HOSPITAL MESRA SUAMI

4 hari lepas, aku pulang dari Perak selepas selesai HOMESTAY. Alhamdulillah, boleh dikatakan program HOMESTAY kali ini berjaya. Bergaul dengan orang asli – semestinya lagi best daripada bergaul dengan orang Russia. Beza?

ORANG ASLI                                             ORANG RUSIA

1-Peramah, pemalu skit & berbudi bahasa    1-Pemarah, bekeng, sombong & gedeber

2-Innocent                                              2- Konfem banyak dosa (xdpt husnul zhon)

3-Belum bertamadun                                3- Tidak bertamadun

4-Perempuan org asli biasa2 je                  4- Perempuan russia cantik-cantik

(terima kasih kepada Pak Lang kerana menjual sumpitnya kepada aku…ada gak laa souvenir dari orang Asli)

Sehari selepas aku sampai di Terengganu, aku terus mendaftar diri untuk menjalani latihan praktikal di Hospital Besar Kuala Terengganu (dengan harapan latihan praktikal kali ni lebih best daripada di Damansara Specialist Hospital). Mcm biasa, aku akan berjumpa dengan kabel aku, Pok Har. Borak2 kejap, terus dapat masuk buat praktikal. Pada mulanya, aku bercadang untuk menjalani praktikal di O&G department akhir bulan Ogos. Tapi disebabkan permintaan daripada Rahimah untuk menemani dia, aku telah ubah plan aku. Jadi laa mcm kat bawah ni :

1st week : O & G Dept

2nd week : Therapy Dept

3rd week : Emergency Dept

4th week : Surgical Dept

Semestinya buat praktikal sorang2 tak best. Rahimah akan buat praktikal hanya untuk 2 minggu je. Mujurlah Azhar tetiba beritahu dia nak buat praktikal juga. Jadi aku cadangkan dia buat praktikal 2 minggu terakhir bulan 8. Alhamdulillah, ada juga teman untuk aku berbual & berbincang masa praktikal. Terima kasih Rahimah & Azhar.

Al-Kisah di O & G department, sememangnya merupakan department yang paling aku tak minat untuk masuk.

Situasi yang paling tak best : Kalu perineum terkoyak (either due to episiotomy or tear by itself). Doktor kena bersihkan kawasan sekitarnya sambil mengeluarkan darah beku kemudian menjahit kawasan tuh. Fuh…tahan je laa melihatnya…

Situasi yang paling best : Masa melihat senyuman seorang ibu, menimang anaknya yang baru lahir. Senyuman kepuasan. Alhamdulillah. Syabas kepada ibu-ibu.

Satu hari, tetiba seorang doktor India (lupa nama dia) memanggil aku & mengajak aku untuk observe twin delivery. Dalam keadaan malas (bosan dah, setiap hari tengok dalam 4-7 delivery), aku melangkah menuju ke meja pesakit tuh. Seorang ibu ditemani suaminya, tengah bertarung nyawa untuk melahirkan 2 orang anaknya. Hanya dalam beberapa minit, bayi pertama berjaya dilahirkan. Alhamdulillah. Selepas itu, bayi kedua didapati songsang. Breech presentation was performed. WOW !!! Kali pertama aku lihat secara live…Hohoho. Plus -no tear of perineum. Doktor yang conduct tuh, tak abis-abis memuji diri dia, apa tidaknya. Twin + Breech presentation + no tear of perineum.

Masa menyambut bayi kedua itu, si suami mengungkapkan kata-kata :

” Ini kali pertama saya melihat dengan mata saya sendiri macam mana isteri saya melahirkan anak.” Sambil mengucup sayang isterinya.

Mungkin terharu melihat pengorbanan isterinya yang terpaksa menyabung nyawa untuk memastikan keselamatan zuriatnya. Alhamdulillah, dia mendapat 2 orang anak lelaki yang sihat. Mudah-mudahan anak-anak itu akan menjadi pembela agama Islam suatu hari nanti. Amin.

~ oleh zulhusni07 di Ogos 2, 2008.

Satu Respons to “HOSPITAL MESRA SUAMI”

  1. byoknyo program summer..bagus bagus

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: