بيتي مسجدي – моя комната моя мечеть – RUMAHKU MASJIDKU

Ketahui hukum Solat Fardu Berjemaah di SINI…

Ketika mengulas buku Bimbingan Mukmin, karangan Imam Ghazali, sebuah buku yang diringkaskan dari kitab asal, Ihya Ulumiddin oleh Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qassimi, Tok Guru Nik Abdul Aziz membawa satu kisah. Kisah seorang ulama’, An-Nakhaei yang mengunakan helah untuk mengelakkan diri dari orang ramai. Maka, An-Nakhaei berpesan kepada murid beliau:

“Jika ada sesiapa yang mencari aku, beritahu bahawa aku berada di masjid (tempat sujud).”

Apabila orang ramai bertanya kepada murid beliau, dimanakah beliau berada? Maka, si murid menjawab bahawa AN-Nakahei berada di masjid. Lalu ramai yang mencari beliau di masjid namun tidak kelihatan bayangan beliau. Apa yang beliau maksudkan dalam kenyataan “aku berada di masjid” ialah, beliau berada di tempat sujud beliau iaitu di rumah beliau sendiri.

Dan sabda Rasulullah s.w.t, :

” Dan dijadikan untuk aku bumi keseluruhannya sebagai masjid.”

 

Kisah An-Nakhaei memberi satu gambaran kepada kita, bagaimana peranan seorang muslim yang semestinya menjadikan rumah mereka sebagai tempat dia mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Begitu juga, kita sebagai umat Muhammad s.a.w telah diberi satu keistimewaan oleh Allah s.w.t dengan bumi sebagai tempat sujud. Keistimewaan yang tidak diberi kepada umat lain. Terpulang kepada kita, samada kita memanfaatkan keistimewaan yang diberi oleh kepada kita @ tidak. Semoga amal kita diterima Allah s.w.t.

————————————————————————————————————————————————————————-

Dengan perasaan hormat & sayang aku kat ex-roomate aku, Afif ingin aku menyatakan rasa rindu aku pada dia.

Antara perkara pertama yang aku bimbangi ketika sampai ke Nizhny Novgorod pada tahun 2004, ialah bagaimana untuk aku mengekalkan solat fardu berjemaah. Aku menerima pendapat Imam Syafie yang menyatakan solat fardu berjemaah adalah Fardu Kifayah (sila rujuk HUKUM SOLAT BERJEMAAH). Sesampai aku di Nizhny, merupakan satu kesulitan untuk aku mengekalkan solat fardu berjemaah. Setelah 4tahun berlalu, setelah keluarnya ex-roomate yang aku kasihi, aku berazam & insyaallah akan berjaya menjadikan bilikku sebagai tempat untuk aku & kawan-kawan solat fardu berjemaah.

 IMAGE_022

Antara soalan-soalan yang memerlukan jawapan :

1) Adakah Allah s.w.t menciptakan aku (merujuk kepada setiap org yg membaca blog ini) secara main-main sehingga boleh aku bermain-main(ber’dota’, ber’Rohan’, ber’9 Dragon’, ber’CS’, ber’anime’, ber’korea-korea/jepun2 movie’)?

Jawapan : Tidak!!! Sesekali tidak!!! Allah s.w.t berfirman:

” Tidak Aku ciptakan langit & bumi & di antara keduanya secara main-main” (An-Anbiya’, ayat 16)

 

2) Kalau ALlah s.w.t tidak ciptakan aku untuk main-main, jadi untuk apa?

Jawapan : Firman Allah s.w.t :

” Tidaklah Aku ciptakan jin & manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku” (Az-zariat, ayat 56)

 

Dan di dalam blog ini, aku mengajak & menyeru pelajar-pelajar NNSMA yang membaca blog ini agar dapat datang bersama-sama untuk menegakkan syiar Islam ini, iaitu SOLAT FARDU BERJEMAAH. MARILAH KITA SAMA-SAMA KITA MENJAYAKANNYA.

بيتي مسجدي – моя комната  моя мечеть –RUMAHKU MASJIDKU

 

KESIMPULAN :


JOM SOLAT FARDU BERJEMAAH DI BILIK 217 HOSTEL 3

ZOHOR     -1.30 (weekend only)

ASAR        – 5.30pm

MAGHRIB  – IKUT WAKTU BERBUKA

ISYAK        – 8.30pm (DIBILIK 107)

SUBUH      – 5.20AM (kalu aku tertido, kejutkan laa)

 

Klik : HUKUM SOLAT FARDU BERJEMAAH

~ oleh zulhusni07 di September 22, 2008.

5 Respons to “بيتي مسجدي – моя комната моя мечеть – RUMAHKU MASJIDKU”

  1. Assalamualaikum…hermmm…akhirnya dapat jugk ana leave comment kat wordpress anta..hihi…ape2pn ana ucpkan tahniah sebab anta dah mulakan langkah untuk menjayakan ~بيتي مسجدي моя комната моя мечеть -RUMAHKU MASJID..insyaAllah moga dipermudahkan usaha anta ngn ikhwah2 kat sne…amin=)

  2. solat…satu ibadah yang hanya memakan masa 5minit tetapi ramai orang yang meremehkan dan bahkan tanpa segan silu meninggalkannya… Bertuahlah pada mereka yang terus teguh pada jalannya…

  3. Kepada Ikh volgo :
    Waalaikumussalam, moga dipermudahkan. Ana cuba nak leave comment dlm blog anta tp xdpt, mungkin sbb kena create id google kot. TUkarlah ke wordpress. Lebih mesra alam😀 Kirim salam kat Azhar, beritahu dia yg ana rindu kat dia

    Kepada Ibnu AIman :
    “Wahai tuhan yg membolak-balikkan hati-hati ini, teguhkan hati-hati kami dalam agama-MU”

  4. To Akh Zulhusni,
    Rumahku Masjidku …Jzkk.
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
    Maaf Zahir Batin.
    dari Us Halim.

  5. To Ust Halim,
    Terima kasih atas komen ustaz & terima ksih kerana sanggup melayari blog ana😀. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberi 1001 keberkatan kepada ustaz. Salam Ramadhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: