KALAU AKU MENTERI BESAR TERENGGANU

(AMARAN : ARTIKEL INI DITULIS UNTUK AKU MERAPU. KALU KORANG TAK SUKA BACA BAB2 MERAPU JANGAN BACA…IANYA SATU ARTIKEL YANG MEMBOSANKAN !!!)

Teringat masa zaman sekolah rendah dulu, sering kali cikgu memberi aku tugasan untuk menyiapkan karangan berbentuk imaginasi. Ala, karangan imaginasi macam “Jika aku menjadi seorang jutawan, aku akan…”

Kekadang aku fikir karangan mcm ni (mungkin) bagus untuk meningkatkan inspirasi seseorang pelajar di samping meningkatkan daya usaha pelajar. Tapi bimbang jika pelajar itu menjadi lebih Mat Jenin daripada Jutawan sebenar.

Hari ini, tetiba tercetus idea aku untuk membuat suatu artikel – “Kalau Aku Menteri Besar Terengganu, Aku Akan…”

 

3 aspek utama akan aku utamakan dalam sistem pemerintahan kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman :

1) Memaksimum, mencungkil, mengolahtasikan tenaga & potensi rakyat Terengganu terutama tenaga muda (remaja & dewasa).

2) Membasmi kemiskinan terutama orang miskin tegar di kalangan rakyat Terengganu.

3) Memberi,memantau & memastikan Islam sebagai Agama yang syumul dalam diri setiap rakyat Terengganu.

 

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

MB Terengganu 1999-2004 (seorang ulama’)

MB TERENGGANU

MB TERENGGANU 2004-2008 (seorang penyangat)

kt110304

MB TERENGGANU 2008 (seorang jaguh kampung)

 

SYARAH :

1) Memaksimum, mencungkil, mengolahtasikan tenaga & potensi rakyat Terengganu terutama tenaga muda (remaja & dewasa).

Di Terengganu, aku melihat begitu banyak tenaga muda yang disia-siakan. Terutama selepas mereka tamat SPM. Mereka menjadi kutu rayau, mat rempit, pelepak, hisap dadah, hisap gam dll. Kalu ada yang timbul sedikit kesedaran, mereka akan mencari pekerjaan-pencuci kereta,jual burger, waiter, pencuci kedai dll.

Bagi aku, tenaga muda ini perlu dicungkil bakat mereka. Di mana bakat mereka terserlah, disitulah kita akan beri penumpuan pada mereka. Aku akan membuka pusat-pusat latihan berbentuk separuh mahir untuk mereka belajar apa yang mereka minati – lukisan, technician, electrician, piping, pembuatan batik, tembaga, menjahit, memasak,perikanan dll.

Golongan yang lahir dari pusat latihan tersebut :

1) Golongan yang tercungkil bakat mereka – aku akan bagi biasiswa untuk mereka lanjutkan pelajaran mereka di mana-mana institusi pengajian tinggi lain untuk mereka menjadi pekerja mahir dalam bidang yang mereka minati.

2) Golongan yang ‘dok rok cetong’ (tak tercungkil bakat mereka) – aku akan bina pusat industri untuk mereka bekerja sebagai pekerja separuh mahir.

Tindakan :

– mendirikan pusat kemahiran. Aku akan tubuhkan Politeknik Rakyat Terengganu (permulaan). Pastu Kolej Rakyat Terengganu. Pastu Universiti Rakyat Terengganu.

– Aku akan buat percubaan 4 industri iaitu : Art Industry (mcm penciptaan anime, karton, lukisan potret, pemfileman, foto,  dll), Industri Kraftangan (mcm tembaga, batik, anyaman tikar dll), Electrician Industry (ala kilang cipta alat-alat eletrik laa) dan Industri Perikanan (mengesport ikan, hasil ikan, kerepok lekor, kerepek sira dll). Dan mungkin aku akan tambah industri lain bergantung pada situasi.

– Setiap pelajar lepasan Politeknik Rakyat Terengganu aku akan pastikan mereka ada tempat untuk bekerja dalam industri yang aku buat tuh.

– Setiap remaja yang lepas SPM & tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi aku akan wajibkan mereka masuk Politeknik Rakyat Terengganu. Paling kurang mereka mesti menjalani kursus untuk mereka menjadi pekerja separuh mahir (18 bulan). Aku akan bagi mereka biasiswa lagi. Ala, tak mustahil. 200juta yang Idris Jusoh buat masjid Kristal tuh boleh aku guna buat benda mcm ni. Lg banyak faedahnya.

Benefit : – Dapat jadikan golongan muda pekerja separuh mahir @ mahir.

               – Meningkatkan pelaburan & perindustrian tempatan.

 masjid kristal

Masjid Kristal-suatu kebanggaan, suatu kezaliman?

 

2) Membasmi kemiskinan terutama orang miskin tegar di kalangan rakyat Terengganu.

Untuk membasmi kemiskinan di Terengganu, aku akan perkenalkan beberapa langkah :

Fokus : – Orang Miskin Tegar

             – Rakyat Berpendapatan Rendah

Tindakan :

– Aku tak pasti berapa statistik orang miskin tegar di Terengganu. Macam ni la, aku teka dalam 20 000 keluarga. Jadi, untuk itu aku akan buat 20 000 buah rumah kos rendah untuk mereka.

20 000 darab RM 15 000 (kos sebuah rumah) = RM 300 000 000 ( 300 juta laa)

Duit? Ala duit monsun Cup yang Idris Jusoh buat tuh beratus juta gak. Baik aku guna duit Monsun Cup tuh buat rumah kos rendah ni. Lagi banyak faedahnya.

 

imgoing-to-catch-you-watch-out

Moonsun Cup di Terengganu- acara berjuta-juta ringgit yang berlatarkan rumah orang miskin

Bagi setiap keluarga yang mendiami rumah tersebut mereka mesti membayar 50% kos pembinaan rumah kos rendah (Rm 7500) + mesti berkhidmat dengan kerajaan selama 7 tahun. Aku akan tempatkan mereka dalam industri yang aku bina tuh. Jadi mereka boleh bekerja + membayar kos rumah mereka.

-Pembinaan rumah kos rendah untuk rakyat yang berpendapatan rendah. Aku akan wajibkan setiap syarikat perumahan untuk membuat rumah kos rendah sebanyak 30% daripada projek perumahan mereka. Di tambah dengan mewujudkan anak syarikat kerajaan Negeri untuk membina rumah kos rendah. Keutamaan kepada rakyat berpendapatan kurang daripada RM 1000.

– Memastikan pengagihan wang zakat secara sistematik & efisien. Memantapkan MAIDAM Terengganu & Yayasan Islam Terengganu.

– Memberi suntikan permodalan/ pinjaman tanpa faedah kepada rakyat Terengganu. Aku akan tubuhkan Bank Darul Iman (BDI) untuk tujuan tersebut.

Benefit :

– Menyediakan rumah untuk orang Miskin tegar dan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

– Menyediakan rumah untuk golongan berpendapatan rendah.

– Mengelakkan rakyat Terengganu terlibat dengan riba yang dilaknati oleh Allah s.w.t.

 

 

3) Memberi,memantau & memastikan Islam sebagai Agama yang syumul dalam diri setiap rakyat Terengganu.

Bab ni panjang kisahnya. Tapi aku beritahu secara ringkas laa….

– Memaksimumkan penggunaan Masjid. Bukan sebagai tempat solat sahaja. Malahan Masjid sebagai markas utama semua aktiviti Islam/kemasyarakatan. Biar ada guru matematik, fizik, agama, sukan mengajar dalam masjid. Doktor boleh buat klinik dalam masjid. Usahawan boleh buka kedai dalam masjid. Dalam masjid ada perpustakaan, rumah tumpangan dll. Dengan kata lain Masjid sebagai tempat rujukan utama masyarakat.

– Setiap pelajar di Terengganu diwajibkan menjalani Kelas Agama Darul Iman (KADI). Macam KAFA gak tapi aku upgrade skit dengan ada sistem peperiksaan, guru yang mursyid dan memberi penekanan dalam bab kefahaman & pengaplikasian agama Islam.

– Semua rakyat Terengganu wajib masuk USRAH…wakaka…

– Untuk itu aku akan buat MAAHAD PENGKADERAN DARUL IMAN untuk melatih guru-guru agama memimpim usrah & KADI.

Ohye, aku nak britau korang yang royalti petroleum Terengganu pada tahun 2004 ialah RM 1.2 bilion. Aku rasa tahun 2008 ada sampai RM 1.5 bilion kot. itu tidak termasuk hasil dalam negeri lagi. & dulu masa PAS memerintah Terengganu tanpa wang Royalti, mereka dapat memerintah dengan pendapatan negeri hanya sekitar RM 200-300juta. Semestinya rancangan aku ini tidak ada masalah kewangan. hoho 😀

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————-

AKU BUAT ARTIKEL NI BUKAN SEBAB AKU NAK JADI MB TERENGGANU PUN. TAPI SEBAB APABILA AKU BALIK KE TERENGGANU AKU KECEWA MELIHAT PEMBANGUNAN TERENGGANU YANG LEBIH BERBENTUK MATERIALISTIK. APA NAK BANGGA DENGAN MATERIAL SANGAT NYE,,,NANTI TERENGGANU JADI MACAM RUSIA? – RAKYAT ASYIK FIKIR DUIT SAJA. SIAPA YANG SUSAH ? KITA & KELUARGA KITA JUGA !!!

COME ON LAA, MANTAPKAN MODAL INSAN DALAM PENTADBIRAN NEGERI, INSYAALLAH NEGERI AKAN MAJU. RAMAI LAGI REMAJA YANG BERKELIARAN. ANAK-ANAK KECIL YANG MENANGIS KERANA PENDERITAAN KEHIDUPAN. RAKYAT MISKIN YANG KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN ESOK PAGINYE. KORANG NAK NAIKKAN MINYAK. TAK KE BAHLUL TUH NAMA NYE? SEBAB TUH LA AKU UNDI NENEK MAIMUN UNTUK PARLIMEN KUALA TERENGGANU. BAGI AKU, DIA MEWAKILI GOLONGAN MISKIN DI TERENGGANU. TAHNIAH BUAT NENEK MAIMUN ATAS KEKALAHAN BELIAU. AKHIR KALAM, SELAMAT MAJU JAYA KEPADA DATO’ AHMAD SAID, MB TERENGGANU. ADEIH….

~ oleh zulhusni07 di September 12, 2008.

8 Respons to “KALAU AKU MENTERI BESAR TERENGGANU”

  1. Kih3. Kalau la.. Haha.

  2. pembebel.wordpress tuh blog ko ke? Power gak ko nih…

  3. salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba.. 🙂

  4. Salam ramadhan dari Bumi Komunis, insyallah akan diziarahi

  5. hoho, ganas si husni.
    ana suka idea nta, ni bukan rapuan.
    ana anggap sbg satu harapan.

    biar Islam jadi ustazdiatul alam..
    mahaguru kepada alam.

    x lain x bukan, berbalik pada seerah.
    kerja-kerja nabi dituruti,padanya ada penyelesaian.

    Zulhusni sbg MB..
    best3

  6. insyaallah, anta ada. amin
    Kekadang ana berharap gak, orang-orang politik ni berjuang utk islam namun sayang, tidak semua yang anasir adalah qabil 😀

  7. Wa caya sama lu bro…hehe.Cepat2 skit abis belajar,ganti tempat abg mat said kita tu…

  8. Insyaallah, ramai lg lebih layak. Kalampuncak ada, ibnu aiman ada…
    tp dari mat said @ idris jusoh jadi MB baik aku jd MB..lalala

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: