EXTRA PRACTIKALS II

Minggu lepas, Faiz datang berjumpa aku. Dia memberitahu bahawa dia, Jeremy & Suvindran telah berbincang & mencalonkan aku sebagai Biro Perhubungan Awam. Faiz memberitahu bahawa aku perlu hadir dalam mesyuarat pada sabtu ini (pukul 8.30pm, 27/9/08) untuk pengesahan jawatan tersebut. Jika aku tidak hadir, bermakna aku tidak menerima. Oleh sebab itu, aku dipilih oleh Faiz sebagai Biro Perhubungan Awam secara tidak rasmi sehinggalah aku menghadiri mesyuarat pada Sabtu ini.

Tugas pertama yg dipertanggungjawabkan ialah men’settle’kan masalah beg budak 1st year yang hilang iaitu :

1) Neo Sheue Li = beg dia dah di embassy skrg. En Azman kata minggu depan, insyaallah dia akan bawa beg itu ke Nizhny.

2) Siti Nursuhana binti Borhan = Beg dia masih di Frankfurt. Bila sampai, blum diketahui.

Tugas kedua ialah mengadakan perbincangan antara En Azman & Puan Afizah (pengawai MARA) dengan para pelajar pada jumaat, 26/09/08. Yg ni paling memeningkan aku.

Tambahan :

1) Faiz – ingin mengadakan perjumpaan dengan pegawai Embassy & MARA.

2) Pelajar 6th year MARA – yg berjumpa aku adalah Lope, dia beritahu bahawa 11 org pelajar 6th year nak berjumpa dgn Puan Afizah. AKu dimaklumkan bahawa mereka ingin berbincang isu mereka sebagai final year.

———————————————————————————————————————————————————————————————————–

Maklumat yang aku dapat :

Aku menghubungi En Azman & memberitahu hasrat Faiz & Lope. Jawapan yg aku dapat daripada En Azman :

Maklumat yg aku dapat pada hari Khamis(25/9/08) :

1) Perjumpaan antara pljr 1st year dgn delegasi pada pukul 12 – 2pm

2) Perjumpaan antara Puan Afizah dgn 11 pelajar MARA 6th year  pada pukul 2-4pm. (En Azman memberitahu aku dengan nada tidak pasti. Mungkin kerana dia blum mengetahui jadual yg ditetapkan oleh Dekanat kepada delegasi dengan memberi jaminan bahawa dia akan memberi confirmation pada Jumaat pagi).

Aku telah beberapa kali meminta diadakan perjumpaan antara semua peljar dengan delegasi tetapi En Azman menegaskan bahawa tujuan utama delegasi pada kali ini adalah untuk memantau kebajikan pelajar 1st year bukan pelajar senior. Lalu aku bertanya bila boleh diadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar lain? En Azman memberitahu pada minggu hadapan tanpa memberi tarikh tetap.

Maklumat yg aku dapat pada pagi Jumaat (26/9/08) :

1)Perjumpaan antara pelajar 1st year + delegasi pada kul 12-2pm (seperti yg ditetapkan pada hari Khamis).(Tindakan : AKu memaklumkan kepada Faiz)

2) Perjumpaan antara Puan Afizah + 11pljr MARA 6th year pada kul 5.30pm di Hotel Alexander. (Tindakan : Aku memaklumkan kepada beberapa orang pljr MARA 6th year).

———————————————————————————————————————————————————————————————————–

Al-KISAH YG BERLAKU

Pagi itu(26/9/08), seperti yang dijadualkan berlaku perjumpaan antara pelajar 1st year + delegasi pada pukul 12.30-2pm. Pada masa yang sama, aku melihat pelajar 6th year MARA telah turun dan berbincang dengan Puan Afizah (mungkin sbb mereka dah berjumpa dengan Puan Afizah, maka xde perjumpaan pada kul 5.30pm di Hotel Alexander). Faiz juga berkesempatan untuk berbincang dgn delegasi tersebut. Untuk mengetahui hasil perbincangan tersebut, sila klik SINI.

UNTUK PELAJAR JPA :
Aku & Paliki datang berjumpa dengan En Azman, kami mengemukakan bahawa sebahagian pelajar JPA menolak extra practikals. Dialog yang berlaku antara kami :

” Tidak boleh, sem lepas kita telah mengadakan perjumpaan. Dan majoriti telah menyatakan bahawa mereka setuju untuk mengadakan extra practikals.” balas En. Azman apabila kami menyatakan bahawa sebahagian kami tidak mahu extra practikals.

” Tapi ramai yang tidak mahu extra practikals tidak menghadiri perjumpaan tersebut.” Paliki menambah.

” Tidak…Tidak. Mereka yang tidak hadir tidak mempunyai hak untuk bersuara. Kita mengunakan suara majoriti dalam perbincangan. Lagipun, perjanjian kita, JPA dengan pihak universiti tidak boleh dimansuhkan dengan sewenang-wenangnya. Memang kita buat perjumpaan pada sem lepas untuk berbincang mengenai latihan praktikal yang akan diadakan pada tahun ini.” Kata En Azman.

” Betul, suara majoriti menyatakan mereka hendak extra practikals. Tapi kami mengemukakan syarat. Iaitu mengenai masa praktikal, hospital yang jauh, cikgu yang tidak tahu mengajar apa dll. Pada masa perjumpaan itu, En Azman seolah-olah memberi respon yg baik & ingin mengemukakan permohonan kami kepada pihak universiti. Rasanya disini, perlu ada perubahan dalam extra practikals tuh…baru menepati keputusan perbincangan kita.” Aku menagih janji.

” Baik, saya akan bincang dengan pihak universiti.” En Azman memberi harapan.

Selepas 2jam, En Azman memberitahu aku bahawa dia telah menyerahkan surat yang diberi oleh Faiz kepada Dekanat & meminta Dekanat mengadakan perjumpaan segera dengan pelajar Malaysia mengenai semua perkara yang ditimbulkan oleh para pelajar. En Azman menambah bahawa dia akan mengadakan perjumpaan sekali lagi dengan pelajar JPA (memandangkan jumlah pljr JPA yg menandatangani surat membangkang hampir 45% = 40org{tidak termasuk 1st year} ) selepas perjumpaan antara Dekanat dengan pljr Malaysia untuk membincangkan isu extra practikals. (Tindakan : memaklumkan kepada Faiz)

UNTUK PELAJAR MARA:

Sila tanya pelajar 6th year MARA @ Faiz apa yang dibincangkan dengan Puan Afizah.

Lope ada pesan, kalu dekanat minta apa2 byran untuk extra practikals, jangan bayar walaupun sedikit (daripada Lopadam).

———————————————————————————————————————————————————————————————————–

Jawapan kepada komen unknown : (SILA RUJUK SINI)

“aper ni?? knaper x buat general meeting utk jumpa dgn pegawai MARA tu? n saper plak ni yg self acclaimed yg dier MARA representatives? x malu ke.. so far that i remember, we didnt elect any MARA representatives.. dont just decide by urself n then say that we ‘all’ agree on it. Td kitorg nk g jumpa dah pegawai MARA. tau2 jer dier dah balik
kenaper x buat announcement yg kiter boleh jumpa diorg. dah tau jd mcm ni, buatla general meeting utk sumer student. so, korang decide ikut suka hati yek? melampau giler.. now how? kalau email, org x layan.. then nak jumpa face to face, mcm ni pulak.” daripada UNKNOWN.

 

1) “knaper x buat general meeting utk jumpa dgn pegawai MARA tu?”

Jawapan : Hanya pelajar 6th year MARA sahaja yang meminta diadakan perjumpaan dengan Puan Afizah. Kenapa ko x beritahu? Ko sendiri tiada inisiatif! ko perlu beritahu kat 6th year MARA @ Faiz bahawa pljr MARA lain juga nak jumpa Puan Afizah.

2) “n saper plak ni yg self acclaimed yg dier MARA representatives?….dont just decide by urself n then say that we ‘all’ agree on it ”

Jawapan : Kenapa ko tanya aku? AKu xde kaitan dengan benda ni. Ko minta laa senior MARA ko, adakan perjumpaan antara pelajar MARA. Pilih & bincang isu.

3) “kenaper x buat announcement yg kiter boleh jumpa diorg. dah tau jd mcm ni, buatla general meeting utk sumer student”

Jawapan : Ini adalah permintaan dari Faiz. Aku dah meminta En Azman mengadakan perjumpaan dengan semua pelajar tetapi dia menolak. Aku meminta agar diadakan juga. Dia menyatakan bahawa kedatangan delegasi pada kali ini hanya untuk 1st year & dia memberi jaminan akan mengadakan perjumpaan pada minggu depan tanpa tarikh tetap. Itu yang diberitahu kepada aku. (-TUGAS AKU HANYA SAMPAI DISINI SHJ-). Waallahua’alam.

———————————————————————————————————————————————————————————————————-

SELEPAS PERKARA-PERKARA DI ATAS TIMBUL, AKU MENGADAKAN PERBINCANGAN DI DLM USRAH AKU (pada pukul 8pm, 27/9/08)  MENGENAI TAWARAN FAIZ KEPADA AKU. KEPUTUSAN YANG KAMI CAPAI ADALAH MENOLAK TAWARAN TERSEBUT & MEMBERI PENERANGAN KEPADA COMMITEE MSA TENTANG APA YANG BERLAKU. KESIMPULAN :

1) AKU TOLAK TAWARAN BIRO PERHUBUNGAN AWAM MSA,

2) AKU TIDAK AKAN BERURUSAN MENGENAI URUSAN KERJA DENGAN EN AZMAN SELEPAS INI LAGI.

 

HASIL ALASAN YANG BOLEH TIMBULKAN :

1) KERANA AKU HANYA DIPERGUNAKAN UNTUK MENCAPAI KEPENTINGAN SESETENGAH PIHAK, JIKA KEPENTINGAN MEREKA TIDAK TERCAPAI, AKU AKAN DIPERSALAHKAN.

2) BANYAK CONTRA BERBANDING PRO.

———————————————————————————————————————————————————————————————————–

KESIMPULAN :

Wahai Tuhan kami, berilah Rahmat kepada kami dari sisi-MU, dan sediakan petunjuk bagi kami dalam urusan kami.” AMin

Advertisements

~ oleh zulhusni07 di September 28, 2008.

Satu Respons to “EXTRA PRACTIKALS II”

  1. wow!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: