Adikku ke JUST

3 minggu lepas, emak aku memberitahu bahawa adik lelakiku yang pertama, Wan Muhammad Zulfadli bin Abdul Halim ( panggilan manja dia Li ) mendapat beberapa tawaran. Antaranya ke UTP & INTEC. Mungkin ada beberapa tawaran lain, tp aku dah lupa dah. Biarkanlah. Rasanya tak penting.  Mak aku memberitahu bahawa adikku berminat untuk mengambil tawaran ke INTEC untuk meneruskan pengajian ke Jordan University of Science & Technology (JUST) dalam bidang Dentistry. Aku dalam diam mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi peluang itu kepada adikku.

Dulu, ketika aku tingkatan 5 (2003), aku dilanda dilema antara memilih profesion kedoktoran @ kejuruteraan. Pernah aku kemukakan soalan ini pada mak & ayahku. Sudah tentu mereka menyuruh aku memilih kedoktoran. Terutama ayahku, dia memang dulu belajar kejuruteraan. Mak aku pula bila aku beritahu aku nak jadi jurutera (memang cita2 aku sejak kecil lagi), dia tidak beberapa setuju dengan keputusanku. Lalu aku termenung & berfikir lagi.

Abang Kamal (pakcik aku, umur dia dlm 29 thn), pemegang ijazah kejuruteraan dari UTM. Aku pernah meminta pendapat dia, disebabkan aku memang rapat dengan dia. Aku hanya mempunyai seorang abg kandung & boleh dikatakan hubungan aku dengan abgku tak rapat sgt jika dibandingkan hubunganku dengan abg Kamal ni. Lagipun Abg Kamal ni lebih bersikap kebudak-budakan, menyebabkan aku rasa selesa berbincang masalah2 aku. Dia memberitahu bahawa dia menyesal memilih profesion ini. Mungkin disebabkan susah mencari pekerjaan (dia agak memilih mungkin, nak berkepit dengan mak dia). Tp satu perkara yang dia timbulkan semasa dia bekerja di Sabah (di sebuah syarikat perkapalan). Dia memberitahu, dia sedih apabila dia terpaksa terlibat dengan amalan rasuah (memberi rasuah kepada ketua Tentera ) disamping dia terpaksa menemani ketua Tentera itu pergi ke disko & tempat2 yang tidak senonoh untuk menghiburkan ketua tentera itu demi mendapatkan tandatangan dia. TIdak lama kemudian, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja demi mengelakkan diri dari hidup dalam kemaksiatan. Itulah realiti kehidupan di Malaysia. Tapi aku cukup kagum dengan dia. Kagum !!!

Aku tetap didalam dilema. Aku rasa diriku lebih sesuai menjadi seorang jurutera daripada seorang doktor…Sehinggalah :

Suatu hari, aku berjumpa dengan senior aku, Abg Kadir (Presiden PERUBATAN Mesir skrg). Sebelum ini, aku mendapat berita bahwa dia melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan. Aku sedikit kagum dengan dia. Aku bertanya kepada dia, bagaimanakah untuk aku mengikuti jejak langkah dia? Dia menjelaskan, score betul2 masa SPM, kemudian mohon biasiswa JPA ke luar negara dalam bidang perubatan dan dalam borang itu, pilih Middle East sebagai tempat belajar. Aku mengangguk faham. Dalam diam, aku telah memilih profesion kedoktoran sebagai kehidupanku.

Selepas SPM aku dapat melanjutkan pelajaran ke Darul Quran untuk kursus persijilan. Kursus ini adalah program bersama dengan Universiti Islam Malaysia (UIA). Aku memilih mengikuti program ini. Malahan pada bulan Jun 2004, aku telah mendapat tawaran ke UIA dalam bidang perubatan. Aku juga ditawarkan ke KUIM (masa tu belum naik taraf sbg universiti lg) dalam bidang perubatan. Setahu aku, batch aku adalah batch yang pertama bg kursus perubatan di KUIM. Dalam masa yang sama, aku mendapat tawaran ke Rusia (pilihan ke-2 aku selepas Middle East).

Aku tertanya2…adakah aku patut menerimanya? AKu meminta pendapat kawan2ku di DQ. Kebanyakkan mereka menyatakan, tidak! Aku bertanya pada Ustaz Najahan ( Ust kelas tasmi’ aku – kebetulan aku adalah murid kesayangan dia ). Dia menyatakan dia merestui aku jika aku memilih untuk pergi ke Russia. Hatiku gembira atas kebenaran yang diberi. Ibubapaku menyerahkan keputusan itu kepada aku 100%. Kalau tak ke Russia pun, mungkin aku dapat menyambung pelajaran ke UIA & KUIM dalam bidang perubatan. Mungkin kerana itu, mereka tidak bimbang sgt.

Akhirnya, aku memilih untuk menyambung pelajaran ke Rusia. Selepas mendapat nasihat daripada Ust Muhyudin (Ustaz aku semasa aku kecil) & Syeikh Abdul Halim (bekas Mufti Terengganu). Malahan, Syeikh Abdul Halim menyatakan kalau anak dia (kebetulan anak perempuan dia adalah bekas classmate aku ketika aku tingkatan 4 & 5) mendapat tawaran yang sama, dia akan menyuruh anak dia pergi ke Rusia. Selepas itu, hatiku lega. Pergi ke Rusia – merupakan pilihan terbaikku pada waktu itu.

Di INTEC, aku didedahkan dengan pergaulan lelaki-perempuan. MEmandangkan sebelum ini, aku bersekolah di SMKA (pergaulan amat terbatas), kemudian ke DQ (lagi laaa terbatas). Menyebabkan aku menjadi seorang yang kekok 😀

Selepas beberapa minggu di sana, pada suatu malam seorang kawanku yang baru aku kenali di INTEC, Hanifah (skrg hubungan kami dah macam adik-beradik, ramai kwn2 aku sangka kami sudah berkawan sejak 10 tahun dahulu) datang ke bilikku dengan tergesa-gesa sambil memegang sehelai kertas. Lalu bertanya kepadaku :

” Husni, ko nak g Jordan tak?”

” Nak2 (jawab aku spontan), tp apa yg ko merepek ni?” balasku.

” Ustazah Fazilah (kalu tak silap aku), core person Middle East Programme (MEP) minta aku carikan 20 orang pelajar yang nak g Jordan. JPA buka tempat di JUST.” Jawab Hanifah bersungguh2 sambil menyakinkan aku.

“Tp mungkinkah aku dapat ke Jordan? Sbb aku tak nak letak harapan tinggi, lepas tuh tak dapat. Mesti kecewa nanti. ” Balas aku sambil meletakkan harapan menggunung.

” Insyaallah boleh. 99% kemungkinan ko dapat ke Jordan kalu ko isi nama ko sekarang.” Tambah Hanifah.

Lantas aku memberi nama penuhku kepada Hanifah. Sejak peristiwa itu, aku terus menghubungi Ustazah Fazilah untuk mendapatkan berita mengenai permohonan pertukaran program yang aku pohon itu. Boleh kata hampir setiap hari aku berjumpa Ustazah Fazilah menyebabkan hubungan aku dengan dia semakin rapat. Begitu juga hubungan aku dengan pelajar2 MEP menjadi semakin rapat.

Tapi, alangkah kecewanya aku, apabila sebulan sebelum aku fly ke Russia, Ustazah Fazilah memberitahu bahawa permohonan aku ditolak oleh JPA. Aku menerimanya dengan tenang hati. Sejak awal lagi walaupun aku menaruh harapan yang tinggi untuk ke Jordan, tapi aku telah mempersiapkan diriku untuk menghadapi ungkapan, “Permohonan awak ditolak.”

Memandangkan aku sudah 2kali menziarahi Jordan iaitu pada tahun 2006 & 2008, maka sedikit sebanyak aku mengetahui kehidupan pelajar2 perubatan di sana. Bagiku di mana jua kita belajar tidak menjadi permasalahan. Yang penting ialah diri kita. Teringat kata2 Ust Muhyudin :

” Husni, Ustaz nak pesan awak 2 perkara sebelum awak ke Rusia. Satu awak kena faham bahawa di mana sahaja awak belajar tidak menjadi masalah. Tapi awak sendiri mesti menjadi yang terbaik. Kedua, bila pergi belajar nanti, belajarlah bersungguh2.”

Tapi sebagai seorang abang, semestinya aku mengharapkan yang terbaik untuk adikku. Malahan jika boleh, aku harap dia mendapat yang lebih baik daripada apa yang aku dapat. Belajar di Rusia adalah baik tapi bagiku belajar di Jordan adalah lebih baik (pada pendapat peribadiku). Tahniah, Li!!! Abang doakan Li berjaya di dunia & akhirat. Selamat Bermujahadah.

~ oleh zulhusni07 di Mei 22, 2008.

Satu Respons to “Adikku ke JUST”

  1. =) tahniah dapat ke Jordan
    moga berjaya mencapai cita-cita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: