MAAL HIJRAH – KITA PENYAMBUNG HIJRAH RASULULLAH s.a.w

” Bro, Maal Hijrah tak disambut!” Tegur seorang kawanku melalui YM (merujuk kepada sambutan Maal Hijrah yg dibuat oleh BTK).

Aku tergamam sejenak. “Betul juga kata-kata dia ni!” Aku bermonolog seorang diri. Benar! Islam bukan satu agama yang diturunkan semata-mata untuk Sambutan @ Perayaan. Disebabkan mentaliti sesetengah muslim yang menganggap Islam sebagai suatu yang mesti disambut-sambut & memperbesarkan sambutan itu, akhirnya wujudnya PErayaan MAal Hijrah, Maulidur Rasul, Majlis Tahlil, yasin malam jumaat, Malam tujuh liku, Sambutan Malam Nisfu Sya’ban, Hari Asyura (dibuatnya bubur byk2 tanpa berpuasa) ditambah sambutan yang memang dianjurkan oleh Islam iaitu Aidulfitri & Aiduladha. Akhirnya, Islam disambut tanpa dihayati maksud tersirat peristiwa-peristiwa yang bersejarah itu.

 

Kenapa perlu ada sambutan Maal Hijrah?

Tidak ubah seperti kita melintasi Kremlin, lalu cikgu Russia kita seronok bercerita kisah Kremlin, melalui patung si Gorki, bercerita mengenai sumbangan Gorki. Demikianlah juga apabila kita  melalui hari Hijrah, kita bercerita mengenai Hijrah Rasulullah s.a.w. Oleh itu, Isu (maal Hijrah) boleh dipergunakan oleh kita untuk kepentingan Dakwah & Tarbiah. Kita ingin mengimbas kembali perjalanan hidup Rasulullah s.a.w untuk dijadikan tauladan kepada kita semua. Yup, memang menyeronokkan, tapi adakah kisah/cerita hidup Rasulullah s.a.w hanya untuk ditonton oleh kita? Untuk mengisi masa lapang? Sebagaimana kita menonton Prison Break, Hustle, Naruto, Bleach, One Piece, Hunter X Hunter, Dragon Ball dll? Jika sedemikian, apakah maksud firman Allah s.w.t? :

” Sesungguhnya pada Rasulullah itu, contoh tauladan yang baik”

 

Tidak wahai kawan-kawan, sesungguhnya sejarah hidup & perjuangan Rasulullah s.a.w bukan sebagai halwa telinga untuk didengari, bukan sebagai santapan mata untuk ditontoni, bahkan ia adalah satu pengajaran & iktibar malahan sebagai satu panduan bagi kita seorang Muslim dalam meniti detik-detik kehidupan ini. Apatah lagi bagi seseorang yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w.

 

Menjawap persoalan kawan aku itu:

Kita mempergunakan isu  Maal Hijrah untuk menyampaikan kisah ringkas Rasulullah s.a.w kepada semua pelajar Nizhny. Kita meminta kepada semua yang bertanggungjawab untuk membuat follow up dalam usrah/circle mengenai Hijrah Rasululullah s.a.w. Sambutan Maal Hijrah hanyalah bahan tambah dalam perbincangan Hijrah di dalam Usrah/CiRCLE. PEnting untuk kita menerapkan peranan Hijrah dalam diri kita & rakan-rakan seusrah/circle kita. Hijrah apa yang perlu dilakukan di bumi Nizhny ini? Jika belum ber’usrah’, mari kita ber’usrah’. Jika selama ini kita banyak menghabiskan masa dengan Dota, N9, D MOon,Anime, Movie, FS dll, mari kita berhijrah meninggalkan jahiliah itu. Persoalan sekarang bukan masalah menyambut Hijrah Rasulullah s.a.w tetapi menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w.

 

Menyentuh mengenai Hijrah. Terlintas di fikiranku, perbincangan  Hadis 1 di dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi :

 

عن أمـيـر المؤمنـين أبي حـفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول

الله صلى الله عـليه وسلم يـقـول : ( إنـما الأعـمـال بالنيات وإنـمـا لكـل

امـرئ ما نـوى . فمن كـانت هجرته إلى الله ورسولـه فهجرتـه إلى الله ورسـوله

(ومن كانت هجرته لـدنيا يصـيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

 

Dari Amirul Mu’minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. Sesungguhya bg setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk ALlah & Rasul. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya pada apa yang diniatkan.”

 

Seringkali apabila kita membincangkan Hadis 1 ini, kita terlupa dari siapakah Hadis ini diriwayat? Hadis ini daripada Saidina Umar Al-Khattab r.a, seorang pemimpin agung Islam yang terkenal dengan bengis, bekeng, pongoh, gedeber, samseng dan perkataan yg sewaktu dengannya semasa di zaman jahiliah beliau. Zaman jahiliah beliau, dipenuhi dengan benci, dendam & permusuhan terhadap Islam. Namun, apabila beliau memeluk agama Islam, sikap & akhlak beliau bertukar, malahan sikap, bakat, kekuatan, pengaruh dan kehandalan beliau digunakan sepenuhnya untuk membela Islam. Perubahan 100% berlaku kepada Umar Al-Khattab r.a  sebaik sahaja memeluk agama Islam. Membuktikan kepada kita, sememangnya Umar AL-Khattab r.a adalah orang yang paling layak untuk menyampaikan hadis ini kepada umum. Hijrah yang berlaku oleh Umar r.a adalah perkara yang luar biasa yang perlu kita contohi. Bukan sebagai bahan cerita & pujaan dikala mengantuk (teringat masa aku kecil2, ayah aku selalu menidurkan aku dengan membacakan kisah-kisah para Rasul & sahabat).

 

Maksiat yang pernah dilakukan oleh Umar r.a sebelum memeluk Islam teramatlah banyak. Namun, perubahan besar & mendadak berlaku apabila beliau memeluk Islam. Ya, Hijrah berlaku! Alaa, setakat nak tinggalkan Dota, Anime, Games, Movie tuh, agak2 laa, kalu banding dengan Saidina Umar r.a. macam sisa-sisa makanan yang melekat dicelah gigi saja. Kecilnya jahiliah yang ada pada kita berbanding jahiliah yang Umar r.a lakukan (sblm Islam). Namun, kerana jahiliah yang kecil ini, kita membuang masa kita. Usia remaja/dewasa dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah. Sememangnya tidak syak, pemuda yang statik akan dirosakkan dengan ke’statik’annya sendiri. Ayuh kawan-kawan, kita menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w.

 

Pengajaran :

1) Kita boleh mempergunakan isu tapi jangan kita hanyut dengan isu.

2) Pastikan pergunaan isu mempunyai matlamat tersendiri.

3) Kisah perjuangan Rasulullah s.a.w adalah sebagai panduan untuk kita dalam meniti jalan Dakwah & Tarbiah.

4) Ayuh, sama-sama kita menyambung Hijrah Rasulullah. Hijrah ke jalan Dakwah & Tarbiah. Mewakafkan diri hanya kepada Allah s.a.w.

 

About these ads

~ oleh zulhusni07 di Disember 31, 2008.

2 Respons to “MAAL HIJRAH – KITA PENYAMBUNG HIJRAH RASULULLAH s.a.w”

  1. ohh…zul, nak jumpa kamu lg
    winter ni nak ke mana pulak?
    salam maal hijarh…salam sensitiviti

  2. salam akhi, ana ke german winter ni, insyaallah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: