KHALWAT – As A Chronic Disease In Nizhny (I)

Suatu malam aku dan beberapa kawan-kawanku mengadakan usrah seperti biasa. Tiba-tiba ketika satu sesi perbincangan, Peja sempat memberi beberapa komen yang agak pedas/ tepat/ menyengat/ padu kepada kami (aku terutamanya). Ungkapannya yang menyengat itu:

” Asyik nak bincang pasal kerajaan Malaysia tidak pandai menguruskan perbelanjaan negara, tapi yang PPIM sini bekas-bekas periuk letak merata-rata..” satu HIT POINT !

“Nak buat dakwah kat orang asli konon, dakwah kat Nizhny ni belum selesai. Nih, masalah khalwat dll, rasanya masalah ini perlu disegerakan sebelum perkara-perkara lain.” – satu lagi HIT POINT !!

Bila aku renung balik nasihat yang dia bagi. Ada benarnya juga. Masalah khalwat telah 3 tahun berlaku di Nizhny Novgorod, tapi aku hanya berdiam diri. Mungkin bimbang akan cacian,kutukan& takut menjadi buah mulut orang. Akhirnya aku memilih untuk berdiam diri. Sampai bila aku nak berdiam diri? Melihat Khalwat semakin bertambah. Yup, aku perlu nyatakan kebenaran di sini. Insyaallah, mudah-mudahan yang baik itu kita dapat sama-sama mengambil iktibar dan yang buruk kita dapat sama-sama jadikan sempadan. Ok, mari kita berpijak pada bumi yang nyata. Al-Kisah di bumi Komunis, Nizhny Novgorod bermula…

1_156279914l copyDefinition Khalwat

Pertama kali aku mendengar perkataan khalwat semasa aku menghadiri kelas Fardu Ain di Masjid Raja, Jalan Pasir Panjang. Semasa ustaz aku bercerita tentang Rasulullah s.a.w mendapat wahyu :

” Oleh kerana suasana masyarakat Jahiliah sangat teruk pada ketika itu, Rasulullah s.a.w. mengambil keputusan untuk keluar dari bandar Mekah & berkhalwat di Gua Hira’…” Jelas ustazku.

” Ustaz, khalwat itu apa?” Tanya seorang kawan aku sambil disahut oleh murid-murid lain kehairanan (umur kami dlm 5-7 tahun).

” Khalwat ialah mengasingkan diri daripada masyarakat. Jadi, Rasulullah s.a.w berkhalwat kerana benci akan perbuatan masyarakat Jahiliah. Faham?” Jelas ustaz aku. Kami semua mengangguk faham. Mungkin faham, mungkin tidak.

Ketika aku meningkat remaja, aku terbaca di dada akhbar istilah khalwat…”Remaja Ditangkap Kerana Berkhalwat”, “Lagi Kes Khalwat Berlaku”…dan pelbagai lagi tajuk mengenai khalwat. Aku bertanya kepada ayahku :

” Ayah, ustaz kata dulu Rasulullah pernah berkhalwat. Tapi ni, bila orang berkhalwat, dia kena tangkap. Kenapa? Tak aci la macam ni…” Tanya aku penuh kehairanan.

” Oh, Rasulullah berkhalwat seorang diri. Ni, khalwat berdua-duaan antara lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi, tiada orang…” Jawab ayahku. Barulah aku faham. Kesimpulan yang boleh aku buat :

Definisi Mengikut Bahasa Arab :

– khalwat = mengasingkan diri daripada masyarakat

Definisi Mengikut Bahasa Melayu :

– khalwat = berdua-duaan antara lelaki perempuan di tempat yang sunyi,tiada orang.

Definisi Mengikut AKU Dlm Blog Ini :

– khalwat = tidur sebilik lelaki perempuan samada berdua, bertiga @ berempat (stakat ni plg byk 4 org)

Disini aku akan berbincang masalah khalwat mengikut definisi AKU iaitu “tidur sebilik lelaki perempuan samada berdua, bertiga @ berempat”.

 

Pathogenesis :

image

Sila lihat rajah di atas. Cycle of Chronic Khalwat Disease.

Masa aku mula-mula datang ke Nizhny Novgorod dulu, aku telah setkan bahawa couple2 & masalah gejala sosial di Nizhny adalah perkara biasa (expect the worse org kate!). Tapi alangkah gembiranya hatiku, apabila aku sampai di Nizhny, suasananya cukup baik. Senior2 yang prihatin, hostel yang cantik, suasana keharmonian yang cukup memikat hati & sistem pembelajaran yang bagus. Alhamdulillah. Malahan, terdapat juga senior-senior yang menunjukkan tauladan yang baik, dengan tidak mengamalkan couple. Terima kasih kepada Abg Din (Judin 5th year selaku senior yg paling cool), Shah, Hafiz dll. Anda semua menunjukkan tauladan yang baik 😀

Kisah khalwat (perlu diingatkan definisi Khalwat ialah mengikut Definisi AKU. Sila rujuk subtopik Definisi Khalwat) bermula ketika aku 2nd year (awal tahun 2006). Sudah tentu kerana senior yang mula mengorek langkah, pastinya junior akan terikut-ikut. Tahun ke -3 aku di NNSMA menyaksikan pertambahan kes Khalwat di samping kes yang sedia ada (mungkin ada yg dah berhenti – TAHNIAH kepada anda !!!). Kes demi kes bertambah. Ianya semakin parah !!!

Epidemiology :

Bermula di Hostel no 1(the most common & act as stimulator for Khalwat Disease), terus merebak ke Hostel No 5 (2nd common site of infectious. Developed due to metastasis from 1st Hostel) . Kekadang Khalwat Disease terjadi juga di Hostel no 3 (still in control – usually we use preventive treatment).

Kadar penambahan kes setiap tahun : 1-3 kes / tahun 

Risk Factors :

1) Single room ???

2) Hubungan abang-kakak-adik angkat (difficult to diagnose)

3) Orang yang bercouple (core factor, 80% of cases begin with couple)

4) Pelajar junior yang terpengaruh dengan senior. (BEWARE !!!)

5) Satu universiti – satu hostel – satu floor – satu blok – satu bilik ???

6) Kurang didikan agama/tidak memahami ajaran Islam yang syumul/menjauhi program2 agama.

Signs & Symptoms :

– nampak kasut perempuan/lelaki di luar bilik yang berlainan jantina

– nampak mereka masuk ke dalam bilik sambil menutup pintu & mengunci pintu !!!

– bunyi-bunyi gelak ketawa pada tengah malam yang menyebabkan blockmate tak lena tidur!!!

Anamnesis Morbi/история болезни : pengakuan daripada mereka-mereka yang berkhalwat tetapi tidak berasa bersalah – Gold Standard nih !!!

Investigation :

Tak perlu! Guna mata & telinga dah cukup (terhadap apa yang berlaku di sekitar kita).

Prohibited – Jangan nak pergi mengintai jika mereka melakukannya secara sembunyi-sembunyi. Tapi jika dah terang-terangan & merosotkan bi’ah (suasana) di Nizhny, maka ianya memerlukan tindakan segera (emergency management) !!!

Perlu dijelaskan bahawa : Islam mengharamkan Tajassus (Mengintip Mencari Kesalahan Orang Lain), firman Allah s.w.t :

“…dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang lain & janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain…” Al-Hujurat : 12

Namun, para fuqaha’ mengecualikan tajassus dalam keadaan apabila wujud zhon al-ghalib mengenai perlakuan maksiat antaranya seperti ia dikhabarkan oleh seseorang yang boleh dipercayai tidak berdusta. Sila lihat Dr Abdul Kadir Audah dalam Al-Tasyri’ Al-Jinaa’ie Al-Islami, juz 1 halaman 504.

Akan bersambung di  : KHALWAT – As A Chronic Disease In Nizhny (II)

KETAHUI HUKUM KHALWAT DALAM ARTIKEL : HUKUM KHALWAT

~ oleh zulhusni07 di Jun 10, 2008.

28 Respons to “KHALWAT – As A Chronic Disease In Nizhny (I)”

  1. […] KHALWAT – As A Chronic Disease In Nizhny (I) […]

  2. wah abgdin cool!

  3. hehehehe…artikel yang aku tgu2…ape lagi yasin..baca r pastu bahas r lagi…gua tgu perbahasan lu..bagus r tulis blog ceni daripada dok wat blog pastu citer arini aku kuar ngan balak@awek,semalam cikgu marah aku,adui..sapela nak baca tntg benda2 centu…khalwat@couple@berkepit jantan betina xde batas ni banyk sgt r nampk..tulis r padat@panas2 sket ayat tu..tunjukkan kemarahan@kebencian kita pada benda2 camni and pada mase yg same kesian ngan manusia2 yg tak takut masuk neraka nih…kulit besi anti api neraka kot…made in usa..high quality punye kulit ekkkk???

  4. erm..HITPOINT by peja~
    terkena juga..:-(
    terima kasih atas teguran membina..

  5. Insyaallah..kita sama-sama memuhasabah ke arah kebaikan. Perlunya ada sikap terbuka dalam perkara mcm ni. jika semua orang berpuas hati, maka tiadalah idea untuk kita memperbaiki kelemahan diri. Inilah keindahan sunatullah Allah s.w.t, komen-mengomen yang berhikmah & positif akan membina kekuatan dalam diri, gerakan & negara. Insyaallah.

  6. fuiyooo, hangat topik nie….
    takde vaccination ke? ngehehe….

  7. hmmm…
    penulis blog ni kena tunjuk teladan skit kot..
    rasanya rata2 puak2 couple adik-abang angkat mangkat nih, kalau suruh nikah terus, konfem tanak nye.. banyak sgt alasan bagi..

    takdak duit la, itu la, ini la…
    ni la bila tak sedar.. diri tu dah nama muslim, non-muslim duk tengok dan perhati selalu… cemana depa nak terima islam??
    perangai muslim pun huduh!!!…

    esok2 kalau tuhan tanya, kenapa ramai tak ikut islam…
    jgn salahkan PPIM..
    jgn salahkan UMNO..
    jgn salahkan PAS..
    jgn salahkan ULAMA2..
    salahkan sendiri tu hah !!!!

    so aku cadangkan… brader zulhusni nikah cepat2…
    show a good example utk sedara2 semuslim kita di nizhny..
    tunjukkan, tak susah bila dah kawin..
    sempurnakan separuh agamamu… allah buka rezki luas iAllah..

    amacam?????? boleh???? jihad gak ni bro…. (^^)

  8. Kpd Hazreen : Insyaallah…nanti kita bincang dlm Khalwat-As A Chronic Disease in Nizhny(II)
    Kpd Adek : Tidak termasuk dalam topik perbincangan… Maaf
    ———————————————————————
    terima kasih kepada Presiden & Timb Presiden Kelab UMNO Moscow yg sudi melawat & memberi komen dalam blog ini 😀 (sesuai je,mula2 Pres pastu Timb dia bg komen)

  9. salam..
    bagus artikel ni. alhamdulillah…memberi kesedaran. setiap perkara yang kita lakukan tu mesti ada priority. memang tidak dinafikan, perkara yang Allah tak redha tu memang bawa banyak kesan buruk. terutamanya dalam perkara ni. coupling ni memberi kesan buruk kepada institusi kekeluargaan. kerana, anak adalah hasil daripada pergaulan ibu bapa sebelum dan selepas berkahwin.

  10. cadangan adek tu praktikal tuh! heheh.

  11. salam..
    sebagai org luar. ini reaksi saye = YA ALLAH!! teruk nye keadaan kat nizny! sampai bleh pikir ‘khalwat’ adalah perkara biaser…astaghfirullah..
    dun give up. teruskan usaha membanteras!

  12. Salam to all my friend in Rusia. Personally aku x nah g Rusia. Tapi yg aku tau meme sejuk la kan. Teringin tol nak main salji. Tapi kat Malaysia ada salji gak tau, kat Shah Alam. Bukit Cerakah @ Bukit Cahay Seri Alam, haha.

    Sedikit komen pasai tajuk ni. Ape2 hal pon ia meme dilarang & ditegah keras oleh Islam. Sebab dalam surah Al-Isra’ ayat 32 Allah awal2 lagi bagi warning jgn dekati zina. Maksudnya segala pintu ke arahnya perlu dihindari. Namun dalam kehidupan kita, perhubungan x dapat dielakkan. Apatah lagi dok kat negara org. Nak ngadu itu, cerita ini. RIndu kat famili. Kakak kawen x dapat balik & mcm2 lagi la kan. Wallahu’alam.

    Bersambung di artikel 2….

  13. wow!!
    trkezut bace nih…
    hangat tuh…byk gk dnga citer gini…
    tp, xpnah lak tgok org wat cycle n so on..
    dahsat pngamatan nta zulhusni…
    bile dh diamati..mesti la dihindari..

  14. Salam kepada :

    Abu Suhaib : terima kasih atas komen di atas(kwn satu hostel aku ni)
    Leokid : Insyaallah kita sama2 praktik kan

    Nabilah&Ahmed : Oh,keadaann tak seperti yg antuma jangkakan…masih dlm kawalan, tapi kami tak nak disease ini merebak ke pelajar2 junior tahun depan…Insyaallah, kita sama2 ambik langkah pencegahan.

    Umar Abdul Rashid : Ni boss aku dulu kat DQ, kalu bercakap bab2 mcm ni, sakan. Kalu xde angin, xkan pokok bergoyang. Kalu xde calon, xkan galak bercerita. Nih petanda si Umar Abdul Rashid dah dekat nak kahwin dah… Adeih..keluar topik 😀

  15. Agar tidak hanya memberikan symptomatic treatment, causes yang jelas perlu dicari dan diubati. Biasanya perkara terjadi kerana naluri remaja dan rasa seronok yang diperoleh daripada perlakuan sebegitu. Payah juga untuk menyedarkan mereka yang tidak mahu sedar, menakutkan mereka yang tiada rasa takut, menasihatkan mereka yang tidak mahu dengar ni. Rasanya di Mesir sendiri gejala sebegitu semakin bercambah. Moga ia tidak menjadi suatu yang biasa2 kelak.

  16. Salam..

    mantap husni ! Mari mbanteras khalwat..!!

    CADANGAN AKU : kol je mak bapak dorang kat mesia, sure kena penampar je mase balik summer ni..

    tapi kalo mak bapak yg satu kepala dgn anak ( ye la, kawin pun sbb tangkp basah, susah la, ahaks ) xleh wat pe la..bangga ade la, anak ikut jejak bapa !!

    peja kan main lagi ayat, aku tau la ko bace doa mase nizhny game aritu, haha…

    apo2 hal pun, harap org yg ber”KHALWAT” tgerak la gak ati nak bace bnde ni..
    kalo dorg xbace, xgune gak..

    Wallahua’lam

  17. Terima kasih atas kunjungan & komen Abg Kadir (Presiden PERUBATAN Mesir) 🙂
    Moga-moga keprihatinan kita bersama akan berjaya menjana satu formula untuk menangani gejala ini, insyaallah.

    Keram : hehe, bekeng demo ni 😀
    insyaallah kita boleh cuba
    rugi demo dop mai aritu, peja baca doa Mantap giler aritu masa Nizhny Games, kawe dgr pun tegang bulu roma…(pasni dia kena pecat doh kot dari jadi Tok Peti Nizhny)

  18. […] KHALWAT – As A Chronic Disease In Nizhny (I) […]

  19. check2 rock2….

  20. ***haaa…kan dh bleh..buta it ar ko husni….hehehe…

    salam…..
    wei husni….dasyat ar ko….dah mcm jawapan int med dah tuh….hahaha….cume kalo ikut maria lvovna….ader ar kureng sket kot….kne ganti klas mcm aku gak kot…hehehe….oit, betul ckp diorg nih….ape salahnye kalo ko jd org first ehem2(kawen) dalam batch kite nih…..sian ar kitorg….kempunan nasi minyak ganu mari….hohoh…..

    lg satu, cmne aku nk start blog ni weyh….xde modal la…..kite share2 xleh ke?…muahaha…..

  21. check2 rock2

    salam abang shisha…kwn baik aku ni
    jap laa abg shisha…aku tgh siapkan skema int med yg baki ni (int med mode), siap Khalwat II nanti maria ivanovna pun terkejut. Applikasi skema int med dlm kehidupan 😀
    kalu ko dah kempunan sgt nak makan nasi minyak, meh laa dtg ganu…aku boleh je belanja sepinggan dua.
    Nak start blog tak susah pun, meh aku sebagai senior blog mengajar ko 😀

  22. Аллаху Акбар!!!cayalah bro..

  23. dunia hari ini yang mencabar -_-”
    Kalau tak sedar, bimbang jatuh terhantuk tergadah…T-T

  24. Alhamdulillah…khalwat bukanlah benda yg besar dlm umat kerana ianya adalah perbuatan yg tertutup..kalau kita xnampak pun ALLAH dah ada…DIA yg akan uruskan…tapi ianya adalah serpihan ataupun complication daripada disease2 lain. antara diseases yg lead kepada complication ini ialah :

    1) Kurang pegangan agama sejak kecil(USTAZAH AJAR BAB NGAJI N KURANG AJAR AQIDAH)
    2) Kurang kawalan ibu bapa(SIBUK KEJE XABIS2)
    3) Pakaian membelah buah dada n punggung yg comey…aka ketat dan menghairahkan dan tidak labuh seperti yg dituntut syarak.
    4) Solat yg tidak khusyuk
    5) Puasa yg tidak dihayati
    6) Godaan nafsu oleh wangi-wangian perempuan(aka LOREAL AVON yg membazirkan duit negara)
    7) Pergaulan bebas dlm bab2 yg tak leh pakai
    8) Majalah yg menjolok mata dan artis yg berpelukan menjadi idola
    9) perhiasan yg dipakai aka makeup lipstik…nk cium pintu kot
    10) dah tampal poster pakaian perempuan muslimah dulu!!!!!! tapi kena koyak dan dibuang..babi bangsat mana ntah yg koyak…xmengambil pengajaran langsung!!!
    11) pengaruh barat aka DESPERATE HOUSEWIFE, PORNO, GREY(YG PENUH ADEGAN LUCAH) , KURANG TGK CRMH BILA KAT OVERSEA(KAT MLYSIA PUN XTGK2)….

    tu je lah yg nk komen..xde idea sebab penat..wslm

    p/s : DOAKAN KEJAYAAN ITALY DLM EURO INSYALLAH

  25. Salam…

    adek husni : mcm kenal je sapa ni…huhu

    diarisenja : insyaallah sebelum terhantuk kami akan cuba pakai helmet

    Dr icos : Insyaallah, kita akan cuba tangani yang terang-terangan, yang merosakkan bi’ah di Nizhny. Pasal apa2 artikel mengenai pergaulan bebas,aurat ke, apa2 je…pass je kat kid, insyaallah dia boleh tlg terbitkan untuk kebaikan semua.

  26. salam…aduiii, sebagai warga nizhny jgk, saya baru tau nih!! mmg ada dgr desas-desus, tp susah nak caye pelajar disini sggp lontar maruah diri dan agama utk something yg totally classified as haram.. eerr, adakah kitorang sebagai senior x tunjuk contoh yg elok atau junior yg x berakal membezakan bende baik n buruk?? macam mana nak tolong membanteras bende ni???

  27. assalamualaikum..
    i’d say it’s quite an interesting post.looking fwd to read more..
    sadly,with SO many things happening around us, i have to admit that most of us live our lives from day to day denying the fact that these things DO exist, even me. the way i see it, husni, it’s not that these people DON’T know about Khalwat but they are probably too PROUD/EGOISTIC to admit that whatever they did/are doing/will continue to do is WRONG. Metastatic or not, it’s not a very big issue. When it comes to INDIVIDUAL decision or consensus made between 2,3 or more parties,definitely each party has AT LEAST thought things through once or maybe twice. Here,it proves that they are NOT STUPID but rather BRAINY. It’s just the way their minds work that’s different..or could it be an effect of “LOVE”? Thus, the most effective management by far would most likely be their OWN realization of the cause & effect of their act(s). And to try and bring out that realization in these so called BRAINY people, supportive measures could be utilized if necessary. this blog for instance, is one of them.to want to do something and to really put it into action are two very different things.so,your thoughts and maybe concern has been put into action,here.good for u.let’s hope that there would be more cure developed in the near future..insyaAllah… ^_^

  28. waalaikumussalam…
    terima kasih nur & kak ija atas komen & pandangan nur & kak ija.
    Tujuan utama saya stakt ni utk memberi kesedaran kepada warga Nizhny. Jika tiada kesedaran lagi, Insyaallah, kita sama2 ambik tindakan selepas ini. ALl the best in exams deh ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: