AMMAR – SAHABAT YANG DIKASIHI

•Jun 11, 2009 • 3 Komen

ammar4 ammar5

ammar1ammar2

Ammar bin Zulkifli – satu nama yg aku kenali ketika permusafiranku di Damsyik,Syia pada tahun lepas (2008). 7 hari bersama-sama dengannya sudah cukup utk aku simpulkan bahawa dia seorang yang berbudi bahasa, baik, lembut tingkah lakunya, indah akhlaknya dan yang penting seorang yang jelas matlamat hidupnya. Tempoh berkenalan yang singkat namun keakraban terjalin diantara kami menjadi satu bukti bahawa kami berkongsi satu matlamat, satu visi dan satu gerak kerja yang sama.

“ Anta dulu sekolah di mana?” Tanya Ammar memulakan taaruf bersama aku.

“ Syeikh Abdul Malek, Terengganu… Anta?”

“ Ana di Matri, kemudian ke DQ pastu ke Mesir…”

“ Oh, anta DQ batch mana? Ana batch Effy Saiful…”

“ Emm….2tahun lepas anta.” Perbualan kami bertambah rancak bercerita mengenai keadaan DQ dan ustaz-ustaz yang masih mengajar di sana. (Ust Najahan, memang tidak dapat aku lupakan nama itu. Moga Allah s.w.t merahmatinya.)

“ Eh. anta di Russia dah tahun ke berapa?”

“Ana tahun ke 4 dah…Anta?”

“Ana tahun ke 2 di Mesir…”

“Ooo…anta kenal laa kawan2 ana di sana? Hanifah, Faizal, dua beradik tuh dll…”

“Oh, kenal2…diorg dah jadi legend kat sana…”

“Kenapa?”

“Sbb mereka belajar medic dalam bahasa Arab, sedangkan kami belajar dalam bahasa English dah skrg ni…”

Pelbagai topic diperbincangkam termasuklah anatomy, sistem pembelajaran di Mesir dll.

———————————————————————————————————————————————————————————————

“ Ammar, ana bosan ni…Jom kita keluar jalan2 cari makan…” Ajak aku pada suatu pagi.

“ Jom…” Jawabnya ringkas dan kami pulang bersama-sama roti Arab yang banyak utk dijadikan breakfast bersama sahabat-sahabat lain.

———————————————————————————————————————————————————————————————-

“Husni, kita kena bayar dulu duit bas utk bermusafir ni… anta ada duit? Guna duit anta dulu, nanti ana kumpulkan.” Tanya Abu.

“Beres je, tp ana ada 50 dolar je… Jap, Ammar ada cuba kita tanya Ammar…” JAwab aku.

“Ammar , anta ada duit utk bayar duit bas dulu tak ? Nanti ana kumpulkan duit dgn sahabat2 lain…”

“Ada2…” JAwab Ammar sambil tersenyum.

(Gambar kenangan bersama Ammar)

DSCN4613 DSCN4556

DSCN4649 DSCN4653

DSCN4502DSCN4551

——————————————————————————————————————————————————————————————-

Terpaku aku menerima sms seorang sahabat dari Syria :

“Asl,.Shbt kta Dr Ammar Zulkifli pljr medic thn 3 meninggal dunia terlibat dalam kemalangan jln raya di Suez, Mesir. ALfatihah”

Bagaikan disambar halilintar takala aku membaca sms tersebut. Masih aku ingat perbualan terakhir aku bersama Ammar menerusi YM, berbicara mengenai pemergian seorang mujahidah agung, Ummi Halimatun.  – Benar kata-kata Hikmah yg menyebut, “Ma min waraa Rajulin Azimin, illa wa ma’ahu imra’atun tasyuddu azrahu, Ummun kanat am Zaujah” (Tidak ada dibelakang seorang lelaki yang hebat, melainkan ada di sana wanita yang memberi dokongan kepadanya, samada ibunya atau isterinya). Sesungguhnya Ummi Halimatun telah membuktikan bahawa beliau adalah tulang belakang perjuangan Ust Dahlan. Moga Roh Ummi ditempatkan bersama golongan yang diredhai Allah s.w.t.-

Ungkapan YM Ammar : Tidak ana sangka harapan Ummi utk bercakap dengan ana adalah permintaan Ummi yang terakhir pada ana…”

Pada hari ini, kusambung ungkapan Ammar : Tidak  ana sangka perbualan ana dengan anta mengenai Ummi adalah perbualan kita yang terakhir…sesungguhnya ana merindu anta…

Moga pemergian Ammar menjadi satu tazkirah kepada aku. Meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w yang menjadi perjuangan hidup Ammar,akan tetap menjadi perjuangan hidup aku. Insyaallah.

“ Ya Allah, sesungguhnya kami penduduk bumi menjadi saksi bahawa Ammar seorang yang hambaMu yang soleh, moga Engkau menerima rohnya dengan penuh keredhaan dan tempatkanlah dia di tempat orang-orang yang soleh…” Amin

More :

http://perubatan.org/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=927:kemalangan-pelajar-kaherah&catid=142:benefits&Itemid=96

http://amadanaksoleh.blogspot.com/2009/06/jumpa-di-syurga-sahabatku-ammar.html

http://muhammadabdullah.blogspot.com/2009/06/tribute-for-ammar.html

Tekadku

•Mei 6, 2009 • 2 Komen

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang kan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho Ilahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari bujur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi da’wah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi

DERMA PALESTIN NIZHNY KEPADA HAMAS

•Mei 1, 2009 • Tinggalkan Komen

Alhamdulillah, derma yang dikumpulkan oleh kita telah sampai kepada pihak HAMAS di Damsyik, Syria. Derma berjumlah USD 1 260 diserahkan oleh Abu Ubaidah, pelajar jurusan Syariah Islamiah di Universiti Fattah Islami, Damsyik kepada wakil HAMAS, Syeikh Ziyad, Ketua Koordinator Bahagian Bantuan Gaza, HAMAS di sana. Mudah-mudahan ALlah s.w.t memberkati kita semua di atas usaha kecil yang kita lakukan.

 

resit husni

( Resit yang diberikan oleh pihak HAMAS )

 

DSC00041

( Abu Ubaidah menyerahkan derma Nizhny kepada wakil HAMAS )

* Masih terdapat derma berbaki 500rub yang lewat dikumpulkan & tidak dapat disalurkan kepada pihak HAMAS. Wang ini akan digunakan untuk membeli karpet bagi kegunaan solat berjemaah di Hostel 3.

HARI KELUARGA 2009

•April 19, 2009 • Tinggalkan Komen

 

clip_image001

 

TARIKH: 2 MAY 2009(SABTU)

TEMPAT: DI TEPI TASIK HUTAN SIMPAN NIZHNY

MASA : 8.00A.M(BERKUMPUL DI PERKARANGAN 3RD HOSTEL)

 

Jom la bersama-sama kite ke Hari Keluarga 2009..pasti menarik dan tertarik…sila hantarkan penyertaan anda kepada wakil kami yang berdekatan-

 

WAKIL2 HOSTEL:

1ST : HALIM/EZWAN

(+79200316761)

3RD : PALIKI/JAMZURI

(+79200124249)

5TH : HASNUL/CHE TIN

(+79200196928/+79200431280)

 

atau email kepada saudara Ezwan Suryakarta Bin Mohd Som ez_ashzwan@hotmail.com

Surat Seorang Ibu

•Mac 31, 2009 • 3 Komen

ADa kawan bg link youtube ni…bagus juga, menginsafkan diri sekejap…

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

– Maafkan Husni, mak 🙂

Berlin, Germany – winter 2009

•Mac 31, 2009 • Tinggalkan Komen

“ Insyaallah, kita jumpa di Berlin nanti. Ada apa2 masalah kita boleh bincang dgn panjang lebar di sana…” Jawab naqib aku.

Bagus gak tuh…Alhamdulillah. Bisik hati kecilku.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Bermula perjalanan aku & sahabat2ku dari nizhny ke Moscow ke Berlin. Menuju cita yang satu, untuk meletakkan Islam kembali pada tempatnya…

Moscow : Bertolak ke Airport Vnukova

Dalam van dari Yugo Zapaknaya

clip_image002

Berlin : Hari Pertama & seterusnya…

clip_image004clip_image006

Sbb kedai pakcik turkey yg sebelah hostel kitorg belum buka lg, maka kami pergi ke Supermarket kat Berlin utk beli makanan & berhenti makan di park sebelah hostel kami.

clip_image008clip_image010

clip_image014

clip_image016clip_image018

clip_image020clip_image022

clip_image024clip_image026

clip_image028clip_image030

clip_image032clip_image034

clip_image036clip_image038

clip_image040clip_image042

clip_image044clip_image046

clip_image048clip_image012

Muhasabah

•Mac 29, 2009 • Tinggalkan Komen

Muhasabah
“AKhi, dakwah ini amat sensitive. Ianya umpama cermin kepada perbuatan kita…”

………………………………………………………………………………………………………………………………..
“Bang, saya nak tukar kumpulan usrah, boleh tak?

Tanya seorang mad’u yang diamanahkan kepada aku. Terkelu lidah aku seketika. Pelbagai persoalan menerjah tiba. Aku bagaikan menjadi seorang penyelam, menyelami dasar lautan mencari jawapan kepada persoalan “Kenapa” & “Mengapa”…
Cuba memuhasabah diri, meninggalkan meja tulis menuju ke katil sambil mengingati sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w menjalankan dakwah di Taif, Baginda tidak diterima oleh penduduk setempat, dibaling batu, dihalau keluar & dimaki hamun. Ketika baginda berteduh di bawah para pokok anggur & menyandar belakang Baginda ke tombak, lalu Baginda berdoa dengan doa rintahan seorang hamba yang amat dukacita,kesal & sedih.

“ Ya Allah, Ya Tuhanku, kepada Kau aku mengadu hal, kelemahan tenagaku, kurang bicaraku, kehinaanku di mata ramai. Wahai Tuhan yang Maha PEngasih, Dikau Tuhan mereka-mereka yang lemah. Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau akan serahkan aku? Kepada mereka yang membenci aku @ kepada musuh Kau yang Engkau berikan kuasa ke atasku? Andaikata tidak ada sebarang kemurkaanMu keatasku, maka tidak aku pedulikan, tetapi keampunan & kurniaan Kau lebih luas untuk aku. Aku berselindung dengan cahaya zatMu yang menyinari segala kegelapan & yang memberi manfaat dunia & akhirat dari kemarahanMu ke atasku dan kemurkaanMu. Engkau sahaja yang menegur sepuasnya & tidak ada helah bicara & tenaga hanya dengan Engkau sahaja.”

Sabar mendidik hati :
“ Wahai orang-orang beriman, Mintalah pertolongan dengan sabar & solat. Kerana Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.” ( Al Baqarah : 153)

Teguh pendirian & thabat perlu ditanam :
Sabda Rasulullah :
Demi Allah, jika mereka meletakkan matahari dikananku, dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehingga Allah menzahirkannya dengan kemenangan @ aku mati terbunuh”

Berusaha dalam memperbaiki diri sendiri :
“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku, dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya kecuali dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah, dan kepada-Nya jualah aku kembali..” (Surah Hud, 11:88)

Qunut Nazilah Buat Palestin

•Januari 4, 2009 • Tinggalkan Komen

Qunut Nazilah adalah do’a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. Qunut Nazilah, iaitu mendo’akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mu’minin dan mendo’akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin. Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku’ pada raka’at terakhir pada solat fardhu lima waktu, dan hal ini dilakukan oleh Imam atau Ulil Amri.

image

Imam at-Tirmidzi berkata: “Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: “Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam (yakni Imam kaum Muslimin atau Ulil Amri) mendo’akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin.”

Berdasarkan hadis Ibnu Abbas , bahwasanya Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Dzakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya.

Imam an-Nawawi memberikan bab di dalam Syarah Muslim dari Kitabul Masaajid, bab 54: Istihbaabul Qunut fii Jami’ish Shalawat idzaa Nazalat bil Muslimin Nazilah (bab Disunnahkan Qunut pada Semua Solat (yang Lima Waktu) apabila ada musibah yang menimpa kaum Muslimin)

Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat yang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu’ 3/477, Majmu’ Al-Fat awa 23/108. Di Bawah adalah contoh bacaan yang biasa dibaca.

image

Maksudnya:

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

image

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

MAAL HIJRAH – KITA PENYAMBUNG HIJRAH RASULULLAH s.a.w

•Disember 31, 2008 • 2 Komen

” Bro, Maal Hijrah tak disambut!” Tegur seorang kawanku melalui YM (merujuk kepada sambutan Maal Hijrah yg dibuat oleh BTK).

Aku tergamam sejenak. “Betul juga kata-kata dia ni!” Aku bermonolog seorang diri. Benar! Islam bukan satu agama yang diturunkan semata-mata untuk Sambutan @ Perayaan. Disebabkan mentaliti sesetengah muslim yang menganggap Islam sebagai suatu yang mesti disambut-sambut & memperbesarkan sambutan itu, akhirnya wujudnya PErayaan MAal Hijrah, Maulidur Rasul, Majlis Tahlil, yasin malam jumaat, Malam tujuh liku, Sambutan Malam Nisfu Sya’ban, Hari Asyura (dibuatnya bubur byk2 tanpa berpuasa) ditambah sambutan yang memang dianjurkan oleh Islam iaitu Aidulfitri & Aiduladha. Akhirnya, Islam disambut tanpa dihayati maksud tersirat peristiwa-peristiwa yang bersejarah itu.

 

Kenapa perlu ada sambutan Maal Hijrah?

Tidak ubah seperti kita melintasi Kremlin, lalu cikgu Russia kita seronok bercerita kisah Kremlin, melalui patung si Gorki, bercerita mengenai sumbangan Gorki. Demikianlah juga apabila kita  melalui hari Hijrah, kita bercerita mengenai Hijrah Rasulullah s.a.w. Oleh itu, Isu (maal Hijrah) boleh dipergunakan oleh kita untuk kepentingan Dakwah & Tarbiah. Kita ingin mengimbas kembali perjalanan hidup Rasulullah s.a.w untuk dijadikan tauladan kepada kita semua. Yup, memang menyeronokkan, tapi adakah kisah/cerita hidup Rasulullah s.a.w hanya untuk ditonton oleh kita? Untuk mengisi masa lapang? Sebagaimana kita menonton Prison Break, Hustle, Naruto, Bleach, One Piece, Hunter X Hunter, Dragon Ball dll? Jika sedemikian, apakah maksud firman Allah s.w.t? :

” Sesungguhnya pada Rasulullah itu, contoh tauladan yang baik”

 

Tidak wahai kawan-kawan, sesungguhnya sejarah hidup & perjuangan Rasulullah s.a.w bukan sebagai halwa telinga untuk didengari, bukan sebagai santapan mata untuk ditontoni, bahkan ia adalah satu pengajaran & iktibar malahan sebagai satu panduan bagi kita seorang Muslim dalam meniti detik-detik kehidupan ini. Apatah lagi bagi seseorang yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w.

 

Menjawap persoalan kawan aku itu:

Kita mempergunakan isu  Maal Hijrah untuk menyampaikan kisah ringkas Rasulullah s.a.w kepada semua pelajar Nizhny. Kita meminta kepada semua yang bertanggungjawab untuk membuat follow up dalam usrah/circle mengenai Hijrah Rasululullah s.a.w. Sambutan Maal Hijrah hanyalah bahan tambah dalam perbincangan Hijrah di dalam Usrah/CiRCLE. PEnting untuk kita menerapkan peranan Hijrah dalam diri kita & rakan-rakan seusrah/circle kita. Hijrah apa yang perlu dilakukan di bumi Nizhny ini? Jika belum ber’usrah’, mari kita ber’usrah’. Jika selama ini kita banyak menghabiskan masa dengan Dota, N9, D MOon,Anime, Movie, FS dll, mari kita berhijrah meninggalkan jahiliah itu. Persoalan sekarang bukan masalah menyambut Hijrah Rasulullah s.a.w tetapi menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w.

 

Menyentuh mengenai Hijrah. Terlintas di fikiranku, perbincangan  Hadis 1 di dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi :

 

عن أمـيـر المؤمنـين أبي حـفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول

الله صلى الله عـليه وسلم يـقـول : ( إنـما الأعـمـال بالنيات وإنـمـا لكـل

امـرئ ما نـوى . فمن كـانت هجرته إلى الله ورسولـه فهجرتـه إلى الله ورسـوله

(ومن كانت هجرته لـدنيا يصـيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

 

Dari Amirul Mu’minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. Sesungguhya bg setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk ALlah & Rasul. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya pada apa yang diniatkan.”

 

Seringkali apabila kita membincangkan Hadis 1 ini, kita terlupa dari siapakah Hadis ini diriwayat? Hadis ini daripada Saidina Umar Al-Khattab r.a, seorang pemimpin agung Islam yang terkenal dengan bengis, bekeng, pongoh, gedeber, samseng dan perkataan yg sewaktu dengannya semasa di zaman jahiliah beliau. Zaman jahiliah beliau, dipenuhi dengan benci, dendam & permusuhan terhadap Islam. Namun, apabila beliau memeluk agama Islam, sikap & akhlak beliau bertukar, malahan sikap, bakat, kekuatan, pengaruh dan kehandalan beliau digunakan sepenuhnya untuk membela Islam. Perubahan 100% berlaku kepada Umar Al-Khattab r.a  sebaik sahaja memeluk agama Islam. Membuktikan kepada kita, sememangnya Umar AL-Khattab r.a adalah orang yang paling layak untuk menyampaikan hadis ini kepada umum. Hijrah yang berlaku oleh Umar r.a adalah perkara yang luar biasa yang perlu kita contohi. Bukan sebagai bahan cerita & pujaan dikala mengantuk (teringat masa aku kecil2, ayah aku selalu menidurkan aku dengan membacakan kisah-kisah para Rasul & sahabat).

 

Maksiat yang pernah dilakukan oleh Umar r.a sebelum memeluk Islam teramatlah banyak. Namun, perubahan besar & mendadak berlaku apabila beliau memeluk Islam. Ya, Hijrah berlaku! Alaa, setakat nak tinggalkan Dota, Anime, Games, Movie tuh, agak2 laa, kalu banding dengan Saidina Umar r.a. macam sisa-sisa makanan yang melekat dicelah gigi saja. Kecilnya jahiliah yang ada pada kita berbanding jahiliah yang Umar r.a lakukan (sblm Islam). Namun, kerana jahiliah yang kecil ini, kita membuang masa kita. Usia remaja/dewasa dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah. Sememangnya tidak syak, pemuda yang statik akan dirosakkan dengan ke’statik’annya sendiri. Ayuh kawan-kawan, kita menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w.

 

Pengajaran :

1) Kita boleh mempergunakan isu tapi jangan kita hanyut dengan isu.

2) Pastikan pergunaan isu mempunyai matlamat tersendiri.

3) Kisah perjuangan Rasulullah s.a.w adalah sebagai panduan untuk kita dalam meniti jalan Dakwah & Tarbiah.

4) Ayuh, sama-sama kita menyambung Hijrah Rasulullah. Hijrah ke jalan Dakwah & Tarbiah. Mewakafkan diri hanya kepada Allah s.a.w.

 

GAZA terus bergolak

•Disember 30, 2008 • Tinggalkan Komen
Sumber : http://minipavilion.blogspot.com/
Hari keempat : Israel serang Gaza

 

1_880977_1_34

Serangan Israel ke Gaza masih berlanjutan dan berterusan dari semasa ke semasa. Pemimpin Hizbullah mengingatkan serangan ini seumpama ketika Israel menyerang Lubnan 2006 yang lalu. Pengamat politik juga pakar strategi dari Lubnan menilai bahawa serangan Israel ini akan lemah jika HAMAS sekuat Hizbullah. Bagaimanapun, kepada Allah segala ketentuan dan tempat pergantungan selama-lamanya.

>> Situasi di atas hanyalah kenyataan politik, bukan ingin mencampuri urusan politik mana-mana Negara dan bukan untuk melebarkan fitnah antara mana-mana Negara.
[MAP] Seorang dari 2 Israel yang terbunuh akibat serangan mortar pejuang Palestin adalah tentera Israel.

[MAP] Awal pagi tadi sekitar jam 12.30 pagi-4.00 pagi(30/12/08), beberapa bangunan Kerajaan Palestin Gaza telah diserang oleh Israel. Menurut sumber, bangunan-bangunan(Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri) kerajaan mengalami kerosakan akibat 20 serangan peluru berpandu Israel(serangan udara) malah serangan untuk kali kedua ke Universiti Islamiah Gaza. Turut terancam beberapa rumah penduduk Palestin yang berhampiran dengan tempat yang diserang, termasuk rumah Ismail Haniah(Perdana Menteri di Gaza, merupakan pemimpin tertinggi HAMAS).

[MAP] Pesawat pengintip tanpa pemandu dilihat berlegar-legar diruang udara Gaza. Jam 8.30 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Jumlah penduduk Palestin yang syahid setakat ini meningkat ke angka 360, 1700 cedera termasuk kritikal. Bagaimanapun dalam serangan udara Israel pagi tadi mengakibatkan 2 kanak-kanak perempuan(kakak dan adik) syahid, jam 9.05 pagi (waktu Mesir). Menurut sumber, jentera serangan udara Israel adalah helikopter apache dan pesawat F-16. Saat ini, F-16 berlegar-legar di ruang udara Gaza malah jet pengintip tanpa pemandu juga mengintai-ngintai di ruang udara Gaza bagi mencari sebarang pergerakan pejuang Palestin dan sasaran seterusnya. Pejuang Palestin cuba untuk menjatuhkan pesawat pengintip tetapi setakat ini belum ada kesan. jam 11.05 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Penunjuk perasaan merempuh bangunan konsul Mesir di Aden, Yaman sambil membawa bendera Palestin. Sumber menyatakan, kejadian tersebut berlaku kerana menentang serangan Israel di Gaza dan mendesak agar sempadan Rafah dibuka. Jam 10.35 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah dalam pertemuannya hari ini membahaskan kedudukan di Gaza.

[MAP] Kesatuan Afrika mengutuk serangan Israel di Gaza malah menggesa Majlis Keamanan menghentikan serangan Israel.

[MAP] UNICEF menyatakan bimbang dengan tindakan melampau iaitu serangan yang berlaku sekarang ke atas kanak-kanak Palestin di Gaza.

[MAP] Froum Pemuda Islam Sedunia menyeru seluruh umat Islam agar tampil membantu penduduk Palestin di Gaza.

[MAP] Demonstrasi membantah penyelembelihan(serangan udara yang berterusan) Israel terhadap penduduk Palestin Gaza di hadapan Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur. Singapura juga menyatakan bimbang dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza.

 

1_880827_1_34

[MAP] Kapal al-Karamah kembali ke Gaza untuk kali kedua dengan membawa bantuan rawatan dan ubat-ubatan untuk penduduk Gaza telah dikepung 4 buah kapal perang Israel. Menurut sumber, al-Karamah dilanggar dibahagian hadapan. Dalam masa yang sama masalah teknikal berlaku. Bagaimanapun kapal Israel melarang al-Karamah mendekati perairan Gaza dan dipaksa berpatah semula ke Cyprus. Menurut sumber pelabuhan/pelantar nelayan Gaza untuk berlabuh telah dibom semalam oleh kapal perang Israel. Anak kapal al-Karamah termasuk Sami al-Haj(Bahagian Hak Asasi Manusia dan Bebas, bagi rangkaian berita Al-Jazeerah) menyatakan agak mencemaskan kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, tambahan pula kerosakan berlaku kerana dilanggar kapal Israel. Ketika berlaku kerosakan, mereka semua menanti kapten kapal yang turun ke air bagi memeriksa bahagian kapal yang rosak.

 
Jurucakap Menteri Luar Israel berkata larangan ke atas al-Karamah kerana sebagai langkah keselamatan dari pihak Israel berdasarkan undang-undang antarabangsa ke atas perairan laut Gaza malah al-Karamah membuat propaganda terhadap Israel, tambahan pula al-Karamah bersimpati untuk HAMAS namun Marwan Al-Barghousi(Jawatankuasa yang terpenting bagi Palestin) membidas kenyataan itu. Katanya, Israel sengaja membuat unsur-unsur pembohongan. Tambah beliau, al-Karamah hanyalah kapal kecil untuk membawa bahan bakar pun tidak mampu.

Walaubagaimanapun, beliau amat berharap kesepakatan arab membuat ketetapan yang kuat bagi mendokong Gaza, seperti membuka sempadan Rafah. Juga membuat ketetapan bagi menghukum Israel dan memutuskan hubungan dengan Israel.
Terbaru: al-Karamah dalam perjalanan ke pelabuhan Suur, Lubnan setelah mendapat persetujuan kapal pasukan keselamatan antarabangsa juga Presiden Lubnan mengeluarkan kenyataan bagi menyelamatkan al-Karamah. Kapal Menurut sumber setakat ini, ada lagi kapal yang akan datang ke Gaza(Iran dan Libya). Jam 1.20 petang (waktu Mesir)

n1438677591_30167901_6658
[MAP] Penunjuk perasaan merempuh bangunan konsul Mesir di Aden, Yaman sambil membawa bendera Palestin. Sumber menyatakan, kejadian tersebut berlaku kerana menentang serangan Israel di Gaza dan mendesak agar sempadan Rafah dibuka. 10.35 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Demonstrasi membantah penyelembelihan(serangan udara yang berterusan) Israel terhadap penduduk Palestin Gaza di hadapan Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur.
Singapura juga menyatakan bimbang dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza.

[MAP] Pertubuhan Islam Amerika mendesak dan berharap Bush, Presiden Amerika menghentikan serangan Israel di Gaza.

[MAP] Barak Obama, Presiden Amerika yang bakal menggantikan Bush belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung serangan Israel di Gaza setakat ini. Menurut salah seorang penasihat Presiden Amerika, David Ekselrod, katanya Obama mengikuti perkembangan ini tetapi tidak memberikan apa-apa ulasan malah beliau juga(David) tidak dibenarkan mengulas ketika dalam proses perpindahan tampuk kerajaan. Jelas beliau, tidak ada sesiapa boleh bercakap atas nama rasmi Amerika Syarikat sepertimana Bush sehinggalah 20 Januari 2009 akan datang. Sumber 30/12/08, suratkhabar al-akhbar.

[MAP] Sumber Palestin menyatakan bahawa Gilad Shalit, seorang tentera Israel yang berada dalam tahanan HAMAS parah akibat terkena dalam salah satu serangan Israel di Gaza, bagaimanapun HAMAS menafikan kenyataan tersebut. Menurut sumber rasmi HAMAS, memang pemimpin Israel ditanggungjawabkan mencarinya tetapi Gilad tidak mengalami luka parah dalam mana-mana serangan. Sumber 30/12/08, suratkhabar al-akhbar.

[MAP] Perdana Menteri Qatar melakukan lawatan rasmi ke Ankara, Turki hari ini bagi membincangkan keadaan dan kedudukan di Semenanjung Gaza. Perdana Menteri Qatar meminta wakil Amerika supaya menghentikan serangan Israel di Gaza. Semalam, Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit ke Turki bagi membincangkan keadaan yang sama dengan Perdana Menteri Turki.

[MAP] Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB menyeru Menteri-Menteri Luar Arab supaya bertindak dengan seberapa segera bagi menghentikan apa yang berlaku di Gaza. Beliau turut mengkritik pemimpin-pemimpin dunia kerana tidak ada kesungguhan bagi menghentikan serangan dan keadaan yang menimpa Gaza masa ini.

[MAP] Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel berkata, serangan-serangan udara Israel sekarang ini adalah peringkat pertama. Tambahnya, ada lagi peringkat-peringkat yang akan digerakkan dan akan mengambil tempoh masa yang lama. Peringkat serangan darat semakin hampir.

Setelah pertemuan semalam antara Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel), Tsipi Livni(Menteri Luar Israel), Ehud Barak(Menteri Pertahanan Israel) dan pegawai-pegawai keamanan Israel telah memutuskan untuk meneruskan serangan ke Gaza walaupun mendapat tentangan, kritikan dan kecaman dari semua pihak. Diterima Jam 11.20 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 360, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal.
Jam 11.50 (waktu Mesir)

[MAP] Serangan terbaru Israel di Gaza hari ini yang telah memasuki hari keempat. Menurut sumber, serangan tersebut ke atas sebuah rumah yang setakat ini belum diketahui punca ancaman itu, asalnya disangka rumah seorang pemimpin HAMAS tetapi tidak. Kelihatan kepulan asap ke udara. Jam 1.20 petang (waktu Mesir)

[MAP] Presiden Mesir, Housni Mubarak mengatakan pihaknya tidak akan membuka sempadan Rafah selagi tidak ada pemerintah(kerajaan) dan pengawal dari pihak Eropah sebagaimana perjanjian sempadan yang telah dimeterai pada 2005. Bagaimanapun, beliau menyatakan Mesir tidak akan menambahkan lagi perpecahan sesama Palestin sebaliknya akan sentiasa bersama Palestin. Ketika Presiden menyampaikan ucapan, beliau meminta Israel supaya menghentikan serangan dan tentangannya di Gaza. Mesir akan terus memainkan peranannya dari bentuk diplomasi antara Palestin-Israel.

[MAP] Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 363, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal.
Jam 2.35 petang (waktu Mesir)

[MAP] Penduduk Palestin di Tebing Barat mengadakan tunjuk perasaan di Bandar Ramallah sebagai bantahan dan protes atas serangan Israel. Mereka juga mendesak agar Israel hentikan serangan di Gaza. Menurut sumber, beberapa pemuda Palestin ditangkap tentera Israel. Jam 2.40 petang (waktu Mesir)

[MAP] Jet F-16 kembali mengebom di bandar Gaza.
[MAP] Kapal al-Karamah telah sampai ke Pelabuhan Suur, Lubnan setelah menempuh berbagai-bagai ancaman dari kapal perang Israel . Jam 2.40 petang (waktu Mesir)
Menurut Sami al-Haj, anak kapal seramai 15 orang terdiri daripada aktivis politik dan keamanan berlainan negara. Ketika al-Karamah(kapal), kelihatan cermin bahagian hadapan pecah dan beberapa sudut al-Karamah turuk kemek dan pecah akibat perlanggaran dari kapal perang Israel.

[MAP] Sameer Khadim, Pakar Strategi menjelaskan serangan Israel ke Gaza adalah beberapa sebab:
1) Semenanjung Gaza tidak seperti Tebing Barat. Gaza bagi Israel adalah seumpama wilayah musuh.
2) Serangan dan rempuhan ke Gaza kerana Israel kehilangan selatan Lubnan ketika perang 2006.
3) Untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS, Perdana Menterinya Ismail Haniah di Gaza bagi menggantikan dengan Kerajaan Palestin Ramallah yang Presidennya adalah Mahmoud Abbas.
4) Politik dalaman Israel kerana pilihanraya Israel akan diadakan beberapa bulan lagi.
5) Harapan yang besar untuk menang dalam peperangan kali ini di Gaza setelah jeneral tentera Israel sekarang mengkaji lebih mendalam kesan peperangan yang lalu dengan HIZBULLAH pada 2006.
6) Jaminan bagi meraih kemenangan dalam pilihanraya Israel antara parti-parti di Israel.
7) Melobi Tsipi Livni, Menteri Luar sekarang untuk calon Perdana Menteri menggantikan Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel sekarang.

[MAP] Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 364, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal.
Jam 4.15petang (waktu Mesir)

n1438677591_30167900_6453
[MAP] Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam di jajahan 1948, Israel mengatakan serangan Israel ini adalah beberapa sebab :

1) Sememangnya Israel memusuhi dan menentang Palestin.
2) Menjatuhkan Kerajaan HAMAS di Gaza yang diketuai Ismail Haniah.
3) Sebagai pelemah dan menjatuhkan hak penentangan/perlawanan(muqawamah) terhadap Israel.

Catatan yang dilampirkan di atas adalah catatan ringkas. Pihak MAP hanya mencatatkan apa yang termampu. Sumber di atas adalah berdasarkan siaran langsung dari berita al-Jazeerah Teruskan bersama kempen ini.