Fantasi VS Realiti

FANTASI

FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA

” Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

 

REALITI

Pagi tadi, aku keluar jogging di Bukit Besar. Di pertengahan perjalanan mendaki Bukit Besar, aku berjumpa dengan seorang budak, kelihatan seperti masih budak sekolah. Dia duduk di tapak ” Allah Perliharakanlah Terengganu” (satu papan tanda besar yang menjadi mercu tanda Kuala Terengganu).

 

KT-025

-Bukit Besar dan papan tanda Allah Peliharakanlah Terengganu-

PT

-permandangan malam di Bukit Besar-

 

Tetiba terlintas difikiran aku untuk menegur dia.

” Wak mende dik? Kerje sini?” Aku memulakan perbualan.

“Aah. Nungu kawang jap.” Balas dia. Kelihatan agak peramah.

“Kerje mende gok? Nampok molek doh tempat ni….” Soal aku yang sememangnya tidak berpuas hati dengan projek-projek di Terengganu yang bersifat materialistik.

“Ngecat. Hok ni semua nih…” Sambil menunjukkan seluruh papan tanda Allah Selamatkanlah Terengganu.

“Oh…umo brape dik?” Tanya aku lagi.

“17.” Jawapnya ringkas.

“Hah? Skoloh lagi laa ni. Bakpe dop g skoloh?” Aku bertanya

“Kene buang skoloh.” Ringkas jawapannya sambil memaling muka dari aku. Mungkin malu kot.

“Oh, dulu skoloh mane?”

“Sekolah Ibrahim Fikri.” Dia membalas…

“Oh, oklah…g lu….” Aku meminta diri dan meneruskan perjalanan mendaki Bukit Besar itu. Sambil memikirkan inikah remaja hasil daripada sistem Pendidikan Malaysia? Aku binggung…..

Advertisements

~ oleh zulhusni07 di Ogos 24, 2008.

3 Respons to “Fantasi VS Realiti”

  1. sepatutnya tidak

    sebab jika hnya bergntung kpd skolah bkn stakat diri n negara, agama pn x maju
    (bkn hadhari eh?)

    lgpun sivik adalah individualistik

  2. aku nak mengutarakan permasalahan pelajar-pelajar yang keciciran & mempunyai masalah akhlak. Justeru, menjadi kewajipan bg kerajaan untuk mempunyai satu sistem pendidikan/program khas utk mereka.

    “lgpun sivik adalah individualistik”
    – menunjukkan sistem pendidikan sekolah gagal membentuk remaja yang berakhlak?

  3. tidak tahu apa yg anda lihat terhadap dunia pendidikan negara

    tapi sebgai warga pendidikan, jo tahu kerajaan menyediakan bukan setakat sekolah henry gurney saja
    ada banyak lagi

    “lgpun sivik adalah individualistik”
    – menunjukkan sistem pendidikan sekolah gagal membentuk remaja yang berakhlak?
    untuk bhgn ni,
    lihat sendiri apa yang terjadi kepada guru apabila mengamalkan kekasaran dlam pndidikan?
    akhbar, tv, internet dan mulut manusia ada banyak yang menayangkan

    dulu masa jo form 2, kawan jo, hafizi byk kali dan sgt tegas mnegakkan soal tdung labuh dlm muslimat

    tp byk yg mnentang
    sbb?
    cuba kita tgk bckground, mereka akan persoalkan
    even ada yg relate dgn famili yg persoalkan tdung labuh dlm kalangan anak2
    tu yg dlm skoloh
    lets say yg luar skoloh?
    smk?
    sm?
    or smt?

    memang kita kata lembu bila diheret ke sungai, kalau selagi x mahu minum, “beliau” tidak akan mnum
    last2 lembu tu sakit, so nk salah kan sape lepas tu?
    salahkan tuan lembu, jugak kan?
    tp adil x?

    jo pn x kata sistem skrg bgus
    npok lebih kpd exam saja
    tp jo percaya stp ckgu pun mngamalkan penyelitan moral value kpd pelajar, untuk kami sedar at least, pelajar2 x boleh sama taraf dengan guru, mesti lebih
    tp nilai lah akhlak juga berdasarkan bakground dan suroundings kerana cikgu di sekoloh bkn mak ayah dan rakan yang jadi manusia pertama dan plg berpengaruh bg kita sama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: