ISLAM SEBAGAI SYARAT PENYERTAAN

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

“Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan.

“PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS,” tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir.

“Tetapi kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Kita minta pengikut-pengikut PAS setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jamaah biar apa sekalipun berlaku. Ini tanggungjawab dan kewajipan,” tegasnya

Kesimpulan :

TAHNIAH ! MOGA PENUKARAN KERAJAAN MENJADI BATU LONCATAN BAGI KEDAULATAN ISLAM DI MALAYSIA

~ oleh zulhusni07 di September 18, 2008.

5 Respons to “ISLAM SEBAGAI SYARAT PENYERTAAN”

  1. Who needs an Islamic State?

    Husni2..kau setuju ke dengan Haji Hadi tu??..aku sebagai muslim sangat sekali lah tidak setuju..kenapa perlu ditetapkan syarat sebegitu?kerajaan yang majoriti bukan orang islam yang tidak mengamalkan rasuah, menjaga kepentingan rakyat, membina negara dengan lebih berhemah, tidak menzalimi rakyat dengan ISA, menjamin hak semua rakyat bukankah lebih ISLAMIC dari kerajaan yang majoriti islam tetapi mengamalkan rasuah, menzalimi rakyat, makan harta rakyat, menindas hak kaum lain??

    Bagi aku apa yang penting sekarang adalah menentang kezaliman..Kita tumbangkan dulu kerajaan yang zalim ni baru cakap soal2 macam tu..

    aduh2..Aku sangat berharap pemimpin muda seperti Husam Musa dapat ambil kepimpinan dari pemimpin tua sekarang..

  2. Aku meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.
    Jadi, bg aku tidak guna mengantikan sebuah kerajaan jahiliah kepada sebuah kerajaan jahiliah baru. Mungkin aku dapat menerima kenyataan, kerajaan jahiliah yang baru tu boleh menjadi batu loncatan untuk dakwah & gerakan Islam di Malaysia.
    Kalu mcm tuh, ok laa jugak

  3. “kerajaan yang majoriti islam tetapi mengamalkan rasuah, menzalimi rakyat, makan harta rakyat, menindas hak kaum lain??”

    AKu bercakap mengenai Kerajaan Islam yang mengamalkan ajaran ISlam. Mana ada Islam benarkan kezaliman, rasuah, penindasan dll? Bg skit kat aku bukti Islam benarkan tuh semua.

    Tp aku tak menafikan byk kerajaan di dunia ni yg mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam…

  4. kita selama ini dikaburkan bahawa kerajaan yang sediada adalah kerajaan islam..di dalam “kerajaan islam” itu lah korupsi subur, kezaliman dibanggakan…hakikatnya amat jauh dengan skop negara Islam yang nabi kita tinggalkan…Berbilang kaum?adakah ia satu alasan untuk katakan tidak pada negara islam…telusurilah sirah nabi,berapa puluh suku kaum di Madinah,tetapi disatukan dibawah negara Islam…Ana setuju untuk semua ini bukan hanya perlu satu hari…berstrategi dan paksi Islam tidak kita lepaskan…Islam matlamat,kuasa alat…

    p/s:Kita bukan gila kuasa,tetapi nak amik kuasa dari orang gila.

  5. “p/s:Kita bukan gila kuasa,tetapi nak amik kuasa dari orang gila.”
    BEST AYAT NI😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: