APA ERTI HIDUP BERTAMBAH SEHARI ?

Seringkali kita mendengar ucapan “Semoga panjang umur”. Tapi apa erti hidup kita yang bertambah sehari?

Sabda Rasulullah s.a.w :

” Apabila datang kepadaku satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah azzawajalla, maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari pada hari itu.”

Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w menyatakan bahawa tiada guna bagi dirinya jika memasuki satu hari di mana dalam hari itu Baginda s.a.w tidak dapat menambah ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

 

HURAIAN :

1) Tak guna hidup panjang jika  hidup menderhakai Allah s.w.t.

2) Falsafah hidup seorang Muslim ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pengertian sehari bertambah umur adalah untuk menjadikan diri lebih hampir, disayangi, diredhai & dicintai oleh Allah s.w.t.

3) Cara untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah melalui Ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu kita dapat mengetahui zat & sifat Allah s.w.t.

4) Hidup seorang muslim adalah kehidupan dalam erti keredhaan Allah s.w.t bukan kehidupan dalam redha manusia dll. Bukan satu kehidupan yang sia-sia yang hanya berkisar dengan MAKAN, DOTA, CS, ANIME, MOVIES, AWEKS, HARTA, PANGKAT, DUIT, dan semua material duniawi lain.

 

KESIMPULAN

Sebagai setiap muslim, kita perlu meneliti apa yang kita lakukan pada setiap hari. Adakah dalam hari itu, bertambah amal kita? Adakah kita bertambah hampir kepada Allah s.w.t? @ Kita dilekakan dengan pelbagai permainan duniawi yang mana kita sendiri menyedarinya tetapi enggan merubahnya. Siapa lagi yang akan mengubah diri kita, jika bukan kita sendiri?

 

” AYUH, BERSAMA-SAMA KITA MEMAKNAKAN LAGI HIDUP KITA PADA HARI INI ! “

~ oleh zulhusni07 di Oktober 18, 2008.

6 Respons to “APA ERTI HIDUP BERTAMBAH SEHARI ?”

  1. Salam..ana suka pernyataan ni..

    ” Apabila datang kepadaku satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah azzawajalla, maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari pada hari itu.”

    tapi bila anta kata ia hadis, ana sedikit berhati2 menyandarkannya sebagai sumber agama..asalkan anta yakin ia sahih ana dah lega. biasa ana dengar kata2 ibnu mas’ud ttg hal ni, matan dia lain sket..if benar ia dari Nabi brtambahlah ilmu ana alhamdulillah 🙂

    nice work though..ana makin malas menulis

  2. salam akhi,
    sumber hadis tuh ana ambik dari Bimbingan Mukmin, karangan asal dari Imam Ghazali yang diringkaskan oleh Syeikh Jamaludin Al-Qasimi dalam bab Keutamaan Ilmu Pengetahuan. 🙂

  3. salam wbt.

    nak minta copy utk paste kat blog ana…
    bset2..

    =)

  4. tafadhal akhi

  5. salam
    siapa gerangan?student kt mane yea?ana mahu kepastian shj..
    wassalam

  6. salam..
    sila klik : https://zulhusni07.wordpress.com/2008/06/01/man-ana/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: