Apabila MAZA Berbicara…

Kenaikan harga minyak menyebabkan ramai blogger menjadi gatal tangan mengulas  mengenai perkara ini. Satu artikel pengumpulan fakta yang patut diketahui umum telah diterbitkan oleh Irsyad (junior aku di SHAMS dulu). Tahniah! Ulasan yang best  juga dibuat oleh A.Kadir Jasin & banyak lagi artikel-artikel yang mantap yang telah dikupas oleh banyak pihak. Mahathir, Anwar, Shahir, MPPAS dll.

Dalam banyak-banyak artikel pasal kenaikan harga minyak. Artikel yang membuat aku paling teruja ialah artikel daripada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainal ABidin (MAZA). Sila baca artikel :

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

Beliau menyatakan :

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Satu kisah yang best yang pernah aku dengar daripada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika aku di alam persekolahan. Kisah ini menceritakan kita bagaimana ketegasan Imam Nawawi dalam mengeluarkan fatwa sehingga beliau dibuang negeri. Begitu juga, keengganan Sultanul Ulama’,Syeikh Izzudin ibn Abi Salam (Syeikh Izzudin & Imam Nawawi hidup pada zaman yang sama) mengeluarkan fatwa menghalalkan kerajaan mengambil harta rakyat menyebabkan beliau turut dibuang negeri. Namun rakyat Syams ketika ikut keluar beramai-ramai berhijrah bersama-sama Syeikh Izzudin sehingga pembesar Syams memberitahu Sultan, bahawa baginda sedang memerintah sebuah negara yang tiada penduduk. Pengaruh yang sangat besar yang ada pada Syeikh Izzudin ini, menyebabkan Al-Malik Al-Zahir terpaksa menarik balik perintah beliau & kemudian menjual diri kepada rakyat (kerana AL-Malik Al-Zahir adalah seorang hamba sebelum itu). Oleh kerana tiada rakyat yang berani membeli baginda, maka baginda dimerdekakan & dilantik menjadi raja semula. Bermula pada saat itulah, seluruh kepimpinan ulama’ Syams & penduduk Syams berganding tenaga menentang tentera Mongol dan akhirnya mereka mencatat sejarah yang gilang gemilang dalam lembaran sejarah umat Islam apabila tentera pimpinan Al-Malik Al-Zahir berjaya mengalahkan tentera Mongol yang sebelum ini dianggap seperti Amerika sekarang (cuba bayangkan Malaysia dapat kalahkan Amerika, mustahil tak? Begitulah bayangan kemustahilan kekalahan tentera Mongol pada waktu itu).

MAZA seakan-akan ingin memberi satu message kepada kerajaan iaitu  : TIDAK BOLEH NAIKKAN HARGA MINYAK SEMENTARA PEMIMPIN2 HIDUP DALAM KEMEWAHAN. Sebagaimana kisah Imam Nawawi & Syeikh Izzuddin yang tidak membenarkan kerajaan Al-Zahir mengambil harta rakyat selagi kekayaan Raja tidak digunakan untuk jihad, begitulah juga tidak sepatutnya kenaikan harga minyak berlaku tapi pada masa yang sama pemimpin-pemimpin negara terus leka dengan kemewahan yang melimpah ruah. Satu pendekatan falsafah & idea yang mampu membuka minda aku. Terima kasih MAZA.

Kenyataan MAZA :

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apa reaksi pemimpin kita apabila gaji mereka ditolak sebanyak 10%?- melenting ??? (merujuk kepada Dato’ Shahir merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna. Sila baca artikel beliau…). Dalam masa yang sama sibuk menyuruh & menasihati rakyat agar berjimat cermat. Aku teringat kenyataan Pak Lah yang aku tidak dapat terima iaitu, kenaikan harga minyak bertujuan mendidik rakyat agar berjimat cermat. Adoi… Dulu, masa kenaikan harga minyak dulu, Pak Lah telah mengeluarkan kenyataan KENAIKAN HARGA MINYAK ADALAH UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA BERLAKUNYA PENYELUDUPAN MINYAK KE NEGARA JIRAN

Masa aku baca kenyataan beliau, rasa hampeh betul point dia ni. Bagi aku penyeludupan minyak adalah masalah teknikal sedangkan kenaikan harga minyak adalah masalah dasar. Kenapa perlu salahkan & bebankan rakyat disebabkan peranan polis yang tidak efisien dalam menangani masalah penyeludupan minyak? Kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Dr. Nor Mohamed Yakcop bagi aku lebih releven. Ok, abis bab kenaikan harga minyak Malaysia.

——————————————————————————————————————–

Timbul persoalan ke mana perginya duit minyak Petronas? Aku tak mahu berbincang dalam kontek Malaysia. Aku nak berbincang dalam kontek Terengganu yang telah dirampas hak Royalti minyak sejak tahun 1999 sampai sekarang. Duit yang dirampas dibelanjakan dengan sewenang-wenangnya. Membina masjid Kristal (di tempat yang tidak ramai penduduk), Piala Monsun yang memerlukan pembelanjaan sebanyak RM 300juta, pembinaan Stadium Sultan Mizan (untuk SUKMA), pembinaan Perkampungan Hadhari, projek di Pulau Wan Man, Taman Tamaddun Islam atau TTI yang menghabiskan beratus-ratus juta ringgit, projek-projek yang terbelangkalai & menjadi monumen kepada rakyat Terengganu seperti Dataran Usahawan di Besut, projek kedai & gerai di Alur Serdang, Jabi, kemunculan kontraktor-kontrator jadian yang pandai mengambil projek kemudian jual, dll. Dalam masa yang sama, Terengganu masih mendapat tempat ke-2 dan ditabal sebagai Naib Johan Negeri Rakyat Termiskin. Adoi…tak patut…tak patut. Disamping berlaku penyelewengan dalam duit royalti itu:  (sila baca disini….)

Akhbar Sinar Harian melaporkan kenyataan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang mengatakan beliau tidak tahu mengenai jumlah sebenar wang yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri ketika itu sehinggalah Senator Datuk Amirsham Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendedahkannya pada Persidangan Dewan Rakyat yang lalu iaitu sebanyak RM 7.3 billion.Datuk Seri Idris Jusoh juga mengatakan, wang yang diterima Terengganu ketika itu hanyalah berjumlah RM 1.3 billion sahaja setahun. Sementara itu, Berita Harian pula melaporkan Datuk Ahmad Said mengatakan Terengganu hanya menerima RM 4.3 billion sahaja dari jumlah RM 7.3 billion yang disebutkan menteri terbabit. Datuk Ahmad juga jelas mengatakan tidak tahu ke mana RM 3 billion baki tersebut dibelanjakan.

Penyelewengan yang begitu ketara menyebabkan aku menyedari kepentingan menyerahkan kuasa kepada orang yang selayaknya. Dalam hal ini, aku rasa adalah perlu aku sebagai rakyat Terengganu berdiri teguh di belakang kepimpinan Dato’ Ahmad Said selaku MB Terengganu untuk menuntut kembali hak Royalti yang dirampas oleh Kerajaan Malaysia sejak 1999…

~ oleh zulhusni07 di Jun 10, 2008.

10 Respons to “Apabila MAZA Berbicara…”

  1. tu laaaa…
    org masuk politik dikata salah…
    padahal nak jaga rakyat…
    dakwah jugok tuu… guane la ”puok2” se lg tu

    *abaikan

  2. salam.
    artikel drmaza mmg selalu outstanding..=)
    *komentar peminat setia drmaza,hehe

    bkenaan terengganu tue..betullah ape yg saudara utarakan..
    terlalu byak kepincangan dlm negeri..huhu
    sedih melihatnya di depan mata tp takleh nak wat apa2 walopun hj idris jusoh tu-rumahnya cuma sekampung dgn saya..=P

    moga pemuda2 pewaris trg dan negara nanti dpt membaiki keadaan ini..sama2 kita doakan

  3. Salam…terima kasih atas komen ambe & Dr Muthiah.
    Rupa2nya org kampung Derih dia ni😀

  4. husni, tumpang tnye..
    kalu sy nak tumpang bace ttg khalwat tue boleh ke?
    or..ape yg perlu sy lakukan?
    heh heh buta IT

  5. oh artikel tuh…belum siap sepenuhnya lagi. saya tengah edit lg. Insyaallah, esok @ lusa saya akan publishkan kepada umum. Harap Azimah tunggu sekejap deh. Isu ni kena tapisan skit😀

  6. ulasan yang mantap!!!

  7. oh..okey,terima kasih.ingtkan hanya sesiapa yg ada kata laluan je yg boleh masuk.kui3

  8. couldnt agree more

  9. great piece! dr maza’s comments and terengganu’s extravagant waste of money – 110% true to the bones! jangan lupa projek epot yang besar sedangkan berapa kerat sangat flight to and from KT.

  10. waaaah…kak zaatil dtg😀
    terima kasih sbb dtg jenguk2 sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: