JOM2…SOLAT FARDU BERJEMAAH

Kekadang terasa sedih melihat ahli solat jemaah yang semakin berkurang di Hostel 3 ni. Tertanya-tanya, ke manakah perginya mereka? Rata-rata aku melihat kawan2ku menonton anime, drama2 korea, ber’dota’ (jihad kata mereka), ber’CS’, ber’2moon’, ber’Rohan, study (ada laa seorg dua), memasak dan kekadang tidooo…

Dulu, masa aku mula2 datang ke Nizhny Novgorod ini, untuk kami solat berjemaah punya laa payah. Kena susun kerusi, mop dan bersihkan dewan (zal hostel 3). Tapi pada waktu itu, jemaahnya ramai. Tidak seperti sekarang, amat mudah untuk solat berjemaah. Ambil kunci bilik 107, hamparkan karpet kemudian solat. Aku dan beberapa kawan-kawanku yang sebelum ini pernah melalui zaman susah untuk solat berjemaah mungkin mengerti & memahami situasi itu. Tapi mungkin ada di antara kami yang sudah lupa akan kesusahan itu (Melayu Mudah Lupa).

Setelah kami berusaha lebih daripada setahun, akhirnya, alhamdulillah kami dapat kebenaran untuk solat berjemaah di bilik 107. Untuk itu, kami perlu menghadapi komandan Hostel 3, Галина Генвдевна. Menghadapi kerenah dia yang pelbagai (rasanya semua faham kerenah orang Rusia). Kemudian, kami kumpulkan duit untuk membeli karpet, dan membeli karpet2 tersebut dari pasar di Vakzal (московский вокзал). Kalau tidak silap aku, harga karpet yang kami beli adalah dalam 5000-6000rub (dlm RM 800). Pernah juga aku bayangkan, jika untuk solat berjemaah sekarang kesusahannya sama seperti masa aku 1st year dulu, mungkin xde langsung orang yang akan turun solat berjemaah. Huhu…

Kewajipan solat berjemaah :

Rasanya aku pernah menulis mengenai kewajipan solat fardu berjemaah dalam Risalah Mingguan (yang diterbitkan oleh Biro Penerbitan & Informasi PPIM Nizhny) & dalam web site IMAMRSC.

Aku ingat lagi, semasa PAS mengambil alih pemerintahan kerajaan Negeri Terengganu pada 1999. Pada masa itu, majlis ilmu tumbuh bagaikan cendawan di seluruh masjid di Terengganu. Antara majlis ilmu yang mendapat sambutan hangat ketika itu, ialah Kuliah Mingguan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merangkap Menteri Besar Terengganu pada waktu itu. Apa tidaknya, seorang MB memberi kuliah mingguan. Betapa mudah rakyat nak menatap wajah MB Terengganu pada waktu itu. Seminggu sekali di Masjid Ladang, datang je solat Maghrib & Isyak berjemaah di masjid, konfirm dapat jumpa MB Terengganu. Mudah ! Mesra rakyat!

Setiap Rabu, malam Khamis aku akan menghadiri kuliah mingguan Tuan Guru. Kuliahnya amat menarik (memandangkan aku memang mengagumi beliau sebagai seorang ulama’) & berilmu. Faktor-faktor ini menjadikan aku seorang murid/pendengar/jemaah tetap kuliah beliau. Sempat juga aku meng’khatam’kan buku Mustika Hadis itu bersama beliau. Suatu hari, beliau menjelaskan mengenai hukum solat fardu berjemaah…Penjelasan beliau (aku ubah mengikut kefahaman aku-mana laa mampu nak ingat sebutir2 apa yg diucapkan) :

” Para ulama’ berkhilaf pendapat mengenai hukum solat fardu  berjemaah. Ada yang mengatakan sunat muakad, fardu kifayah dan fardu ain. Ulama mazhab Hanafi & Maliki menyatakan hukum solat Fardu Berjemaah adalah sunat muakad berdasarkan hadis :

‘ Solat berjemah lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 darjah ’ (Riwayat Bukhari & Muslim)

Ulama mazhab Hambali pula menyatakan bahawa solat Fardu Berjemaah adalah fardu ain ke atas setiap umat Islam. Berdasarkan ayat Al-Quran & hadis :

“ Dan apabila engkau (Muhammad) berada dalam kalangan mereka(dalam perang) lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi Imam) mereka, maka hendaklah sekelompak daripada mereka berdiri (menunaikan solat) bersama-samamu.” Surah An-Nisa’ : 102

“ Demi Zat yang diriku berada dalam kekuasaanNYa, aku sungguh hendak menyuruh orang mengambil kayu bakar dan dikumpulkan. Kemudian menyuruh solat dan diserukan azan untuk itu. Kemudian menyuruh seorang lelaki menjadi imam. Kemudian aku mendatangi lelaki-lelaki yang tidak ikut solat berjemaah, maka aku bakar rumah-rumah mereka” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Manakala ulama’ mazhab Syafie menyatakan hukum Solat Fardu Berjemaah adalah fardu kifayah yang wajib ke atas sekelompok umat Islam dalam satu-satu kawasan. Ini kerana dalil pertama menunjukkan fadhilat(sunat) manakala dalil kedua dan ketiga menunjukkan perintah wajib menunaikan solat berjemaah. Maka, Imam Syafie mengambil pendapat pertengahan antara sunat dan wajib dengan mengeluarkan pendapat bahawa solat berjemaah hukumnya fardu Kifayah. ”

KESIMPULAN : MARILAH SOLAT BERJEMAAH BERAMAI-RAMAI DI BILIK 107 PUKUL 9.30MLM

Khas : Kepada pelajar NNSMA yang membaca blog ni…jadi pasni datang laa solat berjemaah. Kita adakan solat fardu berjemaah di :

1) Hostel 3 – setiap malam kul 9.50pm (waktu maghrib)

2) Hostel 1 – Sabtu & Ahad (waktu maghrib)

3) Hostel 5 – Khamis & Ahad (waktu Asar = 7.30pm)

 

Advertisements

~ oleh zulhusni07 di Mei 29, 2008.

Satu Respons to “JOM2…SOLAT FARDU BERJEMAAH”

  1. […] بيتي مسجدي – моя комната моя мечеть – RUMAHKU MASJIDKU Ketahui hukum Solat Fardu Berjemaah di SINI… […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: