Kewujudan Allah s.w.t

Semalam, adalah giliran aku untuk memberi tazkirah ringkas selepas solat Isyak berjemaah. Biasanya aku bergilir-gilir dengan Acap & Tuey. Aku terfikir2 tajuk & buku apakah yg sesuai digunakan untuk memberi tazkirah ringkas. Kalu Acap, dia menggunakan buku tabligh dia, kalu Tuey dia guna buku Kata-kata Hikmah Saidina Ali r.a. Maka, terlintas dalam fikiran aku buku Pengantar Pengetahuan Islam yang ditulis oleh Prof Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Buku ini pernah disarankan oleh Ustaz Fawwas, tambahan beberapa orang muslimat pernah menyatakan masalah untuk memahami buku ini. Jadi, aku mengambil keputusan untuk mengambil buku ini sebagai buku tazkirah aku.

————————————————————————————-

Bab Kedua (mengikut buku tu) : ASAS-ASAS ISLAM                                                                                  

PERTAMA : AQIDAH

Kewujudan Allah s.w.t

Al-Qaradhawi berkata : ” Al-Quran telah membuktikan tentang kewujudn Allah s.w.t dengan pelbagai cara. Yang pertama : Menarik akal & fikiran terhadap tanda2 di dalam alam yang dapat mengambarkan adanya Pencipta Yang Maha Bijaksana. Ini merupakan peraturan secara badihi (tanpa memerlukan kajian) buat akal yang sudah mempercayai prinsip “sebab-musabab” (causality) dengan kepercayaan secara tabie tanpa memerlukan kajian & bukti.

Firman Allah s.w.t :

” (Mengapakah mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta denga tiada penciptanya? @ adakah mereka telah menciptakan diri mereka sendiri? Adakah mereka yang menciptakan langit dan bumi? ” (Al-Tur: 35-36)

Ketika membaca kata-kata Al-Qaradhawi ini, aku teringat satu artikel dalam blog Umar al-Fateh. Bertajuk ” Mengapa Tidak Mahu Bertuhan “. Disitu ada satu perbualan antara Pak Man & Muhammad. Pak Man tidak percaya akan adanya Tuhan. Lalu berlakulah perbualan seperti berikut :

“Pak Man, pak Man beli mana ye kereta tu?” sambil jari Muhammad menuding ke arah sebuah kereta kepunyaan Pak Man.

‘Owh , itu pakcik dapat hadiah dari anak pakcik.’

“Agak-agak pakcik, kereta tu dia terbentuk sendiri ke?”

‘Mana ada kat dunia ni terbentuk sendiri. Sedangkan baju kamu pun , ada tukang jahitnya, inikan pula kereta tu. Mestilah ada kilang buat dia.

“Hmm…itulah jawapan kenapa adanya Allah. kalau pakcik dah akui kereta , baju, dan lain-lain ni ada pembuat, maka , apatah lagi kita ni, bumi , langit, mesti ada pencipta. Dan Pencipta tu, Allah. Sebab tu kita perlu yakin adanya Tuhan.”

Kesimpulan : Setiap sesuatu ada penciptanya

Dalam masa yang sama aku teringat satu kisah, kisah seorg guru yang athies dengan murid2nya. Suatu pagi, guru itu masuk ke dalam kelas. Dan mengemukakan beberapa pertanyaan kepada murid-muridnya.

“Murid2, nampak x buku yg cikgu pegang ni?”

“Nampak !!!” Jawab murid-murid serentak.

“Maka, buku ini wujud tak? ” tanya guru itu lagi.

” Wujud !!!” Balas murid-murid.

“Murid2…nampak kapur yang cikgu pegang ni tak?”

“Nampak!!!”

“Maka, kapur ini wujud tak?”

” Wujud!!!”

“Bagus” puji guru itu.

” Murid2…nampak Allah tak” guru itu cuba menguji murid2nya.

” Tak nampak…”

“Maka, Allah wujud tak? ” tanya guru itu lagi…Keadaan kelas mula riuh. Kalau mereka menjawab tidak wujud, mereka diajar oleh ibbapa mereka bahwa Allah s.w.t itu wujud. Kalau mereka menjawab wujud, mereka tidak nampak Allah s.w.t. Kelas menjadi hura hara. Guru itu tersenyum bersendirian. Mungkin dalam hati kecilnya berasa lega kerana berjaya mengelirukan kanak2 kecil itu.

Tiba2…bangun seorg murid dalam kelas itu dan mengemukakan soalan kepada rakan-rakannya :

“Kawan2…nampak otak cikgu tak?”

“Tak nampak”…jawab kawan2nya serentak

“Maka, cikgu berotak tak?”

” Tak….”

Kesimpulan : Tidak semua yang tidak dapat dilihat adalah tidak wujud.

 

Dalam majlis tazkirah itu, aku cuba membawa satu lg analogy. Contohnya penyakit syphilis (kebetulan aku baru abis cycle dermatology minggu lepas), bacteria pembawa syphilis ialah treponema pallidum . Tapi kita tidak mampu untuk melihat treponema pallidum itu dengan mata kita sendiri. Yang pasti kita dapat nampak kesan2 dari treponema pallidum itu. Contohnya dalam Primary Syphilis ( signnya ialah chancre) , jika secondary syphilis (signs : rosealla, papules, patches,alopecia & leukoderma).

Begitu juga kewujudan Allah s.w.t. Dengan kemampuan yang diberi oleh Allah s.w.t kepada kita kita tidak mampu untuk melihat Allah s.w.t tetapi kita mampu untuk melihat kesan-kesan kewujudan Allah s.w.t seperti terciptanya manusia, alam ini, adanya sistem suria yang tersusun, adanya skin as a barrier function (tetiba teringat kata2 Prof Petrova – ” kehidupan seharian manusia terdedah dgn 1001 bakteria, tetapi kita tidak mudah mengalami penyakit kerana adanya immune system. System yang begitu complex dan unik ini semestinya ada tuhan yang menciptakannya” ) dll.

Kesimpulan : Jangan berfikir akan zat Allah s.w.t tetapi berfikirlah akan ciptaan Allah s.w.t

Advertisements

~ oleh zulhusni07 di Mei 20, 2008.

3 Respons to “Kewujudan Allah s.w.t”

  1. Alhamdulillah…akhi, anta ni….

    teruskan usaha anta..:)

  2. Terima kasih atas sokongan anta 🙂

  3. I absolutely agree with this !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: