Usrah – suatu pencarian

Aku mengenali perkataan ‘Usrah’ seawal umur 5 tahun @ mungkin lebih awal daripada itu. Pada zaman kanak-kanak, aku mungkin tidak mengerti maksud Usrah, tapi aku mengetahui adanya satu program yang dinamakan ‘Usrah’.

Ayah & emakku – merupakan manusia terawal yang memperkenalkan sistem Usrah dalam hidupku. Keaktifan mereka menghadiri Usrah sedikit sebanyak menyebabkan aku secara tidak langsung terlibat dalam Usrah yang mereka ikuti.

Masih aku ingat lagi, ketika umurku menjangkau 5-7tahun, setiap hari minggu, ibubapaku akan menghadiri Usrah di satu tempat yang dikhaskan.

Peranan aku dalam Usrah mereka? Semestinya :

1) Menangis – kerana terlalu lama menunggu ibubapaku menghabiskan Usrah mereka.

2) Bermain dengan abangku – biasa aku akan panjat/pijak2/tendang kereta ayahku – sambil menarik wiper.

3) Meminta duit daripada ibubapaku, kemudian kami (aku & abgku) akan pergi ke kedai untuk membeli gula-gula.

4) Mengacau – ni memang peranan utama aku. Biasanya aku akan pergi duduk di riba ayah aku sambil meminta perkara yang bukan-bukan (nak balik @ nak main games dll)

SEKOLAH RENDAH :

Aku tidak didedahkan dengan sistem Usrah yang sistematik. Malahan, tiada Usrah langsung di sekolah rendahku. Mungkin boleh dikatakan, aku hanya mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ibubapaku bersama sahabat-sahabat mereka.

SEKOLAH MENENGAH :

1) Ada Usrah ke di SHAMS?

– Yup, boleh dikatakan di SHAMS, ada beberapa bentuk Usrah yang diketengahkan kepada para pelajar.

2) Adakah aku terbentuk daripada Usrah tersebut?

– Langsung tidak.

3) Apa yang aku dapat di SHAMS?

– Semangat memperjuangkan agama Islam. Boleh dikatakan, bi’ah di SHAMS menyebabkan aku menyedari bahawa aku seorang Muslim. Di SHAMS, aku mula meminati sejarah Ketamadunan Islam, Menghargai perjuangan perjuang-pejuang Islam. Mengenali Hassan Al-Banna sebagai seorang pejuang Agama ALlah dll.

DI Darul Quran :

1) Bagaimana Usrah di Darul Quran?

– Satu Usrah yang hampeh bagi aku😀 , usrah yang tidak jelas matlamatnya, usrah yang hanya mengisi masa lapang. Seingat aku, jumlah usrah yang kami adakan boleh dibilang dengan jari.

– Usrah yang memberi input pengetahuan kepada aku.

2) Apa yang istimewa dengan Usrah di Darul Quran :

– rasanya tidak ada keistimewaan sangat. Cuma, di DQ aku telah mendapat seorang Naqib yang sangat baik + warak + tawaduk + penyayang. Terima kasih abg Ilmam…

– Bi’ah yang amat baik. -kurindui Bi’ahnya-

DI INTEC :

1) Ada Usrah di INTEC?

– ada, sebab aku mendaftar diri untuk menganggotai PSC (persatuan ISlam di Intec).

2) Kehadiran?

– aku tidak pernah datang. Sebab malas kot ! Selalu je budak2 maahad muhamadi ajak aku ke usrah, tapi biasanya aku jawab : Takpe-takpe, kawe menyusul nanti🙂

3) Peristiwa di INTEC

– paling aku tidak boleh lupa, ketika hari pendaftaran pelajar baru ke INTEC. Diadakan satu pengumuman, para pelajar yang ingin menganggotai PSC, sila tunggu sebentar. Jadi, aku & beberapa kawan-kawanku tunggu di dewan tersebut, Selepas selesai taklimat, MT PSC meminta para pelajar dari KISAS, SMAP KAJANG, SMAP LABU untuk tunggu sebentar. JAdi aku & Azhar yang dari SHAMS ni terkial-kial. Mujurlah ada beberapa kawan-kawanku dari Maahad Muhammadi yang baru kami kenali menjadi teman kami (teman terpinga-pinga) – kalu nak keluar pada waktu tuh, memang agak malu. Sebab seolah-olah kami dari SHAMS & Maahad Muhammadi ni bukan ahli PSC (sedangkan kami baru daftar). Kalu teringat balik, memang terasa assobiah KISAS-SMAP😀

DI NNSMA :

1) Ada Usrah di Russia?

– Ada – kisahnya sangat panjang.

2) Naqibnya?

– Tiada Naqib yang tetap dari 2004-2007. Ada beberapa orang ikhwah dari Australia yang menjadi Naqib kami sekejap, tapi sekejap je laa…pastu berputus asa disebabkan sikap kami kot😀

3) Usaha mencari Naqib?

– Ada beberapa usaha untuk mencari Naqib, sejak aku dari tahun pertama lagi, namun boleh dikatakan usaha-usaha tersebut tidak berhasil.

4) Bagaimana Usrah sekarang?

– Alhamdulillah, akhirnya aku & kawan-kawanku berjaya menjumpai seorang Naqib yang sanggup membimbing kami.

5) Apa peranan aku dalam Usrah ini?

– aku memberi komitmen 100% kepada Naqib aku yang baru ini. Insyaallah, aku akan sedaya upaya mengikut panduan & nasihat yang dia bagi kepadaku.

——————————————————————————————————————————————————————–

Satu malam, aku chat dengan Naqib aku :

” Akhi, abis tuh kami di Nizhny dah ada Usrah? ” Aku bertanya kepada naqib aku, kerana dia seolah-olah menganggap kami tiada Usrah di Nizhny.

” Oh, betul. Tapi anta kena pastikan samada Usrah anta Usrah yang produktif atau tidak. Bukan Usrah sekadar program mingguan, bukan sekadar mengisi masa lapang, dan bukan sekadar mengadakan program agama. Tetapi satu Usrah yang mampu mengeluarkan barisan pelapis + pendokong Islam + mengislahkan diri + mengislahkan masyarakat…” Dia menjawab dengan panjang lebar.

” Kalu antum semua masih tiada Usrah yang semacam itu, menjadi tanggungjawab antum untuk mewujudkannya di Nizhny.” Dia mengulas.

Seketika aku terdiam sejenap. Memikirkan apa yang dinyatakan oleh Naqib aku. Ada benarnya kenyataannya…

——————————————————————————————————————————————————————–

 DSCN5124

DSCN5125

” Azli, minggu ni apa yang anta akan bentangkan dalam usrah?” AKu bertanya.

” Minggu ni kita buat usrah di Sormova, makan-makan di kedai Turkey.” Jawab Azli.

” Emm…best ke kedai tuh? Mcm  tak best + mahal + tak kenyang.” Balas aku.

” Hmm… anta sebagai senior bertanggungjawab utk bg kitorng makan sedap2 esok.” Dia cuba memberi alasan.

” Macam ni, kita buat BBQ ari ahad ni, sedap + kenyang + boleh tapow + murah.” Balas aku.

” Ok…” Azli memberi persetujuan.

——————————————————————————————————————————————————————–

Ulasan :

1) Kisah pertama adalah kisah AKu + Usrah. Sejarah aku menghadiri Usrah dalam hidup aku.

2) Kisah kedua, detik permulaan aku menerima Naqib aku sebagai Naqib aku. Dan detik aku mengerti bahawa Usrah yang aku ada sebelum ini, masih mempunyai 1001 kelemahan. Perlu di perbaiki.

3) Kisah ketiga, pasal aktiviti Usrah minggu ni, BBQ sebagai penganti pembincangan Usrah + sebagai Majlis Perpisahan + sebagai ucapan Selamat Tinggal.

“SELAMAT PULANG KE MALAYSIA KEPADA SEMUA PELAJAR 1st YEAR. ISIKAN MASA ANDA DI MALAYSIA DENGAN PROGRAM YANG BERFAEDAH. SELAMAT BERCUTI”

~ oleh zulhusni07 di Jun 29, 2008.

9 Respons to “Usrah – suatu pencarian”

  1. ana terkenang+tertawa kecil baca entri enta ni..artikel yg best!

    buat ana terasa nak kongsi pulak perjalanan usrah/halaqah ana..haha..senior2 PSC maybe lihat kulit dari isi, tapi tak ashobiyah kot..just sayangkan junior2 sek mereka..hehe

    btw..blogspot ana xflexible sgt, takreti nak berkongsi idea dlm english..lebih prefer menulis di frensterblog..salam ukhuwwah

  2. alamak… ex-kisas baca😀
    ana faham sebenarnya, bukan disebabkan dasar asobiah mereka mengumpulkan junior-junior mereka tapi disebabkan dasar kasih sayang mereka pada junior-junior mereka. Betul kata anta tuh…
    Ulasan di atas hanyalah ulasan ana sebab jeles kot, xde senior dari SHAMS di INTEC pada masa tuh…hehe
    Salam Ukhwah kepada sahabatku yg tercinta, zulfadli

  3. wei..ajak aku makan arr BBQ tu..huhu..mu blnja aku kat kl nanti k!!

  4. laa…ko balik awal sgt…kitorg dah kesunyian giler kat nizhny ni. Kalu mu tlg aku belikan pda, nanti aku belanja makan…beres2

  5. husni, kawe pn antara yg tkial2 mase kt intec tu…haha..

  6. hehe…kita sepuak laa masa tuh, dgn afham + anip + mutas dll😀

  7. bahagianyalah kenal usrah waktu kecik….no wonder ermm

  8. saya nk minta tlg, blh tak bg email bdk yg pakai spek, baju oren, kulit gelap… bdk mrsm yt tu …. dlm gambar yg pertama tu

    plz send it to my email

  9. oh pdut ke? xde plak email dia. ambik no russia dia : +79202963328. Jadi jejak kasih plak bloq ni🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: