Rostiks (KFC) II

Sila baca Rostiks (KFC) I

Alhamdulillah, kekeliruan yang timbul akhirnya terjawab apabila aku pergi berjumpa dan berbincang dengan Ketua Agama (jawatan ni mcm Mufti laa) di Nizhny Novgorod, Umar Hazrat. Jawatan sebenar beliau ialah председатель духовного управления мусульман Нижнего Новгорода и Нижегородской Области. Korang translate sendirilah.

* Hazrat = Ustaz/Syeikh (gelaran untuk orang alim di Russia)

Selepas solat jumaat petang tadi, aku sengaja balik agak lewat. Tujuan utamaku adalah berjumpa dengan Umar Hazrat atau Abdul Bari Hazrat. Mereka adalah ketua-ketua agama Islam di Nizhny Novgorod yang aku percaya akan pendapat mereka. Selepas bacaan doa, aku masuk ke dalam masjid menuju kearah Umar Hazrat. Kami mulakan pertemuan kami dengan bertanya khabar (sememangnya aku telah mengenali beliau selama 4 tahun). Selepas itu aku memulakan perbincangan : (dialog ini aku edit mengikut kefahaman aku)

“Boleh saya berbincang dengan Ustaz sekejap?”

“Boleh2…sudah tentu…” Jawab Umar Hazrat sambil mengajak aku duduk di kerusi.

“Saya nak bertanya mengenai daging dan ayam yang dijual di tepi-tepi jalan, samada ianya halal atau haram.” Tanyaku.

“Oh…kami disini ada orang Muslim yang menjualnya. Jika daging/ayam itu dijual oleh orang Muslim, atau ada tertulis perkataan halal pada daging/ayam tersebut, maka ianya adalah halal. Jika tidak, ianya haram. Kami rakyat Rusia sejak turun temurun tidak memakan makanan yang dijual oleh orang kafir disini.” Jawab beliau.

“Faham2…baru-baru ini, saya menerima email daripada kawan saya, yang menyatakan Dr Yusoff Al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa sembelihan ahli kitab iaitu Yahudi dan Kristian adalah halal dimakan. Apakah pendapat ustaz?” Tanyaku lagi.

“Saya ada dengar mengenai pendapat ini, tapi kami di Rusia tidak mengunakan pendapat ini. Ini adalah pendapat peribadi beliau yang pendapat ini mungkin sesuai digunapakai di tempat beliau (Doha @ Mesir) tetapi tidak sesuai digunapakai di Rusia. Kami (jabatan agama Russia) tidak mengiktiraf adanya ahli Kitab pada zaman ini. Mereka menganut agama Kristian tetapi tidak mengamalkan agama mereka. Nama sahaja Kristian. Ada yang betul-betul beragama tetapi jumlah mereka amatlah sedikit.” Jelas beliau dengan panjang lebar.

“Jadi ini bermaksud, kamu (jabatan Agama Islam Russia) tidak mengiktiraf mereka sebagai ahli kitab?”Tanya aku lagi.

“Betul. Kami tidak sesekali memakan makanan sembelihan mereka. Oleh sebab itu, kami buat kedai halal, menggunakan cop halal dan cuba memberi pelbagai alternatif lain untuk penganut agama Islam mencari makanan halal. Jelas?” Tanya beliau.

“Oh…Jelas2…terima kasih banyak2…boleh ustaz keluarkan satu surat mengenai kenyataan ustaz tadi?” Aku meminta.

“Boleh2…cuba bincang hal ini dengan Ahmad Hazrat. Dia akan tolong awak untuk buat surat itu…” Sambil menuding jari kearah Ahmad Hazrat.

“Terima kasih sekali lagi.” Ujar ku berpuas hati.

Kemudian aku pergi berjumpa Ahmad Hazrat untuk mendapatkan surat yang mengesahkan perkara yang kami bincang tadi. Ahmad Hazrat membenarkan apa yang dinyatakan oleh Umar Hazrat. Dia kemudian mengajak aku pergi ke perpustakaan Masjid untuk mencari buku Al-Qaradhawi itu. Kami pergi ke perpustakaan dan menjumpai buku Fiqh Masa Kini (oleh Dr Yusuff Al-Qaradhawi). Selepas beberapa minit berbincang dengan beliau, beliau meminta aku memberi beliau masa selama beberapa hari untuk menyiapkan surat tersebut. Aku diminta untuk datang sekali lagi untuk mendapatkan surat tersebut.

Aku kira fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Yusoff Al-Qaradhawi adalah termasuk dalam permasalahan khilaf. Aku teringat perbincangan aku dengan Ustaz Kamal (seorang guru pondok di kampungku), ketika aku berbincang mengenai masalah Tolak Secara SMS. Beliau menyebut:

“…walau bagaimanapun pendapat mufti/qadi akan menghapuskan khilaf…”

Kenyataan yang sama dinyatakan oleh Ustaz Fawwas bin Fadhil Nor & Ustaz Muhyuddin. Mereka menyatakan fatwa/pendapat mufti (qadi & majlis agama) setempat akan menghapuskan segala khilaf yang timbul. Jadi, aku kira pendapat yang dikeluarkan oleh Umar Hazrat ini telah melenyapkan segala permasalahan khilaf yang timbul  adalah mewakili majlis agama disini.

Kesimpulan : (kenyataan ini adalah berdasarkan suasana di Nizhny & hasil perbincangan dgn Umar Hazrat)

1) Halal memakan ayam/daging yang dijual oleh orang Islam atau makanan yang mempunyai logo/cop HALAL di Nizhny.

2) Haram memakan ayam/daging yang dijual oleh orang Kristian/Atheis/Yahudi yang tidak dinyatakan hukum halal pada ayam/daging tersebut (di Nizhny).

3) Ayam Rostiks (di Nizhny) HARAM di makan. Oh…akhirnya tersampai juga message aku…huhu

* aku nak sgt buat ulasan pasal harga minyak tapi exam Neuro menyebabkan aku kesuntukkan masa…adeih…Moga Allah memberi aku kejayaan. Amin…

~ oleh zulhusni07 di Jun 6, 2008.

33 Respons to “Rostiks (KFC) II”

  1. […] Sambungan : Rostiks (KFC) II […]

  2. MasyaALLAH bro.. mantap ulasan yang best. terbuka minda semula membaca blog ni..huhu

  3. “…walau bagaimanapun pendapat mufti/qadhi akan menghapuskan khilaf…”

    Pastikah? Di Malaysia contohnye ada jawatankuasa fatwa kebangsaan dan badan authoriti islam utk kita laksanakan fatwa2 tu. Wlpn orang persendirian xstuju dengan pendapat berkhilaf, suma org islam malaysia tetap wajib ikut…

    Di Nizhniy hanya ade 2 muslim leaders/hazrats in charge. Pendapat diorang memang boleh diterima pakai, ttp wajibkah mengikutnya???
    Atas alasan apa seseorang muslim wajib mengikuti pendapat mufti dalam isu khilafiah apabila tiada jawatankuasa atau badan authoriti?

    Sekian.

  4. […] 6, 2008 by efenem Bosan-bosan neuro baca blog Zulhusni perihal makanan ahli kitab dan Rostik Nizhniy Novgorod. Menarik jugak. Malangnya komen saya masih tidak disahkan oleh Zulhusni, tetapi tak apa, saya […]

  5. salam ziarah.

    whoa, dah ada blog yg mengeluarkan fatwa rupanya. hehe.
    anyway, thanks for the heads up. Budak2 moscow pun leh amik perhatian nie, insya Allah.

  6. Salam…
    haha…mudah2an aku tak byk keluarkan artikel mengenai masalah Fiqh. Artikel ni pun utk budak2 nizhny yg selalu confius, nak makan @ tak ayam ROSTIKS 🙂

  7. alhamdulillah, kan dah jelas,,,
    hehs, lagi best kalo diselitkan jugak tempat2 or kedai2 halal yg Hazrat and other russian muslims slalu pergi,, 😀

  8. terima kasih atas hujahan tersebut..

  9. Anisa – Insyaallah kita akan usahakan
    Kak Ain – sama2 kasih

  10. Efenem – Adakah kita wajib mengikut pendapat Mufti?

    Jawapan : (diedit daripada perbincangan bersama Ustaz Fawwas)

    Tidak wajib jika sekiranya khilaf itu muktabar (perlu diambil perhatian,tidak semua khilaf diiktiraf). Kecuali di dalam mahkamah, kita wajib mengikut pendapat qadi.

    Mengenai isu ahli kitab, perlu ditekan disini bahawa Russia dahulu pernah menjadi Negara/Jaguh Komunis dunia. Oleh itu, masalah timbul apabila org komunis masuk yahudi/kristian samada mereka dikira ahli kitab atau tidak, perkara ini berhajat kepada kajian yang mendalam. Sila rujuk artikel Sembelihan Ahli Kitab bawah subtopik “Sembelihan yang Dilakukan Oleh Ahli Kitab dengan Tenaga Elektrik dan Sebagainya”.

    Dalam kes di Rusia, adalah lebih baik untuk seseorang Muslim mengikut pendapat Mufti di sana untuk menjaga agama. Dan di dalam bab makan, kita perlu lebih berhati-hati berbanding bab ibadah (kita boleh ambil yang lebih ringan).

    Kewajipan kita untuk menyampaikan, penerimaannya terpulang kepada individu itu sendiri. Moga Allah merahmati kita semua.

  11. terima kasih di atas isu yang diutarakan. usaha berjumpa dengan ketua agama Islam di NN ni bukan senang dan perlu pengorbanan, jadi usaha ni sangat lah dihargai. salam.

  12. Pandangan Qardhawi (Halal dan Haram):
    Berdasarkan kaedah: Apa yang ghaib bagi kita jangan kita tanyakan. Tidak menjadi kewajipan kepada simuslim untuk bertanyakan hal-hal yang tidak diketahuinya. Bagaimana cara sembelihannya, disebut nama God atau jesus, menggunakan kuasa letrik atau senapang, penyembelihnya orang bod*h atau fasik, dan sebagainyanya.
    Dalil: HR Bukhari, satu kaum telah bertanya nabi saw, kami telah diberi daging oleh satu kaum, kami tidak pasti samada disebut nama Allah atau tidak. Maka jawab Nabi,sebutlah nama Allah atasnya dan makanlah.
    Berdasarkan hadis ini, fuqaha’ mentarjihkan bahawa semua perbuatan dan pengeluaran ahlil kitab adalah dihukumkan sah dan baik, kecuali ada dalil atau lapuran yang menunjukkan batalnya perbuatan tersebut.
    ————————————————————————————————
    zulhusni07 : kenyataan ini telah dikeluarkan dlm artikel “Sembelihan Ahli Kitab”

  13. Taksub lah dgn pendapat Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. dan jgn kita taksub pada qaul rijal(yakni pendapat manusia). Yes kita boleh ambil pendapat mereka(aka mufti/qadi) selagi mana ia tidak bercanggah dgn Al-Quran dan Sunnah tapi taksublah dgn pendapat AL-Quran Dan Sunnah itu lebih selamat. Jkk.
    ———————————————————————————————
    zulhusni07 : Betul, bersikap adillah kerana adil itu lebih hampir kepada Allah s.w.t.
    Keputusan/pendapat yang dikeluarkan oleh Umar Hazrat & Ahmad Hazrat adalah bukan berdasarkan menolak kehalalan sembelihan ahli kitab. Tetapi permasalahan disini ialah pengiktirafan yahudi/kristian di Russia sebagai Ahli Kitab. Mereka (majlis agama Russia) tidak menerima kristian/yahudi sebagai ahli kitab sebagaimana kita di Malaysia. Jika tidak sudah tentu kita boleh berkahwin dengan orang Kristian di Malaysia. (kes lina joy tidak akan berlaku jika Malaysia menerima Kristian sebagai ahli kitab)

  14. So tajuk di atas agak tidak sesuai jika dijatuhkan hukumnya haram…apa kata kita tukar tajuk lain? alangkah baiknya jika semua nikmat yg ada didunia ni halal bagi hamba2NYA. agama itu mudah, simple…haram atau tidak kita tidak tahu. Apa yg baik itu dari ALLAH dan apa yg buruk itu dari diri sy sendiri. Jkk.
    ————————————————————————————————
    Zulhusni07 : Kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan perbincangan dengan Ketua Agama di Nizhny. Sesungguhnya tugas saya hanya menyampaikan message daripada Ketua Agama Islam di Nizhny.

  15. terima kasih atas penerangan tersebut dr. icos.
    Memang saya pernah banyak kali baca penerangan tu tp xtercari pulak dia punya hujah2.

  16. “Dalam kes di Rusia, adalah lebih baik untuk seseorang Muslim mengikut pendapat Mufti di sana untuk menjaga agama. Dan di dalam bab makan, kita perlu lebih berhati-hati berbanding bab ibadah (kita boleh ambil yang lebih ringan).”

    SEPATUTNYE LEBIH BERHATI2 DLM IBADAH DARIPADA BAB MKNN. KERANA IBADAH ATAS DALIL DAN MKNN NI PUN ATAS DALIL. SEPATUTNYA IBADAH YG PERLU DIUTAMAKAN KERANA IANYA MERUPAKAN SURUHAN ALLAH YG LEBIH TINGGI. jkk
    ————————————————————————————————–
    zulhusni07 : yang dimaksudkan dengan kenyataan : “…berbanding bab ibadah (kita boleh ambil yang lebih ringan).” ialah jika berlaku khilaf dikalangan ulama mengenai bab ibadah (masing2 mempunyai dalil mereka) maka, kita boleh memilih yang lebih ringan hukumnya.

    Sebagai contoh, dlm mazhab syafii menyatakan air mustakmal tidak bersifat menyucikan, tetapi dalam mazhab maliki menyatakan ianya suci lagi menyucikan. Maka, dalam permasalahan khilaf seperti ini kita dibolehkan mengambil yang lebih ringan hukumnya iaitu air mustakmal bersifat suci lagi menyucikan. Cuba rujuk Fiqh Sunnah karangan Syeikh Syed Sabiq bab Air.

    Berbeza dalam bab makan, dan bab riba. Di mana kita di minta untuk mengambil pendapat yang lebih tegas/syadid untuk menjaga agama & hak orang lain.

  17. Sorry bnyk sgt komen…last utk arini…ibadah mengikut dalil bukan hujah manusia. Ramai yg berhujah..tnylah beberapa para ulamak pun masing2 ada hujah. Tetapi seprti yg sy katakan taksublah pada AlQuran Dan Sunnah dan jgn taksub kepada perkataan manusia.

    Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah menyebut “jgn mengharamkan apa yg dihalalkan oleh Allah”.

    Umar Al-Khattab pernah menyuruh Huzaifah supaya menceraikan isterinya yg merupakan ahlil kitab. Tetapi Huzaifah berkata “adakah engkau mengharamkan apa yg dihalalkan ALLAH?” Jawab Umar “Aku tidak mengharamkan apa yg ALLAH halalkan. Aku bimbang rahsia pentadbiran ku berada di pihak lawan” Jkk.
    ————————————————————————————————-
    zulhusni07 : penat aku melayan yasin (dr icos=yassin) ni…adeih 😀

    Soalan ini telah dijawab di atas. Mereka tidak khilaf samada sembelihan ahli kitab boleh dimakan @ tidak tetapi mereka khilaf samada kristian/yahudi sekarang di Russia diiktiraf sebagai ahli kitab @ tidak. Mereka(majlis agama Russia) memilih untuk tidak mengakuinya. Maka, pendapat Mufti/Ulama’ setempat adalah lebih tepat/rojih untuk diikuti. Waallahua’lam.

  18. enta yg dulu pergi banding ibadah dgn mknn..bukan ana.

    kes lina joy bukan isu ahli kitab atau tidak. kes lina joy adalah isu seseorg atau sekumpulan masyarakat ingin menentang islam menggunakan perlembagaan malaysia..harap maklum.

    pendapat mufti boleh diikuti. terpulang pada kita utk menilai. islam itu luas..dada islam itu luas..ia menerima pelbagai hujah daripada semua ilmuan islam.

    Lastly Al-Quran itu utk pedoman sehingga akhir zaman. Jgn menolak al-Quran n Sunnah kerna ianya petunjuk yg paling berharga. Taksublah dgn dalil Al-Quran dan Sunnah dan jgnlah taksub pd pendpt manusia. Jkk
    ————————————————————————————————-
    zulhusni07: yassin, perbandingan itu bukan pendapat peribadi ana. Itu adalah manhaj yang diterima pakai oleh Ustaz Fauwas bin Fadhil Nor.

    Kes Lina Joy berlaku kerana dia nak berkahwin dengan seorang lelaki Kristian tetapi tidak dibenarkan oleh mahkamah Syariah (jika salah sila perbetulkan. Ini maklumat yang diketahui oleh ana). Kemudian, dia cuba mendapatkan kebenaran Murtad melalui perlembagaan Malaysia.

    Betul, Islam itu luas. Moga-moga kita melihat Islam bukan hanya dari segi Fiqh. Malahan aqidah & tasawwuf. Moga-moga kita lebih mengutamakan tarbiah & dakwah Islam lebih daripada membincangkan permasalahan fiqh 🙂

    Sekali lagi ditegaskan. Kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan pendapat yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam di Nizhny. Maka, pendapat mereka adalah lebih tepat untuk diikuti. Tugas ana hanya menyampaikan. Penerimaannya terpulang pada individu. Waallahua’lam.

  19. Kes Lina Joy berlaku kerana dia ingin mencabar islam menggunakan perlembagaan. Xde kene mengena dgn lelaki kristian tu pun..sebab dia dah murtad sebelum kes dibicarakan. Dia bukan nk dpt kebenaran murtad tp nk buang status islam dlm identity card dan sekaligus mencabar islam di mahkamah persekutuan yg merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia setelah mahkamah rayuan dan makkamah tinggi menolak permohonan utk membuang identity tersebut. Xde kena mengena pun dgn laki dia tu. Lina Joy ini mencabar perlembagaan islam dan sebab itulah tertubuhnya PPI(Peguam Pembela Islam) yg tampil menentang IFC yg menyokong kes berkenaan. Jkk.
    ————————————————————————————————–
    Zulhusni07 : terima kasih di atas maklumat yang diberi 🙂

  20. owh centu ek…ambo ni dok reti mano bab2 feqah ni..ho yolas mugo dok ngaji feqah pon tak sapa 10 tahun lagi..napok biso bena nah dr yasin nih..kaloh la kalih pendapat mufti rusia ni..umur tok mufti aku tgk ado dah daley 50 tahun sero..aii lamo dio dok rusia nih..kito pakak buh yasinla plok jadi tok peti rusia..napok bnyk pengalaman bena doh dio bab2 ahli kitab d rusia ngan makanan2 halal di rusia nih…mudoh skek..buh yasin gak kito pakak makey rostik ari2la..ustaz aku oyak…(sorila mukin ilmu ustaz hok aku tanye ni tak stinggi ilmu ustaz yasin nih)..pasal tu…hak molek ikut pndapat ore alim tmpat kita dudukla…sbb dia yg lebih tahu gano keadaan situ…yg Dr Yusuf qardawi tu betol gak….cuma mngkin dia oyk gitu(halal)sbb tnya ore sembelih dr ahli kitab!!!dlm islam,mmg takde gapo kalau betol2 penyembelih tu ahli kitab.Masalahnya,kita yakin ko penyembelih tuh ahli kitab???loni nak cari ahli kitab..macam payah jerr….kalau ikut taarif ahli kitab ni,ore yg ngamal atau berpegang dgn taurat….nisbah yahudi dgn kristian,kuat yahudi lagik pada ahli kitab walaupun dia mmg kita tahu jahat!!!jahat tu maksud ana,ore yahudi lain.Bkan ahli kitab yahudi tu…kalu dia ahli kitab,dia tak kenak ore,tak wat jahat sbb dlm taurat….bnda2 tak baik tu dilarang gak!!!sbb tuh kita kena tahu penymbelih tu gano??? saidina ali oyk….lebih baik kita besatu diperkara betol dr berpecah di perkara tepat!!!….jadi,utk yg terbaik…pakai pndapat ulama sanela yg oyk takleh makan walaupun Dr yusof oyk leh….raso leh fhm dahkan??

  21. dptkan vcd Dr.Maza(tentang ahlil kitab) utk ilmu tambahan di bilik 323 hostel 3..live from Perlis. Maghi2..free jah ni..dok perlu bayar. Jkk.

  22. Apa yg Dr Yusof kata benar, tp dalam situasi di Nizhny rasanya pendapat Mufti di sini adalah lebih benar. Waallahua’lam.

  23. salam..
    kehendak atau keperluan hidup…

    tak pernah sampai nizny..tapi langsung takde telor ke..ikan ke yang kompem boleh makan?atau sekurang2nya ayam/daging halal disembelik orang islam?
    soalan kelakar satu..korang sembahyang kat sana ikut waktu Perlis ke waktu Nizny?

    Islam itu Mudah..tapi jangan dimudahkan..

  24. jzkk
    terasa sgt dekat di hati artikel ini..
    moga sume ley take note
    budak volgo juge =P

  25. salam kepada tuan zamani(abg long kita di Rusia) & dr Muthiah.
    Lepas abis exam neuro td, saya skali lg pergi berjumpa dgn pihak masjid & berbincang. Saya kata, kawan2 berpendapat ini masalah khilaf, jadi mereka bebas berpegang mana-mana pendapat. Abdul Bari Hazrat menjawab, apa khilaf? Xde khilaf-khilaf…ini pendapat kami (pihak agama di sini). Al-Qaradawi amatlah alim, tapi bila datang ke Russia, kamu mesti ikut pendapat kami disini. Kalu saya pergi ke Malaysia pun saya akan ikut pendapat mufti disana sebab saya bukan tahu keadaan di Malaysia macam mana.

    Saya juga bertanya samada masalah ini pendapat beliau sahaja & Umar Hazrat, beliau menyatakan ini pendapat kami iaitu seluruh gabungan seluruh mufti-mufti di Russia. Malahan beliau menambah, di Russia, ada satu bahagian khas untuk pengkajian makanan halal (mcm JAKIM kot). Diorg letak cop halal dll.

    Beliau juga melahirkan perasaan kecewa kerana sesetengah pelajar Malaysia disini telah mula makan makanan sembelihan orang Kristian, atheis dll tanpa bertanya pada pihak Masjid terlebih dahulu. Malahan, beliau sanggup untuk datang ke Hostel pljr Malaysia untuk menjelaskan perkara ini (sambil memarahi saya sbb saya tak ajak beliau dtg memberi penjelasan kepada pelajar Malaysia sebagaimana tahun-tahun lepas). Insyaallah, semester depan kita ajak laa…semester ni tengah demam exam. Adeih. Ohye, saya dah abis exam neuro. Tetiba hati jadi gembira 😀

    p/s : tetiba teringat fatwa Qaradawi yang mengharamkan umat Islam membeli barangan keluaran AMerika & Yahudi. Meh kita ikut fatwa ni, jadi konfem Ayam ROSTIKS KFC haram???

  26. salam..
    selamat bermujahadah zulhusni;)..
    jalan straight aje..

    nak paste perbincangan ni kat blog kawe deh..

  27. oh..sila2..xde masalah. Paste semua xpe, Rostiks I, Rostiks II, & artikel ‘Sembelihan Ahli Kitab’. 😀
    tp perkara yg dibincangkan ini adalah berkaitan dgn Nizhny, bimbang jika tidak sesuai dengan Volgo…

  28. em..ok jek..cume mungkin tak full..link je kot..heh..lagi baik orang bace dari blog demo..

  29. […] Rostiks (KFC) II […]

  30. alhamdulillah mer kaceh encik husni kerana menyampaikan info yg sgt bergune nie..insyaAllah akan diamalkan..act nk makan makanan yg di sembelih oleh org bukan islam ni..geliii lerrr..yekkk

  31. Salam ziarah,

    Nice article shared here. Sy harap masih tak terlalu lewat utk nak komen kat artikel saudara ni =)

    Sy setuju jika keraguan status Ahli Kitab tu, adalah disebabkan tak pasti adakah mereka kristian kah, atau atheis kah, atau hindu kah.

    Tetapi sy kurang setuju jika dimaksudkan “keraguan” tu adalah disebabkan Kristian pada hari ini sudah tidak baca kitab, and tidak betul2 mengamalkan agama mereka lagi.

    Sy bawa satu contoh. Seorang Muslim, bernama Ali (bukan nama sebenar, huhu), seorang penzina, kaki judi, kaki botol, kaki tipu orang, tak pernah solat etc… – tetapi kalau Ali sembelih ayam ikut cara betul, adakah ayam itu HALAL, atau pun tak? Sudah tentu YA, kan? Sbb kat sini jelas pada kita, sembelihan tu menjadi SAH apabila penyembelih itu adalah Muslim. Takde pun syarat penyembelih tu mestilah Muslim yg ALIM, WARAK dsb.

    So same goes with Ahlul Kitab. As long as mereka Kristian, or Yahudi, maka sembelihan mereka kita namakan sbg sembelihan Ahli Kitab. Bukan syarat pun Ahli Kitab tu kena alim dan warak, slalu pergi gereja, baca Bible dsb.

    =======

    Anyway, just nak share pendapat dari angle yg agak lain sedikit. =) Salam ukhwah dari France.

    WA

  32. Saya harap tuan blog dpt memberi sedikit lagi penjelasan tentang soalan diatas..
    Saya pernah belajar ttg ni, cuma tak berapa ingat dah. So..harap dpt jwnbkan soalan tu ye?

  33. Salam kpd itminan90,

    Saya bukan ahli dalam bidang fiqh, jadi persoalan sedsmikian baik diajukan kepada ahli fiqh. Saya cuma mengutarakan dan memaklmumkan pendapat mufti dan jabatan agama di sini (Nizhny,Russia) kepada semua pelajar Muslim Malaysia Nizhny…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: