Kenapa Dinamakan Usrah

Artikel dari Ust Athif :

Tarbiah bermaksud pendidikan.
Murabbi adalah pendidik.
Mutarabbi adalah anak anak didik.
Manhaj tarbiah adalah Islam.
Wasilah utama murabbi untuk mentarbiah mutarabbinya adalah usrah.
Usrah dalam bahasa arab bermaksud keluarga.
Keluarga adalah institusi utama dalam pendidikan anak-anak.
Ibu bapa adalah pendidik yang utama bagi anak-anak.
Ibu bapa mendidik anak-anak mereka tentang Islam.
Ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh perasaan kasih sayang.
Dulu … para bapa (baca para sahabat) dan para ibu (baca para sahabiyah) berkahwin dan melahirkan anak serta mendidik anak anak mereka dengan didikan Islam sehingga menjadikan mereka rijal-rijal. Rijal-rijal inilah yang menjadi Qa’idah Sulbah kepada kebangkitan dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.
Kini … para ibu bapa tidak lagi (kecuali yang mendapat rahmat Allah swt) dapat mendidik anak-anak mereka untuk menjadi rijal-rijal tersebut. Bahkan, mereka sendiri tidak dapat menjadikan diri mereka sebagai rijal. Atas pelbagai sebab dan alasan serta keadaan.
Lalu … didatangkan para murabbi yang sedar dan bergerak serta sanggup berkorban, memberikan alternatif kepada proses pendidikan anak-anak di dalam program-program tarbiah mereka. Untuk anak-anak yang tiada ikatan darah dengan mereka, akan tetapi mempunyai ikatan yang lebih kuat dari itu, iaitu ikatan iman.
Itulah sistem usrah yang di ikat dengan ikatan iman.
Itulah sistem usrah yang berfungsi untuk mentarbiah anak-anak menjadi rijal.
Itulah sistem usrah yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang.
Itulah sistem usrah yang berfungsi sebagai alternatif kepada sistem keluarga yang asas.

~ oleh zulhusni07 di Mei 26, 2008.

2 Respons to “Kenapa Dinamakan Usrah”

  1. minta hurai Qa’idah Sulbah
    terima kasih.

  2. […] tapi kebetulan artikel yang dia keluarkan ini adalah memenuhi permintaan Alina Hasni dalam artikel “Kenapa Dinamakan Usrah” […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: