Ezam…Ezam…

0564e8e9f0aa411273e615f74a113efc

Sebenarnya, aku cuba mengulas isu Ezam lebih awal, tapi mungkin kerana sibuk dengan exam Surgery, terpaksa aku menangguhkan hasratku itu. Aku cuba mengelak diri daripada berbincang politik. Mungkin disebabkan politik Malaysia bukan keutamaan aku. Tp entah, rasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar mengenai kemasukkan Ezam ke dalam UMNO.

Ezam…pertama kali aku mendengar nama ini ketika aku menghadiri Ceramah Perdana di Stadium Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu pada 1999. Sebelum itu, telah kudengari bahawa beliau salah seorang orang kuat Anwar yang dijangka menjadi galang ganti perjuangan Anwar.

Pertama kali melihat beliau, fuh…memang orang muda yang bersemangat waja. Tidak aku nafikan secara diam, aku mengagumi cara beliau berpidato dengan semangat yang membakar-bakar, menjulang perjuangan menuntut demokrasi. Kata-kata

” Jangan bimbang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyiapkan jentera pengerak yang terdiri daripada berpuluh-puluh pemuda sebagai penganti beliau…”

yang disyarahkan di hadapan lebih 100 000 rakyat Terengganu masih segar dalam kotak permikiranku. Ditambah dengan sumpah keramat Pemuda ADIL (rasanya nama KeADILan belum wujud masa tu). Sumpah yang diketuai oleh beliau, menyebabkan aku yang masih setahun jagung pada masa itu turut mengangkat tangan untuk bersumpah-terpengaruh 😀

Kemasukkan Ezam ke dalam UMNO masih menjadi tanda tanya. Aku mencari-cari jawapan. Masih aku ingat setahun lalu ketika Ezam mengistihar diri keluar dari KeADILan, aku agak terkejut dan timbul pelbagai tanda tanya. Ah, biarlah…dah orang nak keluar, keluarlah dia (masa tu aku di Rusia, jadi tak rasa sangat perkembangan politik malaysia kot).

Rasa terkejut aku, bertambah apabila Ezam mengadakan perjumpaan dgn PM & menyerahkan borang keahlian kepada PM. Adoi…pelik2…AKu cuba mencari maklumat…kenapa Ezam masuk UMNO kembali? Antara jawapan yang diberi oleh Ezam :

Saya hendak jelaskan kesetiaan saya ialah kepada prinsip perubahan bukan kepada mana-mana individu atau organisasi. Ini kerana saya tidak diajar berbuat demikian malah agama juga tidak menyuruh kita berbuat begitu. Agama mengajar kita untuk setia kepada perjuangan perubahan, oleh itu setia saya ialah kepada perubahan menegakkan keadilan yang memberi impak positif kepada rakyat. Melalui keyakinan dan prinsip itu, kehadiran saya sepatutnya tidak akan mendatangkan masalah kepada mereka di dalam UMNO yang benar-benar mahu berjuang untuk pembaharuan dan perubahan demi rakyat.

Saya hanya akan dipandang serong oleh mereka yang berjuang demi kepentingan politik masing-masing. Saya tidak mahu terperangkap dalam percaturan politik kerana ia akan mengalih perhatian saya terhadap usaha perubahan ini yang saya anggap besar dan amat genting untuk UMNO.

Artikel-artikel dari Utusan, Berita Harian masih tidak dapat menyakinkan aku. Akhirnya, aku menjumpai artikel daripada Malaysiakini… baca disini

Selepas pilihanraya yang tsunami baru-baru ini, ada usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bagi saya merupakan satu langkah signifikan untuk reform, tentang badan kehakiman, tentang rasuah. Jadi, selepas itu ada beberapa pegawai beliau dan pimpinan Umno minta pandangan saya dan saya nyatakan saya amat setuju dengan reform ini dan ini bagi saya fundamental dan signifikan dan saya yakin ini sebenarnya membuka ruang kepada proses reform dalam negara.Selepas itu, mereka aturkan saya berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya rasa hampir sebulan yang lalu. Bagi saya, kalau nak dikatakan deal, itulah deal yang pertama yang masuk Umno. Saya nak katakana bezanya, deal yang dulu-dulu tu bukan masuk Umno, tetapi adalah deal untuk bebaskan Datuk Seri Anwar

ezam interview 310508 4Dan saya mahu berbicara dan berbincang kerana saya yakin ada ruang untuk reform yang dibawa oleh Datuk Seri Abdullah dalam BPR dan badan kehakiman. Setelah berjumpa beliau selama dua jam, saya yakin bahawa beliau memang komited tentang usaha reform tersebut dan beliau mempelawa saya untuk bersama-sama dalam Umno.

Perjelasan yang dibuat oleh beliau melalui Malaysiakini memuaskan hatiku. Satu temu ramah yang menjelaskan bagaimana Anwar dibebaskan, peranan Khairy dalam UMNO, usaha Ezam dalam membebaskan Anwar & sikap keterbukaan Pak Lah. Timbul perasaan kagum kepada Ezam kerana sanggup mengutamakan matlamat perjuangan berbanding matlamat parti (mungkin sama dengan Tun Dr Mahathir) disamping menerima 1001 tohmahan & fitnah.

Kepada Saudara Ezam… Selamat Berjuang dalam UMNO. Moga cita-cita anda menjadi kenyataan 🙂

Advertisements

~ oleh zulhusni07 di Jun 4, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: