Kenapa Blog?

Sebab Pertama :

July 2007 (summer holidays) – Menjadi kewajipan bagi diriku, bila aku pulang ke Terengganu, aku akan menziarahi guru-guruku dan ustaz2ku. Antara ustaz yg wajib aku ziarah adalah Ustaz Zakaria (lebih mesra dgn panggilan Ust Ya). Kebetulan pada masa yg sama, sahabatku, Amad bertanya padaku, ada x tempat untuk dia belajar Bahasa Arab…Tetiba aku teringat pengalaman aku ketika tingkatan 5, aku & kwn2ku pernah menghadiri kelas Bahasa Arab di rumah Ust Ya. Lalu aku mencadangkan untuk berjumpa Ust Ya.

Selesai kami belajar bahasa arab dgn Ust Ya, ustaz tiba-tiba membuka topik perbualan :

” Husni, lepas ni boleh x awak tolong tulis pengalaman awak di Russia dan bagi kat Ustaz? Ustaz dalam perancangan nak terbitkan buku ni. Kalu boleh nak tahu juga pengalaman awak…” kata Ust Ya.

” Oh, boleh je ustaz. Kalu ustaz nak sekarang juga saya boleh ceritakan.” Jawabku.

” Xpelah…kalu awak bercerita sampai malam pun tak abis lagi ” balas ustazku sambil disambut gelak ketawa oleh kami.

” Awak tahu x? Sebenarnya kisah2 hidup awak di Russia memang laa bagi awak x best, xde apa2 yang menarik tapi bagi sesetengah orang yang tak pernah ke Rusia mereka akan fikir itu adalah pengalaman yang tidak mereka dapati dalam hidup mereka…”

Tetiba aku terdiam sejenak. Aku terfikir keadaan aku ketika aku form4 & 5. Masa tuh aku berasa takjud apabila Ustaz Ya & Ustaz Aidil bercerita kisah hidup mereka di Mesir. Jauh disudut hatiku aku mengakui kebenaran kata-kata ustazku itu. Ustaz Ya menyambung…

” Sebagai contoh, Shahnon Ahmad dia telah menerbitkan satu buku (Ust Ya ada sebut nama buku tu tp aku dah lupa) yang menceritakan kisah hidupnya pada zaman muda-muda…begitu juga kita boleh membukukan kisah hidup kita untuk menjadi pengajaran oleh golongan terkemudian. Mungkin maklumat itu tak bermanfaat bagi awak, kwn2 awak tp mungkin bermanfaat bagi anak2 awak nanti dan kwn2 mereka…” Aku terus terdiam dan termenung lagi…benar kata-kata ustaz Ya ni…

Sebab Kedua :

Aku selalu membaca tulisan-tulisan kawan2ku dalam blog mereka. Disana mereka banyak melontarkan banyak idea, cadangan dan nasihat yang membina mengenai sesuatu isu. Yang pasti, mereka mempunyai wadah untuk mereka lontarkan pandangan mereka. Adapun aku, tiada! Dari situlah timbul perasaan perlunya aku ada blog untuk aku mengkritik, memberi pandangan, memberi idea dll. Ya, aku perlu ada blog !!!

~ oleh zulhusni07 di Mei 20, 2008.

6 Respons to “Kenapa Blog?”

  1. no specific comments yet!!!

  2. Salam ziarah, sudah ada blog rupanya.

  3. Salam…terima kasih kak ain. Baru nak start. Kena byk tunjuk ajar dari kak ain lagi 🙂

  4. mabruk..ana stil malas2 lagi update blog ni..

  5. salam akhi..
    ooo.. dah ada bolg ye
    x habaq kat ana pun..hehe
    selamat menulis..

  6. salam ikhwan…
    ana baru mula…nak britau cuma tak sempat nak britau, anta dah tahu 😀

Tinggalkan Jawapan kepada zulhusni07 Batal balasan