Rostiks (KFC) I

rostiks

Satu pagi, ketika aku mula on9 YM aku, seorang junior aku, Nazimah bertanya :

” Husni, ayam Rostiks KFC boleh makan ke?”

” Aik? ada KFC ke di Nizhny? ” Balasku.

“Oh, baru di buka di Etazhi baru-baru ni. Dah dalam sebulan lebih. Ayam Rostiks tuh boleh makan ke?” Tanya Nazimah kembali.

” Kenapa timbul soalan ni tiba-tiba?” Aku masih kehairanan.

“Sebab ada orang kata Abg Jamzuri  makan ayam Rostiks tuh.” Balasnya kembali.

Hatiku kurang senang. Memandangkan Jamzuri adalah seorang yang mengambil berat perihal halal-haram dalam makanan ni. Mungkin kebimbangan itu adalah disebabkan takut perbuatannya akan mempergaruhi kawan-kawan aku yang lain.

“Biarlah dia nak makan. Kalu dia berpegang pada pendapat sembelihan ahli kitab boleh dimakan. Maka, kita berpegang pada pendapat yang dikeluarkan oleh JAKIM bahawa tiada ahli kitab pada zaman ini (kenyataan ini dikeluarkan oleh ustazah aku di INTEC).” Jawab aku sambil tidak berpuas hati dengan tindakan Jamzuri.

Sebelum itu, Hafiz ada bertanya aku mengenai ayam Rostiks ini, oleh kerana aku tidak mengetahui apa-apa tentang ayam Rostiks ini, aku dengan selambanya menjawab “tidak”. Tapi soalan Nazimah yang diperkuatkan dengan menyatakan bahawa JAmzuri makan ayam Rostiks menyebabkan hati aku tidak tenteram. Tanpa aku berfikir panjang, aku keluar menuju ke bilik Jamzuri sambil membawa whiteboard (yang aku pinjam darinya). Selepas aku menyerahkan whiteboard itu, aku memulakan persoalan.

“Jam, ayam Rostiks boleh makan ke?” Tanya aku.

“Oh, tanya Shah. Aku tak tahu.” Balas dia.

” Abis tuh, ada gosip-gosip yang kata ko makan. Ko tak makan ke?” Tanya aku lagi.

” Hahaha…xdelah. Aku tak makan lagi.” balas Jamzuri kembali.

“Oklah..thanks” Aku mengakhiri perbualan.

Ceh…rupa-rupanya kata-kata fitnah untuk menghalalkan ayam Rostiks itu. Aku lega. Tapi aku tahu, Farhan makan burger ayam/daging MCD. Aku nampak dia makan dihadapan aku. Lalu aku pergi berjumpa dengan dia untuk bertanya, apakah sebab dia makan burger ayam/daging MCD. Aku memulakan perbualan :

” Eh, ko makan burger MCD aritu ada dalil ke?”

“Ada!” Jawapnya perlahan.

“Oh, apa dalilnya?” Aku meminta penjelasan.

“Adalah, pergi tanya Shah.” dia seakan malas melayan pertanyaan aku.

Lalu aku pergi berjumpa Shah. Hajat aku ingin bertanya mengenai dalil halal makan ayam Rostiks & MCD tergendala disebabkan dia tidur.

 HPIM0130.JPG

————————————————————————————————————————————–

Selang beberapa hati, Kid message aku bertanya pasal sembelihan ahli kitab. Sambil memberi dalilnya. Sila baca artikel sebelum ini. Klik disini…

Aku terdiam selepas membaca artikel tersebut. Dia juga memberi aku link perbincangan dalam i luv islam…(sila baca disini). Aku sekali lagi terdiam…

—————————————————————————————————————————————

Selepas usrah, aku berehat seketika sambil berbual-bual dengan ahli-ahli usrah aku. Tiba-tiba satu soalan yang tidakku sangka-sangka diajukan kepadaku.

“Akhi, ana dengar anta makan ayam Rostiks KFC. Betul ke? Halal ke?” Azli bertanya.

“Hah? Hahaha…anta ni main2 betul.” Jawab aku.

“Eh, betul ni. Ana tak tipu. Takkan nak tipu.” Balas Azli meyakinkan aku.

” Siapa yang kata?” Aku meminta kepastian.

“Budak-budak perempuan 1st year.” Jawab Azli.

Fuh…aritu Nazimah kata Jamzuri makan ayam Rostiks. Arini aku plak yang kena. Adeih.

” Oh, ana tak makan ayam Rostiks tuh. Entah siapa buat cerita ntah.”

Sejak hari itu. Hatiku tidak tenang. Masih mencari-cari jawapan. Bukan untuk aku sahaja, tapi untuk aku beritahu kepada umum, samada ayam Rostiks/ MCD boleh dimakan atau tidak…hinggalah…

Sambungan : Rostiks (KFC) II

Advertisements

~ oleh zulhusni07 di Jun 6, 2008.

2 Respons to “Rostiks (KFC) I”

  1. […] Petikan dari Kitab Halal Wa Haram oleh Dr Yusoff Al-Qaradhawi. (Sebagai bahan tambah artikel Rostiks KFC)    […]

  2. […] Rostiks (KFC) II Sila baca Rostiks (KFC) I […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: