Hidupnya Insan

Suatu hari, aku & Hafiz pergi ke зеленый город (Green City). Perjalanan ke sana agak jauh kira-kira sejam setengah dari hostel kami. Di tengah-tengah perjalanan, aku disapa oleh seorang wanita tua. Sambil berka ta:

” Вы можете говорить на русском языке (awak boleh bercakap rusia?) ?” 
” да .. немного  (boleh, sikit2)” jawabku
“я хочу показать Вам эту книгу. эта книга расскажет о нашей судьбе, о будущем, и о дне воздаяния (saya nak tunjuk awak satu buku yang menjelaskan mengenai untung nasib kita, tentang masa depan kita dan tentang hari pembalasan) ” kata makcik itu lagi sambil menghulurkan satu buku kepada ku.

* perbualan di atas mungkin bukan 100% perbualan asli makcik tuh, aku ubah2 skit berdasarkan kefahaman aku.

Aku mengambil buku itu dan memerhatikan isi kandungan. Jelas mengambarkan dakyah ajaran Kristian. Antara isi kandungan yang menarik adalah mengenai matlamat kewujudan manusia di atas muka bumi ini. Aku tertarik dengan topik ini.

————————————————————————————-

Sebulan lepas, kawanku dari Moscow datang ke Nizhny untuk membantu aku mengadakan sedikit program di Nizhny. Antara input yang aku tertarik adalah :

Cuba kita fikir, sudah berapa lamakah kita hidup di dunia ni? 20 tahun? 23 tahun? 25 tahun? Adakah kehidupan kita selama 20 tahun ini telah mencapai matlamat kewujudan manusia? (lebih tepat – adakah hidup aku selama 22 tahun ini telah mencapai matlamat penciptaan insan bernama Zulhusni?). Sudah tentu belum.

Satu persoalan lagi timbul. Berapa lamakah lagi kita akan hidup di atas muka bumi ini? 20 tahun? 40 tahun? Ok. Katakan kita akan hidup 40 tahun lagi. Adakah kehidupan 40 tahun yang akan datang, kita yakin kita akan berjaya mencapai matlamat terciptanya kita? Kita sudah menghabiskan masa selama 1/3 (jika kita anggar umur kita selama 60 tahun) iaitu 20 tahun dengan keadaan belum mencapai matlamat terciptanya kita di atas muka bumi ini.

Soalan yang terakhir…jika kita sudah sedar bahawa kita belum mencapai matlamat terciptanya kita. Apakah tindakan kita? Adakah kita boleh tidur dengan lena? Adakah kita boleh memasang imaginasi yang ntah apa2 ntah dengan menonton cerita2 korea & Jepun? Adakah kita sanggup berhibur dengan Dota, CS, Naruto, dan anime2 lain? Lalai dengan perempuan2 rusia? Lalai dengan disko2 & arak?

Ini adalah persoalan2 yang ditimbulkan dalam program itu.

————————————————————————————-

Berbalik kepada topik di atas. Kedua-dua peristiwa ini telah menyebabkan aku kembali berfikir. Adakah kehidupan aku sekarang ini telah mencapai matlamat terciptanya aku? Jika tidak apakah tindakan ku?

Tetiba, aku mengimbas kembali matlamat kehidupan aku yang pernah aku tanam ketika aku di bangku persekolahan. Aku pernah meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat hidupku.Tetapi itu dulu, bukan sekarang. Sekarang aku rasa diriku makin jauh dari matlamat kehidupanku. Telah kusedari bahawa dunia makin mengelilingi diriku. Sifat cintakan dunia makin menebal dalam diriku.

Insyaallah, aku berazam untuk membuka kembali pintu hatiku kepada matlamat asalku. Ku berdoa pada Allah s.w.t agar diberi kekuatan dan hidayah dalam memandu arah kehidupanku. Aku memohon agar mereka2 yang ku harapkan dapat membimbingku akan terus membimbingku & tidak akan mengecewakan aku. Insyaallah…inilah azamku

 

Allahu Ghayatuna

ArRasulu Qudwatuna

AlQur-anu Dusturuna

AlJihadu Sabiluna

AlMautu fi Sabilillahi asma amanina

 

            Allah adalah tujuan kami

            Rasulullah teladan kami

AlQur-an pedoman hidup kami

Jihad adalah jalan juang kami

Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

~ oleh zulhusni07 di Mei 20, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: