Sumpah-sumpah = Sesumpah

 untitled

Versi Budak-budak Terengganu :

1) Sumpah biasa : “Sumpah” @ “Tobat aaa…”

2) Sumpah yang ditaukidkan (diperkuatkan) : ” Tobat, kekok…”

Pengalaman –

” Husni…mu amik cokelat aku dop?” Tanya sepupuku.

“Dop eh..mane ader…” Balas aku.

” Sumpah?” Dia bertanya untuk mendapatkan kepastian.

” Sumpah! Tobat aaa!” Aku bersumpah versi Budak Terengganu.

“Dok soh beng nipu aaah. Aku nampok mu amik tadi. ” Dia memberi lagi.

“Tobat! Kekok! Aku dop ambik…” Aku bersumpah yang diTaukidkan versi Budak Terengganu.

Aku mula mengenai sumpah semasa di zaman kanak-kanak. Biasanya, jika budak-budak Terengganu bersumpah, mereka akan menggunakan lafaz di atas. Aku pun tak tahu kenapa aku & kawan-kawan aku terbiasa bersumpah dengan perkataan “tobat”@”kekok”. Dari mana sumber, waallahua’lam. Tapi biasanya pergaduhan kami akan terhenti apabila kami bersumpah @ nenek aku datang, sambil berkata :

” Jangan duk sumpoh ngat. Kekgi kene makang sumpoh baru tau…”

 

Versi Arab :

AKu mula travel ke tanah Arab pada 2005. Mesir, bumi anbiya’ merupakan negara Arab pertama yang aku jelajahi. Antara Negara Arab lain yang telah aku jelajahi ialah Jordan, Syria & Lubnan. Masih aku ingat lagi, pengalaman kena tipu dek senior RSMU yang kononnya hendak menolong aku membeli tiket ke Mesir + Malaysia ketika aku 1st year menyebabkan aku terpaksa membayar USD 200 lebih daripada yang dipersetujui. Al-kisahnya, sampailah jua aku ke Mesir.

Bagaimana masyarakat Mesir ?

– Tidak bertamadun + Pengotor + Pengemis + Penipu + Peramah

Mereka suka sangat menipu sambil bersumpah.

Kesimpulan : Masyarakat arab Mesir terutama peniaga suka Bersumpah Tipu untuk melariskan jualan mereka.

 

Versi Malaysia :

1) Versi Saiful – bersumpah di Masjid Wilayah sambil memegang Al-Quran + Bersumpah dengan Asmaul Qasam, Waallhi, Wabillahi, Watallahi dengan mendakwa bahawa Anwar telah meliwat dia. Huhuhu…

saiful-bersumpah

2) Versi Najib – Bersumpah di Permatang Pauh untuk menafikan bahawa dia terlibat dengan pembunuhan Altantuya…

Bersumpah atas nama Allah adalah salah satu idea cetusan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Selepas idea beliau ini ditimbulkan, salah seorang yang menyahut idea ini ialah Saiful. Najib juga mengikut langkah Saiful dengan bersumpah. Begitu juga beberapa lagi tokoh politik seperti Tajol Rosli mencabar Ir Nizar untuk bersumpah demi membuktikan kebenaran. <

Gejala bersumpah ini, dilihat sebagai satu fenomena mempermainkan sumpah. Apabila masyarakat Islam mula bersumpah tanpa mengetahui kesan sumpah pada dirinya & masyarakat. Gejala sumpah Versi Malaysia ini adalah lebih parah  berbanding sumpah versi budak-budak Terengganu yang masih belum mumayyiz + hanya sekadar untuk membenarkan dakwaan coklat @ Versi Arab yang sekadar untuk melariskan jualan. Aku melihat sumpah versi Malaysia adalah amat severe/kritkal disebabkan ianya adalah berbentuk mainan politik + memeningkan masyarakat Malaysia + mengalakkan orang bersumpah tak tentu pasal.

Kesimpulan : Aku berpendapat bahawa idea yang dilontarkan oleh Dr Asri pada kali ini tidak tepat malahan membahayakan umat Islam Malaysia apabila Sumpah dijadikan MAINAN POLITIK bukan lagi untuk menegakkan kebenaran !!!

Advertisements

~ oleh zulhusni07 di Ogos 29, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: