KHALWAT – As A Chronic Disease In Nizhny (II)

Sila baca :

KHALWAT – As A Chronic Disease In Nizhny (I)
HUKUM KHALWAT

skodengnb1

CONTRAINDICATIONS :

1) Dah berkahwin – abislah kalu kantoi kat suami/isteri

2) Dah bertunang – kalu tunang tahu, mungkin putus tunang kot

3) Anak mithali – mesti ibubapa sgt sedih jika mengetahui anak2 mereka terlibat dengan Khalwat Disease.

4) Pelajar tajaan (JPA/MARA) – kemungkinan jika pesakit Khalwat Disease diketahui oleh pihak tajaan, kemungkinan amaran akan diberikan atau lebih parah lagi jika biasiswa ditarik.

5) Hamba Allah s.w.t – tidak malu ke kita, Allah s.w.t akan mendedahkan perbuatan Khalwat ni di padang Mahsyar nanti di samping akan menghukum kita.

 

COMPLICATIONS :

1) Berlaku perkara yang tidak diingini seperti ZINA.

2) Dapat anak -adoi parah ni (siapa nak menjaganya nanti?)

3) Merosakkan bi’ah Nizhny – mempengaruhi pelajar lain untuk melakukan Khalwat (the most severe-lead to death of Islamic Bi’ah).

 

STAGES : (due to Dr Shisha’s Classification – yg blum dpt zachot neuro)

1) Remissions – usually stop during summer holidays (dah balik kat Malaysia- mak bapak ada) and relapse after summer holidays.

2) Exacerbation – during academic session (dah tiap2 hari berkepit, nak study skali laa, masak skali laa, shopping barang2 dapur skali, tidur pun nak skali laa).

 

POST MORTEM :

Aku cuba mengkaji kenapa Khalwat Disease berlaku di Nizhny Novgorod secara terang-terangan? Adakah mereka yang menghidap Khalwat Disease tidak mengetahui bahawa perbuatan mereka salah? Dimurkai Allah s.w.t? & tidak disukai oleh kawan-kawan mereka…

Baiklah, aku cuba mengambil pendekatan Husnul Zhon (bersangka baik) bahawa mereka-mereka yang menghidapi Khalwat Disease ini masih tidak mengetahui hukum Khalwat. Mungkin mereka tidak mendapat pendedahan semasa di Malaysia bahawa Khalwat dilarang oleh Islam. Dalam keadaan ‘innocent’ itu, mereka terus dihantar ke Nizhny Novgorod. Di Nizhny, mereka melihat suatu suasana yang seakan-akan menyatakan Khalwat itu ‘Halal’ hukumnya. Mari kita berbicara tentang hukum Khalwat, sila baca artikel HUKUM KHALWAT.

Kesimpulan (daripada kenyataan Al-Qaradhawi) :

1) HARAM BERRZINA.

2) HARAM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MENDEKATI ZINA.

3) HARAM PERGAULAN BEBAS.

4) HARAM BERKHALWAT. – tersampai juga message aku…fuh

5) HARAM MELIHAT JANTINA LAIN DENGAN SYAHWAT.

5) HARAM MELIHAT AURAT.

1_665051023l

 

TREATMENTS

Principles of Treatment :

1) “Agama itu nasihat”

2) “Prevention is better than cure”

3) “Berkata benarlah walaupun pahit”

4) “Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang…” Al-Hujurat:12

Sekali lagi diingatkan di sini :

Islam mengharamkan Tajassus (Mengintip Mencari Kesalahan Orang Lain), firman Allah s.w.t :

“…dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang lain & janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain…” Al-Hujurat : 12

Namun, para fuqaha’ mengecualikan tajassus dalam keadaan apabila wujud zhon al-ghalib mengenai perlakuan maksiat antaranya seperti ia dikhabarkan oleh seseorang yang boleh dipercayai tidak berdusta. Sila lihat Dr Abdul Kadir Audah dalam Al-Tasyri’ Al-Jinaa’ie Al-Islami, juz 1 halaman 504.

5) “Serulah ke jalan Tuhanmu dgn hikmah kebijaksanaan, nasihat yang baik & berbahaslah dgn cara yang baik…” An Nahl : 125

 

Methods of Treatment :

1) Seruan bertaubat kepada Allah s.w.t. Seruan ditujukan kepada diri sendiri & seluruh warga Nizhny Novgorod. Firman Allah s.w.t :

” Wahai, orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah s.w.t dengan taubat nasuha…” At-Tharim : 8

Sabda Rasulullah s.a.w :

” Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya di waktu siang utk menerima taubat org yg berbuat maksiat pada malam hari & membuka selebar-lebarnya tangan di waktu malam untuk menerima taubat org yg berbuat jahat di siang hari…”

 

2) Semua pelajar Nizhny Novgorod mesti mengambil inisiatif untuk mengubati Khalwat Disease. Mesti ! Beban tanggungjawab di bahu setiap pelajar yang melihat Khalwat !

Firman Allah s.w.t :

” Hendaklah ada dikalangan kamu, golongan yang menyeru ke arah kebaikan & mencegah kemungkaran, sesungguhnya merekalah golongan yang berjaya.” Al Imran:104

Sabda Rasulullah s.a.w :

Barang siapa berpagi-pagi tanpa mengambil berat perihal orang Islam maka dia bukan dari golongan mereka (Islam).”

 

3) Seluruh warga Nizhny WAJIB membenci perbuatan/ gejala/ maksiat/ disease Khalwat kerana Khalwat dibenci oleh Allah s.w.t. & menghalang perbuatan ini sedaya upaya mereka. Kita perlu sedar bahawa Allah s.w.t melaknat kaum Bani Israel melalui lisan Daud a.s & Isa a.s kerana tindakan mereka yang mendiamkan diri & tidak melarang kemungkaran. ALlah s.w.t meletakkan kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang/sesuatu kaum sebagai sebab datangnya kelaknatan Allah s.w.t.

Sabda Rasululullah s.a.w :

” Sesiapa daripada kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika dia tidak mampu maka dengan lidah. Jika tidak mampu maka dgn hati & itulah selemah-lemah iman.” (riwayat Muslim)

 Firman Allah s.w.t : ” Orang  kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat melalui lisan Nabi Daud & Isa Ibn Maryam. yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka & selalu menceroboh. Mereka tidak melarang sesama mereka dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka lakukan.”

 

4) Menyayangi sahabat (membenci perbuatan mereka bukan membenci diri mereka). Kerana dasar kecintaan & kasih kita kepada merekalah, menyebabkan kita perlu berdepan dengan mereka & memberi nasihat. Mudah-mudahan nasihat-nasihat itu akan membuka pintu hati mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” (riwayat Bukhari & Muslim)

“Seorang Muslim dengan Muslim yang lain bagaikan bangunan yang tersusun rapat, yang saling memperkuatkan di antara satu sama lain”

Firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.” Al-hujurat : 10

 

5) GOLD STANDARD : KAHWIN JEE (idea dari Abg Shisha)…

Islam apabila mengharamkan hubungan lelaki-perempuan, Islam memberi alternatif melalui cara yang halal iaitu KAHWIN. Seruan kepada mereka-mereka yang menghadapi Khalwat Disease yang ingin berkahwin, aku sanggup berurusan dengan Pihak Masjid Nizhny untuk menjalankan akad nikah + sijil perkahwinan. Jika hendak perkara ini disembunyikan, insyaallah kita buat sembunyi-sembunyi. Kalau nak secara terang-terangan/terbuka, aku boleh bg jaminan ada pihak yang akan cuba membantu anda semua (termasuk pengurusan jamuan makan dll). Insyaallah, aku sendiri boleh menyediakan 10 rijal untuk membantu anda menguruskan majlis perkahwinan nanti. Abg Shisha pun ada. Dia seorang dah mcm 5 orang. Urusan dgn pihak embassy/JPA boleh diuruskan. Insyaallah.

ap

Contoh dalam gambar di atas. Ayah Pin & 4 org isterinya. Berkahwin mengelakkan KHALWAT !

Bukakan minda anda mengenai PERKAHWINAN dengan melawati blog Umar Al-Fateh😀(memang speciality dia bab-bab kahwin ni)

Firman Allah s.w.t : ” Dan kahwinkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki & perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas Lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka…” An-Nur : 32-33

 

5) Palliative & radical methods of treatment – tidak perlu dibincang di sini lagi.

Mudah-mudahan artikel yang dikeluarkan ini, akan memberi kesedaran kepada semua warga Nizhny akan tanggungjawab mereka & akan menimbulkan keinsafan kepada mereka-mereka yang melakukan khalwat (perlu diingatkan bahawa definisi Khalwat yang dibincangkan di sini adalah mengikut definisi AKU. Sila rujuk Khalwat (I) bawah subtopik Definition Khalwat).

 

PROGNOSIS :

POOR   – Jika semua warga Nizhny tidak mengambil inisiatif, terus membiarkan Khalwat Disease ini merebak. Nescaya, pada suatu hari nanti, gejala Khalwat akan terus menjadi suatu kebiasaan, ‘halal’, uruf (adab), yang dipandang normal oleh masyarakat di sini. (increase of metastasis & severity due to ‘ketidakcaknaaan’  Nizhnians)

GOOD   – Jika satu tindakan bersepadu diambil oleh warga Nizhny, menyatakan perkara yang haq, mencegah kemungkaran, mengajak ke arah kebaikan & saling nasihat-menasihati.

EXCELLENT – Pesakit Khalwat Disease itu sendiri ingin mengubati penyakit yang dia hadapi di samping bantuan & sokongan yang diberikan oleh semua warga Nizhny – 100% recovery without scar !!! – ayat Prof Petrova (dermatologist)

 

KESIMPULAN :

Artikel ini dikeluarkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa & tidak bertujuan untuk membuka pekung di dada. Tetapi bertujuan menyedarkan setiap warga Nizhny akan kewajipan mereka dalam membanteras Khalwat Disease yang berlaku di tempat masing-masing. Sekarang komuniti kita masih kecil, 150 orang pelajar Muslim di 3 hostel. Satu komuniti yang sangat kecil. Semester hadapan, komuniti kita akan bertambah dengan kedatangan adik-adik junior. Jika Khalwat Disease ini tidak dibendung, mungkin akan berjangkit kepada adik-adik kita. Siapa yang bersalah? Kita & Keluarga Nizhny juga! Oleh itu, Cepat Kawal & Cegah!

Saya pasti dan pasti, semua warga Nizhny menyedari hakikat berlakunya Khalwat Disease di Nizhny Novgorod State Medical Academy, tetapi kebanyakan daripada kita bersikap (aku-aku, ko-ko), tidak berani untuk memberi nasihat, @ mencegah Khalwat. Kebanyakan daripada kita takut untuk menghadapi RISIKO (tetiba teringat kata-kata Anwar Ibrahim : Jika Takut Akan Risiko Usah Bicara Akan Perjuangan). Ingatlah Firman Allah s.w.t :

” Perintahlah manusia berbuat kebaikkan, & halanglah mereka daripada berbuat kejahatan serta bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya ini adalah perintah yang bersungguh-sungguh” Al-Imran : 104

Ungkapan “Bersabarlah terhadap apa yang menimpamu” menunjukkan Allah s.w.t mengetahui bahawa orang yang menghalang manusia melakukan maksiat akan mendapat ujian, risiko, halangan, kutukan, ejekan, dll. Tapi usah bimbang, sesungguhnya Allah s.w.t bersama kita.

“Carilah redha Allah s.w.t nescaya akan kau temui redha manusia”

Sekian, kepada warga Nizhny…Selamat Menjalankan Amanah Allah Kepada Anda. Bitaufiq !

Sila baca :

KHALWAT – As A Chronic Disease In Nizhny (I)
HUKUM KHALWAT

~ oleh zulhusni07 di Jun 11, 2008.

19 Respons to “KHALWAT – As A Chronic Disease In Nizhny (II)”

  1. […] Akan bersambung di  : KHALWAT – As A Chronic Disease In Nizhny (II) […]

  2. […] KHALWAT – As A Chronic Disease In Nizhny (II) […]

  3. alhamdulillah…tahniah atas penerangan mantap dalam artikel ni. kerja membanteras ini perlu dilakukan bersama. actually, ada pelbagai perkara perlu diambil berat dalam mendirikan rumah tangga. salah satunya hubungan sebelum dan selepas berkahwin. sebagaimana yang telah aku cakap sebelum ni, ia memberi kesan kepada zuriat kita.oleh itu, jangan terperanjat apabila anak lebih hebat bermaksiat berbanding ibu bapa. untuk lelaki, apa yang kita lakukan, dan kita praktiskan semasa hubungan sebelum berkahwin akan menjadi tapak permulaan atau dasar kepada institusi keluarga yang akan kita bina. pertama, amat berbahaya sekiranya tapak permulaan itu, dimulakan dengan sesuatu yang Allah tidak redha. maka, keluarga yang dibina itu juga tidak mendapat keredhaan. kedua, kepada lelaki, segala perbuatan kita ketika hubungan sebelum berkahwin, akan menjadi dasar pemikiran kepada pasangan kita.Kita, terutama lelaki perlu menjadi contoh terbaik kepada perempuan. perlu garang dan tegas dalam melaksanakan hukum Allah. Apa yang sepatutnya perlu kita lakukan sebagai lelaki terutamanya adalah menyiapkan diri untuk berkahwin.
    mempelajari dan bersedia dalam pelbagai perkara berkenaan perkahwinan, secara psikologi, dan fikrah.fikrah yang sihat dan mantap adalah fikrah yang jauh dari maksiat. kita tidak mahu anak yang dilahirkan adalah hasil fikrah dan didikan ibu bapa yang tidak bersedia dalam membina keluarga. setiap yang kita lakukan akan memberi impak yang besar kepada zuriat kita.

  4. Terima kasih kpd ulasan yg panjang lebar oleh akh suhaib…
    ko n umaralfateh memang adik-beradik,,,hebat bila bercakap tentang benda2 ni. Tahniah !!!😀

  5. bosan ulusan artikel ni..aku masih gagal mendapat gambaran yg sebenar tntg perkara ni…mungkin jugak disebabkan kelemahan aku dalam memahami…

  6. hehehe…peja2😀
    kawe raso…demo kena wak blog cepat2…kawe dop mampu nok crite perabis…
    kalu demo ada blog, boleh gok kawe link ke blog demo, jadi bile orang nok tahu cerite selanjutnye boleh masuk blog demo…

  7. wahai sahabatku husni…anda telah mempergunakan namaku …

    hmm..
    boleh maaf kot..hehhe..
    entry menarik..
    banyakkan membaca lagi..insyaallah, banyak membantu..sama2 memperbanyakkan membaca..
    satu lagi, ANTA WAJIB KAHWIN DAH!!…biar jadi contoh masyarakat di sana..adik2 tunggu ada senior jalan, diorang malu nak mula langkah dulu..
    at least, bila anta dah mula, insyaallah, yang lain akan ikut, percayalah..

    bila kita membuka ruang manusia menutup pintu maksiat, Allah akan buka lagi rahmatnya ke atas kita selagi maksiat yang sepatutnya dibuat itu, terhindar..

    ana doa anta cepat temu jodoh..dengan syarat anta cari la, jangan tunggu nasi turun dari langit, takkan turun..jodoh kene cari..

    berjela la pulak ceramah kat sini ..hehhehe…selamat bertemu jodoh..moga dipermudahkan urusan..rindu lama tak jumpa..

  8. maaf akhi…
    ana tak jumpa blog lain yang lebih baik daripada blog anta apabila berbicara tentang perkahwinan…😀
    ohye…ana dgr anta masa cuti summer ni dah nak bernikah, betul ke? kenapa tak britau ana langsung? sedih ni😦

  9. aku nk komen psl satu part ni je….husni2…..kan betul ape aku ckp…..jodoh xdatang bergolek2…..jodoh kne carik la…..aku setuju dgn sahabat ko tuh…..tapi kalo ko carik betul2…insyaAllah ko dapat jodoh dalam bentuk COMBO!!….
    haaaaa….tau x COMBO tuh cmne???…..poligami la….muahaha……

    k la….aku nk stdy…..moh study woi….xkan nk blogging jer…..ahaks~~~

  10. ooit…shisha ni…
    ko kata kat aku ke @ kat diri ko sendiri? hehe…
    xpe, aku tahu ko nak minta pembaca2 blog ni doakan ko dapat COMBO kan?…insyaallah, kawan-kawan, kita doakan abg shisha ni dapat COMBO…amin

  11. erm…gini r pokwe…nok nikoh dok ajok..kupik nasik minyok…xpolas..kalo ajak aku..aku makan sparuh pinggan jah..aha…nak tanye pendapat husni la..adakah berbulan madu sebelum kahwin turut menyumbang kpd permasalahan khalwat ni?yerla..ade stgh orang ni xkawen lagi dah pandai ikut laki p melancong kan..nizhny xdela kot…tmpt len ado kot…yerla..dok rusia kan..winter oliday kita p italy,spain ker..uk ker kan..so tlg r ulas siket..bagi dalil sket p tmpt jauh2 camtu dgn bukan muhrim..xde r..ade kawan..nak p mekah kan tapi xde muhrim lelaki..xdptla p..yerla…perempuan..bnyk perlu dijagakan…kalo ade salah cakap betlkan k?..bagi hujah n dalil aqli n naqli skali k….almaklumla demo key kuak nuntut ilmu agama ni…kawe ni skoda je..bnyk hok tak tau dari tau

  12. Chronic disease yg bukan di nizhny saja….

    Salam, lama x dgr citer. Heheh aku tgh State Exam skrg nih, sempat lak baca blog orang.😀 Nice blog by the way.

  13. peja : kawe bukannye ape…tp kalu kawe wak artikel pasal bulan2 madu @ kahwin ke, takut demo bace mcm krangan budok UPSR je…baik serohkan pada yg pakar, pokwe kite ada. Insyaallah dia boleh buat utk kebaikkan bersama.

    Ariff : salam adzrul lama tak jumpa. Aku ajak dtg nizhny ko selalu berdalih, skrg ko dah nak abis dah. Selamat berjaya, Dr Adzrul🙂

  14. Nyatakan benar walaupun pahit. Betol. Tapi pastikan mesej itu sampai pada golongan target. Dan pastikan mesej tu bukan nak bagi diorang rase bersalah sbb bila org rase bersalah diorang akan marah.

    Lagi baik bercakap dengan diorang dari hati-ke-hati. Itukan lebih baik?

  15. terima kasih atas pandangan efenem yang membina…
    Tujuan utama artikel ini adalah untuk menyedarkan warga Nizhny akan kewajipan mereka dalam membanteras Khalwat Disease ini. & untuk pengetahuan efenem, sblm artikel ini dikeluarkan memang ada beberapa langkah yang telah dibuat sebelum ini.
    & ucapan selamat bercuti kepada anda…

  16. Awalnye terguna account wordpress yg tak penah2 nak pakai utk blog utk comment. delete je lah yg tu k. anyway…bukan dalih2 pape sngt tp ade je benda lain turned up, tau2 dah final sem, final exam, final **DAYS** sbg student russia. huhu. kita jumpa kat alam blog je lah ni…and kat mana2 hospital one day. insyaallah.

  17. subhanallah..korang ni ape cerita ni cerita pasal saya di blog ni.. NIKAH??..siapa la buat spekulasi tu…sob sob..tak pasal2 sorang sahabat terasa dengan saya..haih…

    insyaallah, ada rezeki tak kemana..nak tengok saya nikah cepat, doakan sekali..

    takde la korang asyik dok spekulasi memanjang je..

    dah2..saya tutup spekulasi tu..harap takde dah cerita2 pasal saya nak menikah cuti summer ni..kalau ada, saya hantar kad..takdenye benda besar camni nak main sorok2..haih..kita dah besar, takkan la asik nak terasa je ngan member..harap takde dah spekulasi2 rambang camni ye..🙂

  18. insyaallah, ana & peja sentiasa mendoakan anta …amin

  19. bagus entry ini..Pape pun GudLuck buat Zulhusni..Slmt menduduki exam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: