Dijalan Tarbiah Aku Berpolitik

 

“Alaa…Dia (Anwar) bukan berada dalam tarbiah…”

Sudah semestinya aku bukan seorang yang taksud kepada mana-mana individu. Taksudku hanya pada Kalamullah & Sunnah Rasulullah.Tapi mungkin di sini perlu aku lahirkan rasa simpati atas fitnah yang menimpa Anwar. Mudah-mudahan Allah s.w.t akan membuktikan kebenarannya. Aku lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan kedua-dua pihak tidak bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah. Oleh itu, bagi aku, samada Anwar @ Najib, selagi belum dibuktikan bersalah, baik aku anggap mereka tidak bersalah & mendiamkan diri mengenai kes mereka.

Suasana politik @ gimik politik yang berlaku di Malaysia adalah satu fenomena baru.Bagi aku – Best! Lucu! Menyeronokkan! Namun, suasana politik itu bertukar menjadi meluak & meloyakan apabila pemimpin politik saling melontarkan fitnah untuk menjatuhkan reputasi/maruah/nama musuh mereka. Mereka bukan lagi memperjuangkan hak rakyat tapi bersungguh-sungguh merancang & me’agenda’kan konspirasi untuk menjatuhkan pihak lawan.

Dikala itu, aku melihat beberapa tokoh politik yang berada dalam tarbiah Islam. Antaranya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Melihat kepada respon yang beliau kemukakan mengenai kekusutan politik yang berlaku akibat fitnah yang ditimbulkan. Beliau menyatakan : (aku terbaca kenyataan ini dalam Harakah@Siasah. Dah lupa, tapi mafhumnye lebih kurang mcm ni laaa…)

” Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar & Najib adalah berbentuk peribadi. Kami tidak tersasar landasan dengan agenda in. Kami, PAS masih komited dgn perjuangan kami dalam memperkatakan mengenai hak rakyat keseluruhannya. Agenda mengenai kenaikkan harga minyak, kenaikkan inflasi, korupsi dll perlu diutamakan….”

2f by Galeri Gambar Tuan Guru Hj Hadi.

Aku melahirkan rasa kagum aku atas kenyataan Tuan Guru yang menampakkan kematangan politik & akhlak yang tinggi kepada naqib aku. Sambil memperkecilkan Anwar Ibrahim kerana asyik bermain soal peribadi. Lalu, dia menyatakan:

” Alaa…Dia (Anwar) bukan berada dalam tarbiah…”

Kesimpulan : Mungkin ini beza orang yang berpolitik kerana Islam & berada dalam tarbiah Islam dengan orang yang berpolitik kerana…(ntah apa2 ntah) & tidak berada dalam tarbiah Islam…

* Ohye…tahniah Anwar atas kemenangan di Permatang Pauh. Moga anda akan terus melakukan yang terbaik. Tahniah!

Advertisements

~ oleh zulhusni07 di Ogos 29, 2008.

2 Respons to “Dijalan Tarbiah Aku Berpolitik”

  1. nobody is ryte or wrong here..i wish that u wont misinterpret my idea.. “Anwar bukan berada di jalan tarbiyah” its ok, however its better to say “he’s no longer in one..” because he once was..

  2. 1) Bersetuju bhw anwar pada suatu ketika dahulu pernah menjadi lagenda KAmpus Malaysia.
    2) Dia pernah membawa arus perubahan yang berbentuk islamik.
    3) Bersetuju dengan ungkapan : “he’s no longer in one..” 😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: