Kewujudan Allah s.w.t II

Kedua :

Berkata Al-Qaradhawi :

Membangkitkan fitrah manusia yang sejahtera yang dapat dikethaui dengan fitrah itu bahawa manusia mempunyai Tuhan Yang Maha Gagah lagi Yang Maha Agung yang melindungi dan menjaganya :

Firman Allah s.w.t : ” …maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan iaitu agama Allah s.w.t, agama yang Allah ciptakan untuk manusia menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah s.w.t itu. Itulah agama yang lurus dan benar tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya.” ( Ar-Rum : 30)

Satu lagi cara untuk kita mengetahui akan kewujudan Allah s.w.t ialah dengan berlandaskan fitrah manusia yang suci.

Apa itu Fitrah?

Fitrah adalah sifat semulajadi manusia yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Menjadi fitrah manusia apabila lapar bekehendakkan kepada makanan, apabila letih bekehendakkan kepada tidur. Begitulah juga menjadi fitrah manusia berkehendakkan kepada agama.

Jika kita lihat seekor lembu. Menjadi fitrah lembu tersebut apabila lapar, lembu tersebut akan makan rumput, bukan batu, bukan pasir @ dahan kayu. Bagaimanakah lembu tersebut mengetahui bahawa rumput itu adalah makanannya? Sedangkan tiada pihak yang mengajar lembu tersebut, mengenai rumput sebagai makanannya. Itulah yang dinamakan fitrah. Sifat semula jadi yang Allah s.w.t kurniakan kepada makhluknya.

Allah s.w.t menjelaskan bahawa manusia ini secara azali & fitrah mengakui kewujudan-Nya. Allah s.w.t telah merakamkan satu dialog antara roh manusia dengan Allah s.w.t (ketika dalam alam roh) seperti dalam firman-Nya:

“Bukankah AKu tuhan kamu?”

“Ya, bahkan.” Jawab roh-roh manusia.

Dan begitu juga sabda Rasulullah s.a.w :

“Dilahirkan bani Adam ini dalam keadaan fitrah (iaitu Islam)…”

Dalil ini menunjukkan roh-roh manusia telah beriman kepada Allah s.w.t sebelum roh-roh itu memasuki alam dunia. 

Seorang bayi yang baru lahir, apabila diletakkan ke atas abdomen ibunya, dia akan bergerak ke dada kiri ibunya kerana di situ terletaknya jantung. Jantung yang telah menghasilkan bunyi yang didengari oleh seorang bayi selama 9 bulan.

Sebagaimana bayi apabila dilahirkan akan mencari-cari bunyi yang selama ini dia dengari (ketika di alam rahim), begitulah juga manusia. Manusia apabila dilahirkan, mereka akan mencari-cari Allah s.w.t yang selama ini dia imani (ketika di alam roh).

Kesimpulan : Fitrah manusia beriman kepada Allah s.w.t 

~ oleh zulhusni07 di Mei 29, 2008.

Satu Respons to “Kewujudan Allah s.w.t II”

  1. al a’raf,7:172

    artikel yang menarik
    jzkk atas perkongsian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: