguh menabur benih-benih pengetahuan yang bertentangan dengan nilai Islam serta bercanggah dengan segala prinsip akhlak Islam. Patutlah kita ingat bahawa akhlak dan nilai-nilai yang menjadi teras kebangkitan umat barat tidaklah dapat kita jadikan asas kebangkitan kita, bahkan kita tidak dapat bangun, maju dan berkuasa melainkan setelah kita menerima prinsip-prinsip akhlak yang telah disediakan kepada kita oleh Islam, Allah dan rasulnya.

Orang barat boleh berkorban dengan diri dan hartanya untuk mempertahankan tanahairnya dengan keadaan ia hidup sebagai seorang gila, menari dan mabuk arak serta melakukan segala perkara kejahatan dan keruntuhan akhlak, kerana falsafah kebendaan yang menjadi pegangan mereka tidak menegah itu semua. Tetapi orang Islam mengetahui bahawa semua perkara tersebut dilarang oleh Allah dan rasulnya tidaklah boleh mengikuti cara hidup sebegitu dan tidak boleh memilih kebudayaan bentuk sedemikian kecuali setelah mereka berpaling tadah dari asas-asas pelajaran Islam. Sesungguhnya disisi orang barat, apabila mereka melakukan perkara-perkara tersebut, tidaklah bertentangan dengan prinsip-prinsip akhlak dan nilai-nilai tamadun mereka, tetapi bagi orang Islam, dengan melakukan dosa-dosa itu, ia telah meruntuhkan prinsip-prinsip yang menjadi landasan akhlak dan nilai-nilai kita.

Kedudukan orang Islam jika ia minum arak adalah berlainan sekali daripada kedudukan orang barat. Soal bahaya akibat arak kepada tubuh dan jiwa manusia adalah sama, tidak kira samada ia Islam atau kafir. Oleh kerana arak tidak haram di sisi agama kafir, maka apabila orang kafir meminumnya, ia hanya merosakkan tubuh dan jiwanya saja. Adapun akidah dan ugamanya tidak terlibat.

Hal ini berlainan sekali dengan keadaan orang Islam. Orang Islam tidak akan melakukan kejahatan itu melainkan apabila jiwanya sudah dirasuk oleh perasaan memberontak terhadap Allah dan Rasulnya serta oleh perasaan tidak memperhitungkan lagi hari yang akan ditimbang segala kebaikan dan kejahatan. Sesudah itu ia tidak akan memadai melakukan satu dosa, bahkan akan melampaui kepada dosa-dosa lain dan akan mempersetankan segala ikatan dan kewajipan-kewajipan akhlak, hingga pada satu hari kelak tidak ada lagi perkara dalam Islam yang patut dihormati dan dimuliakan dan semuanya dihinakannya. Sejauh mana bahaya tamaddun bukan Islam dalam masyarakat Islam

Dari itu saudara-saudara patut menyedari bahawa apabila tamadun bukan Islam itu meresapi di kalangan umat Islam maka bahaya dan kecelakaannya akan lebih hebat lagi sekiranya ia meresap dikalangan umat bukan Islam, kerana kesan buruk yang lahir pada umat-umat bukan Islam adalah sama seperti kesan yang menimpa bagi orang-orang lain juga, seperti kesan buruk dari orang yang minum arak atau melakukan sesuatu perbuatan yang buruk.

Adapun kita orang-orang Islam, apabila kita melaku dan menuruti tamadun sundal itu maka ia melibatkan akidah dan prinsip-prinsip iman, menggoyang asas-asasnya, juga melemahkan dasar-dasarnya di hati kita, serta menimbulkan bibit memberontak terhadap Allah dan Rasulnya dan mungkin menyebabkan keluar dari Ugamanya. Apabila sebab-sebab buruk ini timbul maka kita tidak boleh lagi tetap mentaati sesuatu peraturan di dunia ini, kerana orang yang patut kita taati dan menyerahkan diri kita kepadanya telah pun kita tentangi dia dan kitaabaikannya. Dengan sebab inilah juga apabila seorang Islam itu mula mengingkari hukum-hukum Islam ia tidak akan memadai dengan sekali dua, bahkan ia akan terus tergelincir dan mengingkarinya secara berterusan hingga tidak ada lagi perasaan tanggungjawab tersemat di hatinya dan tidak lagi menghormati apa jenis undang-undang. Ketika itu keruntuhan akhlaknya tidak terbatas lagi.

Saudara-saudara juga harus meneliti bahawa apabila seorang Islam yang percaya kepada Allah, kepada Rasul dan kepada al-Quran, kemudian ia melakukan perbualan yang ia tahu bahawa Allah menegah ia melakukan demikian dan Rasul pula mencacinya serta al-Quran telah mengharamkannya juga telah menjanjikan azab kepadanya pada hari kiamat, maka apa lagi sesudah ini yang boleh dikatakan bahawa ia menghormati nilai-nilai akhlak serta menyanjungnya? Tidak ada lagi yang boleh memaksanya supaya ia patuh kepada undang-undang yang dibuat oleh lembaga perundangan yang ia tidak bertuhan kepadanya? Dan manalah ia akan mengorbankan diri dan kepentingan dirinya demi maslahat bangsa dan tanahair yang ia fikir tidak mesti disembahnya? Dan oleh kerana ia telah biasa menceroboh kehormatan syariat Tuhan yang mulia dan perbuatan melanggar undang-undang itu telah menjadi tegahannya serta memberontak terhadap undang-undang yang suci di sisi akidahnya, maka perbuatan menentang undang-undang itu sudah menjadi kebiasaannya. Oleh itu tidaklah dapat diharapkan darinya lagi untuk mentaati sesuatu undang-undang pun dalam segala aspek hidup. Orang seperti ini tidak layak menjadi anggota dalam masyarakat yang bertamadun, apa lagi menjadi anggota dalam masyarakat Islam.

WARKAH BUAT SAHABAT

•November 25, 2008 • 2 Komen

– Persatuan/Parti bukan kiblatku, Islam itu kiblatku –

—————————————————————————————————-

Mungkin pada suatu ketika, anta boleh berbangga dengan menyatakan:

Ana sekarang bergerak untuk Islam dengan menggunakan wadah persatuan…”

Yup, benar & benar! Pada ketika itu, anta memegang tampuk kepimpinan persatuan (Islam) yang (mungkin) bergerak untuk menegakkan Islam di tempat anta. Tapi ya akhi, kita akan tua. Masa  kita akan berlalu. Tampuk yang anta pegang akan beralih kepada orang lain. Mungkin mereka adalah junior/anak buah/mad’u anta.

Tapi apa pula peranan anta pada ketika itu? Ketika mana, anta melepaskan tampuk kepimpinan Persatuan (Islam).

Adakah anta akan turut meninggalkan perjuangan Islam?

Adakah anta hanya akan menjadi PEMERHATI?

 

Berpersatuan adalah PENTING. TIdak dinafikan. Cuba kita imbas kembali, Apa yang biasa persatuan Islam buat (spesifik di Russia)?

– Majlis Makan (Jamuan Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, iftar jama’i)

– Usrah ( kekadang tuh, banyak persatuan (Islam) menamakan aktiviti mereka sebagai Usrah namun mereka sendiri tidak jelas, apakah halatuju Usrah mereka?)

– Berbazar (buat kuih banyak2, pastu jual – utk ekonomi persatuan)

– Riadah

– Tazkirah, Qiamulail

– Pengedaran Risalah agama dll

Kekadang kita menghabiskan banyak masa kita kepada program yang bersifat sementara:- yup, program bermethodkan  TOUCH & GO.(sesekali tidak menafikan kepentingan program2 ini tapi hanya menekan isu priority)

– Program Orang Asli

– Sunathon

– Summer Camp dll

* Ingin ana untuk mengajukan persoalan – ADAKAH DAKWAH & TARBIAH BERLAKU DALAM PROGRAM-PROGRAM INI?

 

Ana cuba berbincang dengan beberapa orang Ketua Biro Tarbiah di bawah Persatuan  di RUssia, bertanya apakah aktiviti Biro mereka? Apakah matlamat perjalanan aktiviti Biro mereka? – jawapan mereka tidak jelas.

Lebih tepat jika ana nyatakan :

1) Aktiviti yang dijalankan hanya ikut-ikut aktiviti yang telah diadakan oleh senior-senior dulu – bermanhajkan : Program oreinted not Objective Oriented.

2) Aktiviti yang hanya untuk membuktikan bahawa Biro mereka menjalankan aktiviti/aktif – ?

 

Akhi, sesungguhnya Allah s.w.t menyayangi anta. Allah pada suatu ketika telah meletakkan anta di tampuk kepimpinan persatuan (Islam). Anta telah diberi amanah oleh Allah s.w.t untuk memegangnya. Dan ana yakin, bahawa anta telah melakukan yang terbaik dalam menjalankan amanah Allah s.w.t. Tahniah untuk anta! Persoalan yang mungkin dapat diutarakan :

Apakah tindakan anta, jika Allah s.w.t meletakkan anta di dalam tampuk kepimpinan persatuan yang bukan berorientasikan Islam? Adakah anta akan meninggalkan perjuangan Islam?

– menyibukkan diri dengan Malaysian Nite (eg), Nizhny Games?, Dekanat?, Embassy? dll?

– dan mampukah lagi pada waktu itu anta berbangga dengan menyatakan anta sedang memperjuangkan Islam sedangkan semua program anta tidak berorientasikan Islam?

Ana teringat kisah Hunter X Hunter, ketika Biskuit melihat Gon & Kirua bagaikan permata yang perlu digilap. Yup, begitu juga, ana melihat anta sebagai sebiji permata yang mampu menyinari umat Islam ketika ini.  Cuma ana ingin mengajak anta, untuk berorientasikan Dakwah & Tarbiah dalam perjuangan anta. Berorientasikan persatuan (eg : PPIM @ UMNO – merujuk situasi Russia) hanya merugikan perjuangan kita. Ana melihat anta sedang dalam mencari-cari method perjuangan (mungkin), atau terlalu taksub kepada sesebuah jemaah sehingga mengabaikan Dakwah & Tarbiah.

Ana sedih, bercampur ingin menangis ketika melihat peranan anta hanya sebagai pemerhati/program manager RAYA/tukang masak untuk persatuan (mungkin kerana menolak atau kerana tidak bersama-sama dalam usaha Dakwah & Tarbiah)! Ana sedih apabila melihat, adik-adik junior kita di Russia, kehilangan seorang senior yang hebat yang mana boleh mendidik & mentarbiah mereka dengan cara yang sangat efisien tapi dengan syarat – jika anta memahami perjuangan Dakwah & Tarbiah yang sebenar.

Berorientasikan Dakwah & Tarbiah bukan perkara yang kecil akhi, mungkin kita mengenali siapa itu Salahudin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan Sulaiman The Great, Imam Al-Ghazali, Ibnu Qayyim ,Imam Hassan Al-Banna dan ramai lagi tokoh-tokoh Islam yang lain. Tapi sedarilah ya akhi, mereka ini bukan lahir dengan mengejut begitu sahaja. Mungkin kita boleh mengambil contoh Sultan Muhammad AL-Fateh telah dibentuk oleh satu sistem tarbiah yang dikawal rapi oleh Syeikh Syamsuddin Al Wali dari Khurasan. Begitu juga tokoh Islam yang akan lahir pada suatu hari nanti, pasti & pasti akan dilahirkan daripada sistem Dakwah & Tarbiah. Kembalikan kiblat perjuangan anta kepada Islam bukan kepada persatuan/parti semata-mata. Anta harapan ummah!

 

” Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang benar. Dan tetapkanlah hati-hati kami di atas jalan itu.”

MAN-u-SIA Lay-Car

•November 15, 2008 • Tinggalkan Komen

6-the-tiny-robot 

Pada tahun 2020, dikala Malaysia sudah mempunyai teknologi robot yg canggih, terdapat seorang engineer robot yg ingin mencipta satu robot yg paling power skali di dunia. Dia membayangkan akan mencipta satu robot yg boleh menandingi kehebatan robot Asimo yg bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik.

Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. setelah selesai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu diprogramkan. Antara programming yg dibuat ke dalam cpu robot itu.

 

Nama: MAN-u-SIA Lay-Car

Keje:

1. cucuk plug 3 pin 13 ampere di suis2 utk Makan Letrik.
2. if 1. is accomplished : pusing-pusing bazirkan letrik utk cari suis utk cucuk plug
3. ulang 1 dan 2 sampai mati.

 

maka MAN-u-SIA Lay-Car itu pun menjalankan kerja yg diprogramkan dalam otaknya itu.

cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk utk charge bateri dan jalan utk cari tempat lain utk charge balik. Begitulah kehidupan robot itu utk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, 43 saat.

Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-Sia Lay-Car pun rosak akibat penggunaan yang berterusan tanpa menservisnya selalu.

Maka tamatlah riwayat MAN-u-Sia Lay-Car tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashid jiwang.

 

Penjelasan :

1) CPU – mindset manusia

2) kerja (1) = makan/bekerja

3) kerja (2) = kitaran hidup Robot yg membosankan = kitaran hidup manusia yang tiada matlamat

4) Siapa robot tuh? = Manusia leka

 

robot dancing-robot

(kehebatan MAN-u-SIA Lay-Car dalam meniru gaya manusia)

 

Sepasang selipar BATA 1 dicipta oleh Kilang BATA Avtozabot, Nizhny Novgorod,Russia. Suatu hari, datanglah seorang minah Russia nama dia Galina Genadevna & membeli selipar BATA 1 tuh. Fungsi selipar BATA 1 tuh adalah utk dipakai oleh minah Russia ni. Sepanjang hayat selipar BATA 1 adalah berkhidmat pada minah Russia ni. Selama 2 tahun, 3 bulan selipar BATA 1 berkhidmat pada minah Russia ni sampailah suatu hari selipar BATA 1 ni rosak dek digigit anjing Russia yg garang. Alkisah, Minah Russia ni ambik selipar BATA1 & buang dalam tong sampah. Tamatlah riwayat hidup selipar BATA 1. Nun jauh disudut hati Selipar BATA 1 berkata :

“AKu bangga dapat menjalankan fungsi penciptaan aku iaitu sebagai alas kaki Minah Russia ni sepanjang aku hidup !” Tahniah kpd selipar BATA1.

 

KESIMPULAN

RELEVENKAN DIRI ANDA PADA MATLAMAT PENCIPTAAN ANDA !