MANUSIA – HAKIKAT KEJADIAN INSAN

Pada minggu lepas, aku mengadakan liqo’ dgn beberapa pelajar 1st year. Aku sengaja menyentuh mengenai beberapa perkara :

1) Kenapa datang ke Nizhny?

– majoriti menjawab sbb nak jadi doktor…

 

2) Kenapa nak jadi doktor? (yg ni ada pelbagai jawapan)

–  nak hidup senang

–  ntah

–  sbb doktor adalah golongan yang paling dipercayai

–  nak buktikan bahawa diri ini bukan dogol/bodoh

–  nak tlg mak ayah

–  nak kaya (betul ke kaya bila jadi doktor?)

–  dan lain-lain…lupa laa

 

3) Kenapa aku dicipta oleh Allah s.w.t ? (pun byk jawapan) ada yg memberi jawapan yg skema

– utk beribadat kpd Allah s.w.t

– utk menjalankan tanggugjawab sbg khalifah Allah

– ntah…kalu Allah xciptakan pun xpe kot (jwpn yg paling menyentuh hati aku masa tuh)

 

Menyentuh mengenai soalan ke-3 aku, aku teringat satu artikel dari blog Mukjizat Saintifik yg membawakan satu perbualan antara seorang Syeikh dgn seorang tokoh ilmuan barat iaitu Profesor Christopher Ballis(seorang panel pemeriksa bagi ujian kelayakan bagi mendapatkan keahlian Persatuan Perubatan di Raja Britain).

clip_image001

Syeikh : Prof, adakah mata dicipta dengan hikmah?
Prof    : Ya, tentu sekali.

Syeikh  : Bagaimana pula dengan hidung? Adakah ia dijadikan dengan hikmah?
Prof     : Ya.

Syeikh
: Bagaimana dengan mulut, tangan, jantung, paru-paru, hati dan usus kecil?
Prof    : Anda sedang mengatakan kepada saya tentang satu ilmu yang sempurna yang dikenali sebagai Physiology yang mana tidak mungkin seorang doktor boleh diijazahkan dari mana-mana fakulti perubatan kecuali setelah belajar ilmu ini iaitu ilmu Physiology.

Syeikh
: Terima kasih. Jadi Prof, adakah anggota-anggota tadi dicipta untuk dirinya sendiri atau untuk keseluruhan tubuh?
Prof    : (ketawa) Pada pendapat kamu, jika kita datangkan sistem tulang semata-mata tanpa jasad adakah ia mempunyai nilai?

Syeikh : Bukan!
Prof    : Jadi, bagaimana kamu boleh berkata bahawa bahagian-bahagian ini dicipta untuk dirinya sendiri? Ia tidak diciptakan melainkan untuk keseluruhan!!!

Syeikh : Saya bertanyakan kamu Prof, dan kamu telah menjawab soalan saya dengan baik, terima kasih. Namun ada satu lagi persoalan pada saya. yang seluruh ini (jasad manusia), apakah hikmah daripadanya? Kenapa ia dijadikan?
Prof    : (terperanjat) Ini adalah falsafah.

Syeikh : Kamu mengelak (dari menjawab pertanyaan saya) dan kamu cuba melarikan diri sekarang ini. Sebentar tadi ia adalah ilmu physiology, ilmu! ilmu!. Dan sekarang, apabila kita sampai kepada yang keseluruhan ini, awak lari dan mengelak. Saya tahu kamu akan lari dan mengelak kerana hikmah tersebut tidak akan diketahui melainkan dari ajaran Tuhan yang menjadikan manusia ini kerana ia adalah ilmu yang tersembunyi pada diri Pencipta Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, Yang Maha Suci. Namun begitu masih ada satu persoalan pada diri saya Prof.
Prof   : Apakah ia?

Syeikh : Kasut anda milik anda! Adakah ia mempunyai hikmah?
Prof   
: Ya.

Syeikh : Prof, anda pasti?
Prof    : Saya pasti.

Syeikh : Beritahu saya apakah hikmahnya?
Prof    : Kasut dapat melindungi kaki saya daripada benda-benda tajam, cecair-cecair yang berbahaya, perubahan cuaca dan daripada benda yang mungkin menembusi tapak kaki saya berupa cacing sekira saya berkaki ayam ketika berjalan.

Syeikh : Kamu pasti?
Prof    : Pasti!

Syeikh : Kamu pula, apakah hikmah dari kejadian kamu?
Prof    : (terperanjat)
Syeikh : Ajaib! Demi Allah! Saya begitu takjub dengan ketamadunan kamu yang mengatakan kepada anak-anaknya: “kamu lebih hina dari kasut kamu!!!”. Kasut mempunyai hikmah manakala si pemakainya tiada sebarang hikmah daripadanya, tiada hikmah dari kewujudannya!!!

Kesimpulan :

Sama-sama kita merungkai hakikat kejadian insan…

~ oleh zulhusni07 di Oktober 23, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: